SUNGAI PETANI, 4 Sept: Anak lelaki kedua Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib yang terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat sini, petang Khamis lalu, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama lebih 24 jam. Mohd Syazmin Hamdan, 16, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi. Ketika kejadian, penuntut tingkatan empat Sekolah Agama Sik itu bersama dua lagi rakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Petani dengan menaiki kereta Perodua Kelisa yang dipandu abangnya, Mohd Syazwan. Kereta yang dinaiki mereka terbabas di sebuah selekoh berhampiran Pekan Jeniang ketika cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Syazwan, 18, yang masih tidak sedarkan diri turut ditempatkan di wad sama dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala dua lagi rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan. Jenazah akan disembahyangkan jam 11.00 pagi ini di Masjid Lama, Merbok dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ. -http;//www.harakahdaily.net/-
syazmin bin hamdan: 1/7/94-3/9/10 rest in peace (: al-fatihah
|
1 kata kamu:
top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casino bonus[/url] hinder the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]casino online[/url] manumitted no store perk at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]loose bonus casino
[/url].
Post a Comment