THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

Showing posts with label argh. Show all posts
Showing posts with label argh. Show all posts

20110228

saya rasa.

hm. saya rasa, saya perlu tambahkan tempat untuk simpan hadiah.
and keychain.
and tempat letak segala bagai surat .
sebab, kotak pink tu dah sendat.
ahh, nak cari mana kotak comel2?
hmm, takpa2. senang je.

20110225

=,=



awat aku emo sangat nih?

>.<

20110223

=.=

assalam.
mak call. suruh bersiap. nak pi sbpikp. melawat sekolah. =.=
then hantaq borang apa entahh~
tak ambik tau langsung. teehee~
esok, mak kata, nak pi smkas. urus pasai sijil berhenti sekolah.
-.-
kalau semua dah sempat siap.
hari ahad abah takmau pi smkas.
giler~

" abahhh! adek nak jumpa kawan2 laa. "
huuu~
nak tangkap gambaq~
nak mintak maap kat semua. hari tu, sempat jumpak sikit jeaa~
boleh la abahh.
abah kan hensem.
baik.
pemurah~
*mood= bodek abah*
please... kali ni jea. lepas ni abah dah tak payah pi jauh2.
hantaq depan rumah jea.

huuu.. rasa macam nak pi sekolah hari sabtu, balik hari ahad pulak. ((:
kan best gitu. boleh duk lama2.
kacau orang nak exam ann?
teehee~

20110204

paling~

assalam.

tahun 2011 adalah tahun PALING banyak;

1 ) saya meniru
2 ) saya tak tidur dalam kelas
3 ) saya menangis
4 ) masalah
5 ) kutuk orang
6 ) buat hawaq
7 ) topup handphone
8 ) perabeh duit
9 ) saya tension
10 ) saya sakit

0ke. yang tu je kut. hmm~

20110101

tahun baru yang cool ((((((((((((((((((((:

ergh.
melalui hari2 yang beremosi~

1) kakak nak balik indonesia dah ):
2) sekolah nak bukak dah.
3) mendapat makian atas apa yang terbaik telah saya lakukan.
(kepada yang berkenaan, aku buat semua ni, bukan aku tak minta pendapat. aku dah minta semua pendapat kawan2 baik aku. orang berpengalaman. aku bukan bodoh! tak tahu agama semua ni. tapi, aku nak selamatkan hati kita~so jangan maki caci aku sebagainya. hang tak tau hujung pangkal.)
4) kena tinggalkan mak abah and kembali ke asrama ):

p/s: sorry, dalam post ni, terpaksa guna kata ganti aku. emosi saya terganggu ))):

p/ss: tajuk cover line ((:

thanks to;
atikah, nurin, wani, haiza, afiy, bestfriend, bear, and en. farysa qifa.
kalian banyak memberikan semangat (((:

20101230

hype (:

assalam.
haa~ sorry semalam tak sempat nak update arr.
internet lemah (:
haa~ semalam, hari rabu adalah hari terakhir ana menjual untuk tahun ni.
sumpah tak tipu, walaupun miss tengok bola malaysia lawan indonesia.
tapi ana tak menyesal langsung.
haha. yala,
(bukan yang dekat thailand tu eyh. hee~) dah la dapat gaji lebih banyak dari biasa,
then jumpa ramai kawan pulak tu. kakak pun ada menyibuk sikit time awal2 tu.
best wehh~
RM 20 gaji akhir. haha, so overall saya dapat
15 + 15 + 15 + 15 + 15 + 15 + 18 + 20 = RM 128 (:
haa~ banyak dak? banyak kan??
tu tak campur berpuluh2 gelas air, and makanan yang disara pakcik ad lagi tue~
adey, untung ka rugi pakcik ad tu dapat?
haa~
semalam jumpa dengan adawiyah~ aduii. borak sakan laa.
then, en. afi pulak bawak geng dia yang terdiri dari 5 0rang tue.
haha~ so, dapat la jumpa afiy, ammar, akmal, aniq dengan asraf
(saja takmau panggil naon [:) .
then. en taufiq pun ada datang jugak. merasa ayaq jagung. haa~ dia kata sedap!
mestilahhh! tengok la siapa buat annn3.
0rang pun tak la berapa ramai, coz ramai yang tengok bola.
saya tengok melalui mesej je yer. bila gol ja, 0rang hantar mesej (:
haa~ anyway, yang paling saya happy ialah, Malaysia menang agregat 4-2 dengan Indonesia.
sebelum ni, Malaysia 3-0. then semalam 1-2 dengan Indonesia. so bila dicampur dikali ditolak dan dibahagikan jadilah 4-2 (:
(bunyi 0rang clap3)
wa caya lue la Malaysia! I love You! haa~
(ayat en. Sukiman, eyh3. rindu beliau!!)
haha. disebabkan anda, pasukan bole sepak Malaysia.
cuti saya berlanjutan 1 hari lagi.
0oo yeah!
alhamdulillah. haa~
but3. hari nie. saya rasa sangat2 sakit hati.
sebab, ada 0rang cakap ana tak sopan dari segi percakapan.
how could he/she say that?
tak kenal diriku kah??
geram! rasa macam nak makan 0rang jaa~ biar lagi tak sopan.
hey you! d0n't judge me by its skin.~
( tu diaa. ada ka ayat ni? )
watch what you say friend. (masih dianggap friend kah? ya la kot~~)
apa la sangat ana cakap kat dia. rasa nya dah tapis dah ayat tu biar lebih sopan.
and rasa nya, dengan 0rang lain lagi la ana main bantai cakap jaa~
eyh.. ni luahan perasaan ke? kalau yaa~ jangan tulis banyak2. saya tak nak berlaku tidak sopann~
takut nanti ada ayat yang tak sepatutnya keluar~ ana tak pernah 0ooo tulih benda2 tu dalam mesej ke apa ke~ lalalala.

ok. habis cerita pasal saya sakit hati. ini cerita gembira pula (abaikan jika ada kesalahan tatabahasa)
thanks kat bf saya! boyfriend kaa?
dak laa! bestfriend laa~
sebab paa cakap thanks??
dia dah tolong topup RM 10 ringgit ohh kat ana~
banyak mak aii. betul ka hang yang kasi bf??
(masih dengan syakwasangka kurang percaya)
kalau tak betul pun, ana tetap nak cakap tenkiu lahh!
sebab kredit tu telah menggembirakan hati nuraniku ini. haa~
cecece. ayat~ macam pa lagii. haa.
k la.
lagi banyak ana tulis.
lagi banyak saya melalut~
=.=

urm. k, wasalam..

p/s : malam ni, pakcik zam nak belanja makan kat kuala perlis. hurray! alhamdulillah. rezeki datang mencurah2.
haa~
p/ss : sorry, saya tak patut tulis hal rumah tingkap dalam blog ni~ but ana sangat geram dengan 0rang yang main cakap hentam lintang pukang jaa~
buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~


POST INI PENUH DENGAN PERASAAN.
sekian harap maklum (:




20101223

eh eh ?

assalam
eh. hari ni berapa hari bulan?
erm.
dah 23 disember dah?
huh~
cepat nya masa.
keputusan akan diketahui taklama lagi lah ):
kalau el0k, ana postkan kat bl0g ni yer (:
kalau tak elok ana akan postkan jugak.
tapi lambat sikit lah yer (:
haha. sebab ada kat langkawi .
mesti payah nak 0nline..
anyways.
saya nak senyum2, takmau kecewa2, dan takmau nangis2 time ambil keputusan nanti.
sebab ana akan pergi reuni0n family kat langkawi lepas tu !

biar apa pun keputusan nya, insya-Allah ana redha dengan apa yang Allah kurniakan setelah ana berusaha (:

akhirul kalam,
doakan ana mendapat sebaik2 keputusan. insya-Allah.
Amin Ya Rab (:

20101205

saya!

assalam.
hari ini saya dapat mood merapu yang banyak!!

saya adalah saya. seorang saya tak suka kalau dipaksa.
saya juga tak suka kalau saya dikongkong. [oleh family, takpe!]
saya mudah terasa. saya juga mudah disakiti.
saya suka buat apa yang saya suka! dan saya tak suka buat apa yang saya tak suka.
seorang saya suka berkawan.
dan suka memilih kawan.
saya tak suka kecewa! saya tak suka dihalang oleh apa2.
dan saya tak suka membuat lakonan! [kalau depan cikgu, takpa!]
kalau saya kata takmau, bermaksud takmau!
jadi janganlah mesej, chat dan call yang banyak kali terlampau!
kalau saya tak balas dan tak angkat, bermakna saya tak suka!
saya tetap saya.
yang sangat sayang kawan2 perempuan!
dan kawan2 baik saya.
hanya yang memahami saya yang dapat berkawan dengan saya!
kerana perangai saya dalam keluarga dan berkawan tak sama!
saya harap semua paham!
kalau saya tak layan. maknanya tak suka!
seorang saya sangat cepat rimas!
seorang saya tak suka mencarut!
jadi jangan biarkan diri saya mencarut!
kalau saya cakap kebenaran jangan libatkan keluarga.
saya tak suka! kalau saya yang cakap. bukan bererti keluarga saya cakap!
so jangan cakap saya buat semua ni untuk memalukan keluarga!
seorang saya sangat menyayangi keluarga!
takkan sanggup menghampakan keluarga.
jadi apa yang saya buat adalah yang terbaik.
untuk diri saya.
saya harap semua paham dengan seorang saya!
dan jangan terlalu memaksa diri saya.
kerana saya tak suka dikongkong!

[seorang saya yang runsing]

yang benar,
seorang saya yang tak suka berasa terkongkong!
oleh orang lain selain keluarga dan kawan baik saya.


sekian. saya hentikan kemerapuan saya disini!

[post ni BUKAN dituju untuk pelajar smkas, harap maklum!]


hari yang tensyen tapi menceriakan! hak3.

assalam
fuh. letih hari ni, travel dari pukul 3 pagi sampai pukul 6 petang.
semput!
perjalanan hidup sehari-harian,
lepas tengok cerita si cantik dan si buruk rupa
[adeh! layan jugak cerita merapu nih]
ana dan abah serta mama pun memulakan perjalanan ke sungai petani!
yeah2. cadang nak jumpa along kat sana, and tidur di homestay!
sampai kat plaza tol sungai petani selatan, abah memberhentikan keretanya.
dan menemani diriku yang hendak membaca novel!
so baca la novel tepi tandas kan~
along tak jugak sampai, dah pukul 5 pagi dah.
ana mula rasa, ahh. along ni, mesti tidur lagi nih! aduhai!
then along call, cakap kat abah
" wey, kau tunggu dekat jambatan penang la. kita pi tengok ya dengan mat main badminton, final ni"
dan muka ana pun, berubah jadi merah. then ketawa golek2 sebab perancangan diubah!
adui la along ni, kitorang tunggu punya lama la!
sampai kat penang jumpa along, and maklong. salam2 semua.
then dalam pukul 6, pergi surau dekat dengan usm.
adui la surau tu! macam berhantu jak.
tak da orang langsung. ana nak masuk tandas pun sampai kena suruh abah tunggu depan tandas perempuan. punya la penakot!!
ambil wudhuk pun dekat bilik wuduk lelaki. sebab takut nak ambik sorang2.
cit poodah, penakut gila bangang~
pastu along azan, solat sunat, then abah iqamat. along jadi imam.
weh3. time solat tadi, sumpah teringat smkas! rindu...
tapi tadi makmum 2 orang je la. diri sendiri dengan abah!.
lepas solat, pi kat kereta, makan buah nangka. tunggu maklong solat pulak.
then dalam pukul 7.30 pi makan.
lepas tu pergi usm, nak tengok badminton.
sampai kat usm, main2 dengan naiya and abang ayesh.
naiya dah besar dah. abang ayesh makin pandai! nasib baik mereka masih mengingati diri hamba ini.hak3.
weh3. rindu depa. lama gilos tak jumpak!
masuk2 dewan. muka ngantuk. selangor vs penang.
pergh. punya semangat tengok depa booo selangor..

first game; mix double, kak ya dengan abang mat.
menang weh!
second game; single. sape entah. tapi selangor menang jugag!
third game; single lelaki, abang hafiz. pemain muda! cekang jugak mamat ni main.


team belia selangor;

dalam gambar ni kenai sikit jek; kakya, abg mat, abg hafiz, abg hafizi and abg hafifi (:

juara yang mengalahkan pulau pinang (:


haha. ana yang tak terlibat pun dengan semangat jitu memberi sokongan padu!
dah la tak pakai baju selangor. ketuk botol tak tahu malu. jerit sorak sakan dowh! duduk pulak dekat tempat penyokong penang! naseb baek depa tak boo ana! hak3.
best2. sengap penyokong penang! pukul 1.30 bertolak pergi kl.
tidur.tidur.tidur. bangun kat tapah. tidur balik.
then pergi makan kat tesco. jm bariani. sodap! haaa.
lepas tue, sampai rumah makndak.
akhirnya jumpa jugak dengan anak saudara yang baru, nama qaseh marissa! tak pernah jumpa lagi. tadi baru first time. irsyad pun dah besar!
then,sambung tidur lagi!
haha.
sekarang pun,
nak tidur lagi.
good night!
esok ada mesyuarat keluarga chenah bulat [belah mama]
and potluck!
waa! best. jumpa sepupu sepapat.
anak saudara,
yippi!
0klah. sekian dahulu dari saya!





20101202

adeh. syen!

assalam.
hmm. hari ni meniaga. tak teruk sangat. cause tak ramai orang.
upah still sama; rm 15.
makanan disupport sepenuhnya.
hak3. kenyang terok tadi~
balik2 rumah ja. start mesej dengan kawan2.
[kat pasar malam pun mesej gag]
entah silap kat mana taktau. dengan semua orang ana badmood.
maybe mereka cakap hal yang ana tak suka kut.
sorry lah kepada yang terlibat;
'bear, sorry weh. syen sikit~'
rasa macam nak makan orang je tadi.
sebab ENTAH. sakit hati.
but, please. siapa2 je.lepas ni. jangan lagi sebut pasal
'Mamat Tak Guna Tu~'
(bukan budak smkas)
"sumpah.aku meluat + benci yang amat dan terlalu"
ok lah. nak berehat2. semoga esok mood baek!
dan layan orang dengan perasaan comel (:



20101129

bebas ~

as-salam
yeah! sekarang nak buet revision 'last minute'. hak3.
tak tahu lah nak jawab apa jap gi.
ana dan rakan ana sebulat suara mengatakan;
'hentam sajala labu!'
hak3. apa2 pun. yang PENTING!
tepat pada pukul 5.30 petang ini.
ana akan berasa bebas tidak terkira.
ye lah kan~ tak mau sentuh buku form 3 dah.
nak sentuh buku form 4 je [acecece]
haha.
yeah!!
tak sabar nya nak bebas..
tapi kena la berkorban dulu.
kalau tak nak kena luku dengan abah + mama + kakak + abang!
hak3.
0k. sekian dulu dari ana~
wish me luck yek!

20101125

ceh~

ceh.
cakap je besar.
tak nak tidur lah.nak tengok hoki lah~
nak study lah.
last2 terlentang gak atas katil tadi.
punya nyenyak tidur sampai memalukan diri sendiri~
hish!
pukul 6 bangun.semangat berkobar2 nak tengok hoki.
turon2 bawah.tengok keputusan.
2-0.
wahh~sangat excited di situ
[ingatkan malaysia lah yang score kan]
sampai depan tv! hish.nak marah nih!
pakistan dah mendahului!
malaysia main macam ***** lagi!
buat mistake sana.lepas bola sini!
aih.orang dah baru bangun tidur.hoki bikin panas jaa~
haha.
kesimpulannya;melepas la pingat emas dalam sukan hoki.
tapi apa2 pun.kira 0k la dapat perak dari tak dapat langsung.
alhamdulillah.