THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

Showing posts with label AllahTheGreatest. Show all posts
Showing posts with label AllahTheGreatest. Show all posts

20130406

B+ for English 1119 .



B+ for english ?
B+ for English ?
B+ for ENGLISH ?
B+ FOR ENGLISH ? 

erkkk -,- 
what the hack bebeh .
 okey , aku sebenarnya , agak terkejut sikit .
er , mungkin banyak kot .
sebab aku aim tinggi untuk BI aku nih .
tinggi daripada aku aim BM aku , sebab apa ?
sebab , aku rasa aku boleh jawab dengan tenang , semangat dan kemas .
tapi apakann daya , dah kat slip tulis macam tu .
aku terima dengan hati yang redha . *ceh redha ka bila pi buat recheck . isk .
bukan apa , aku tahu , aku tak pandai BI macam kakak dengan abang aku sebab diorang dibesarkan di AS . itu bonus untuk depa . depa nak tulis apa-II pun semua in BI . aku ni bertatih-tatih je nak tulis dalam BI . tapi untuk BI hari tu memang aku all out habis . seriously . BI adalah subjek yang aku tumpu habis-habisan daripada subjek bahasa yang lain . boleh kata 80% to BI , 10% to BM , and 10% to BA .
untuk result SPM , aku memang target 9As 2Bs *which mean 2Bs are Chemistry and Biology . bila aku tengok je slip tu , terus aku melompat keseronokkan sebab target aku tercapai . tapi , lompatan aku terhenti disekerat jalan bila tengok yang B tu bukan Biology , tapi BI . 
tapi , mungkin sebab aku terover confident , mungkin memang betul aku punya grammar lintang pukang , mungkin memang betul BI aku worst . 
but I'd try my best . 
I've messaged my teacher , Miss Normala to apologize and she said , " nvm Aina , I believe you can score A in English but  maybe there's something wrong somewhere . "  
yeah , I hope , really hope , my English result will be changed at least to A-  , at least .
insha-Allah . Aminn .
BI B menyukarkan aku memohon biasiswa . sungguh , sangat susah .
apa-apapun , kepada Teacher Rosmah , Teacher Hidayah , Madam Faridah , Madam Mimi dan Miss Normala terutamanya , saya memohon beribu kemaafan , kerana hanya ini yang dapat saya berikan . Teachers semua pagi petang siang malam , korban masa tanda kertas kami semua , dan hanya ini yang dapat saya berikan .
please forgive me )':
dan terimakasihh , atas segala pengorbanan , susah senang bersama-sama kami . terimakasih beribu terimakasihh .
taklupa juga kepada tutor BI ; Sara Fatini dan kadang-II Hidayah , Anisah dan Muhanna turut membantu :D


6/11/12 [ Tuesday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.45 am

( Paper 2 )
10.30 am - 12.45 pm 
till then .


p/s : apa-apapun , aku redha dengan keputusan ni . cuma , aku recheck balik sebab entah-II la boleh ubah ke ? *jangan berhenti berputus asa kata orang :) insha-Allah , doakan aku eh !


B+ for Chemistry 4541 .


" The reason most goals are not achieved is that we spend our time doing second thing first "
[ Miss Sabriza ]

okey , dah masuk ranking B dah , up sikit laa , B+ .
hihi . actually , dah boleh agak dah Chemist takboleh nak dapat A .
sebab apa ?
sebab sebelum exam Kimia adalah exam Fizik ? 
oh mungkin juga .
ke sebab lepas exam Kimia adalah exam Bio ?
ohh mungkin juga .
ke sebab tak buat banyak persediaan ?
ohhh mungkin juga .
ke sebab tak pernah dapat A pun sebelum ni ?
ohhhh , mungkin juga .
sebab yang sebenarnyaa apaaa ?
sebab yang sebenarnya adalah salah diri sendiri . bukan salah orang lain .
salah diri sendiri sebab tak pandai bahagi masa . 
antara bio dan kimia .
salah diri sendiri sebab tak tumpu waktu cikgu mengajar .
tak sertai sepenuhnya experiment yang dibuat .
ya , memang banyak salah diri sendiri .
dan saya akui -.-
Cikgu Asiah , Miss Sabriza , Cikgu Dalina , Cikgu Akmal dan Cikgu Nurul terutamanya .
maafkan saya .  
kerana tidak boleh menyumbang A dalam pelajaran ini .
sungguh , diri ini yang tak berusaha dengan gigih untuk mencapainya .
tapi apa-apa pun , inilah yang terbaik yang dapat saya berikan . 
sungguh , maafkan saya atas keputusan ini .
maafkan saya andai ada kekhilafan sepanjang saya menjadi anak didik kalian .
maafkan saya dan terimakasihh .
kerana tanpa kalian , mungkin result ini lebih teruk daripada B+ .
terimakasihh banyak-II saya ucapkann :')
banyakyang telah cikgu korbankann , tapi hanya ini yang mampu diberikan .
maaf , seribu kali maaf .
terimakasih atas segalanya .
tak dilupakan juga , kepada tutor ; Mawaddah Yaziz .
sungguh , aku sedar aku banyak main-II waktu dia mengajar .
tapi tak ada guna menyesal sekarang .
bagai pepatah , nasi sudah menjadi bubur . 
*amboi aku ni , emo pulak dah . adoyai .

26/11/12 [ Monday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.15am

( Paper 2 )
10.00 am - 12.30 pm

( Paper 3 )
2.00 pm - 3.30 pm

till then .

p/s : apa-apa pun , dalam subjects science , chemistry la yang aku paling banyak buat latihan , tapi apakan daya , rezeki tak menyebelahi . sungguh walaupun B+ , bukan A- , bukan A dan bukan A+ , aku sangat-II bersyukur . Alhamdulillah :')

A- for Biology 4551 .


" Sometimes , the best moment is the worst moment "

 penatnyaaaa nak sampai giliran Biology nihhh -,-
adoyai .
apa-apapun , waktu exam Biology ni , aku rasa , aku memang tak berapa nak yakin aku boleh jawab .
yela , aku banyak tak masuk kelas sebab sakit , study pun banyak tak khatam .
lepas jawab je Bio ni , terus aku kata " ni comfirmmmmm tak A nih -,- " . Aku target Bio aku , B+ ke B ke C+ ke C ke , tak sangka pulak dapat A- :D
kertas 1 aku taktahu la salah berapa , sebab subjects science semua aku tak check . ngeri sangat aih nak check punn . aku cuma berharap dekat kertas 3 aku je . sebab kertas 3 aku yakin dapat 45/50 .
bila buka-II je kertas 2 . Astargfirullah . Aku istighfar pelan-II .
soalan susah . mungkin tak susahh , tapi aku tak baca LANGSUNG topik yang dia tanya .
selak muka surat kedua , ketiga , keempat sehinggalah yang terakhir ,
Astargfirullah , " AKU NAK JAWABBB APA NI ? " sumpah kaget habis ah .
 tengok balik muka surat satu sampai muka surat terakhir .
tangan berat ja nak tulis jawapan .
tapi takpa , HENTAM PI YAKIN DIRI AINA IZZATI .
' Aku tengok Am jawab macam senang je '
jadi , aku bangun , aku pi tandas .
basuh muka .
masuk balik tenangkan diri .
pegang pen , baca Bismillah . " Ya Allah , permudahkan Aku . "
aku tengok soalan dengan pandangan kosong dan tangan aku je yang menulis . entah apa lah yang dituliskan , aku pun tak pasti .
banyak jugak soalan-II yang aku tinggal .
sampai tang esei .
Astargfirullah . Nak jawab esei mana ni ?
kaget kali kedua . masa dah tak banyak .
 tapi , aku yakin Allah akan tolong aku . Sebab usaha aku dekat Bio agak banyak jugak berbanding subjek lain .
Aku pun pilih yang terbaik , tanpa fikir apa , aku mula menulis sambil berdoa " Tawakal tu alallah "
bila habis je jawab esei , aku belek balik mukasurat depan . sampai ke mukasurat terakhir struktur .
jawab apa yang tak terjawab .
hentam dengan penuh keyakinan . hihi .
lepas tu , habis je ayat terakhir aku tulis , pengawas kata masa tamat .
takpe , aku redha lepas tu .
Alhamdulillah , Paper 3 dia agak senang . Jadi aku kampui balik kekecewaan aku waktu jawab Paper 2 . keluar je dewan exam , aku pergi surau . Aku menangis .
Biology adalah satu-satunya subjek yang aku menangis :'l
dan Alhamdulillah , dengan tangisan aku , tanpa disangka , aku dapat A-
biarlah org nak kata result Bio aku ni lekeh , tapi selepas kesukaran yang aku alami dalam dewan exam , aku sangat bersyukur dengan keputusan ni .
terima kasih Ya Allah :')
Cikgu Hafizah , Cikgu Rofidah , Cikgu Akmal dan Cikgu Zahrul , mereka merupakan guru-II Biologi aku .
sungguh , aku berhutang ilmu dengan mereka , dan hutang ini tak mungkin dapat kubalas .
terimakasih cikgu , atas jasamu bersabar mendidikku .
daripada D waktu trial , aku dapat A- .
*trial aku memang teruk sei . aku migrain 2 subjek ---> addmath dan bio .
tapi Alhamdulillah , time SPM Allah jauhkan aku daripada migrain dan gastrik . :)
apa-II pun , minta maaf cikgu , hanya ini yang mampu aku berikan .
Apa-apapun , tak lupa kepada tutor Bio saya , Sakinah dan Sara .


 27/11/12 [ Tuesday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.15 am

( Paper 2 )
10.00 am - 12.30 pm

( Paper 3 )
2.00 pm - 3.30 pm


till then .


A- for Physics 4531 .


" Andai rebah bangkitlah semula . Andai terluka ingatlah janjiNya  " 

PHYSICS !
dalam semua subjects science , aku palingggg suka subject physics . Paseipaaa ?
aku pun taktau .
maybe sebab dalam banyak-II science subjects , Physics paling mudah kot kaedah nak jawab dia :')
lagipun , aku paling tumpu pun dalam kelas physics . and dalam kelas physics jugak aku tak pernah jatuh rebah *maksud aku sakit laa :) so , takde kelas yang aku tinggal , dan kerja sekolah pun siap je aku buat walaupun meniru kann sebab cikgu dia garang nak mampus . *macam biasa dalam garang ada sayang , aiceh .
physics ni waktu form 4 , agak teruk jugak la , C sediaaaaaaaaaaa kan .
bila form 5 , naik taraf sikit . B sediaaaaaaaaa .
time trial aku dapat 69.446%
geram sei , 1 markah lagi nak A- .
lepastu cikgu kata , takpa , ni dah boleh A dah ni time SPM :D
aku pun cool down balik la kann .
so , bila cikgu cakap macam tu , aku dah boleh rasa dah , aku boleh jawab physics , tak kisah la dapat A- je , aku nak cuba jugak seronokkan hati cikgu aku tu . dia dah banyak sangat korban kat pelajar dia .
dan Alhamdulillah , Allah kabulkan permintaan aku . aku dapat la jugak A- .
waktu jawab SPM hari tu pun , aku macam yakin je dengan Physics aku boleh dapat sekurang-kurangnya A- .
btw , Cikgu Abu Khori , Cikgu Hafidz dan Cikgu Zameary , terimakasihhhhhhh yang teramat banyak atas ilmu yang diberikan . maaf jugak atas lawak yang terkadang kasar terkadang lembut :)
Cikgu Zameary , sungguh awesome belajar dengan cikgu . memang daebak lahh , rasa macam ada teknik je nak bagi dapat A even ada je soalan tak faham hari tu . terimakasihh cikgu :)
tak dilupakan juga kepada tutor , saudari ainaa .
dan zubair yang selalu dok bagi soalan spot walau tak kenkadang *sebab mak dia cikgu fizik kan ? hihi .

21/11/12 [ Wednesday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.15 am

( Paper 2 )
10.00 am - 12.30 pm

( Paper 3 )
2.00 pm - 3.30 pm

till then .

p/s : aku tunjuk slip keputusan dekat cikgu zameary , dia nampak A- , dia terus peluk aku *macam pelukan seorang ibu tu ! dia kata okey dah tu .
sungguh aku terharu (':
aku harap dapat peluk cikgu zameary lagi sekali , Aminn !

20100226

Salam Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab) bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Salam Maulidur Rasul untuk semua……….

20100225

alhamdulillah

salam.
alhamdulillah.ujian 1 dah habis.
lega.semua paper boleh jawab dengan tenang.
syukran jazilan kepada sesiapa yang sentiasa mend0akan ana supaya sentiasa dipermudahkan semasa menjawab exam.
4 subjek dah dapat.5 lagi sedang menanti.
baru dapat 3a 1b.kira 0k la tue.alhamdulillah.
0k la.d0a2 kan la ye sem0ga 5 subjek lagi dapat a.
Aminn.

inf0 harian =)

syukran jazilan-terima kasih

20100214

kita sebenarnya?

bismillah.
tadi ana terbukak buku yang sekolah ana buat tahun lepas.
then tertarik pulak dengan satu artikel.
yang dah baca tue, baca je la sekali lagi.
yang baru nak baca tue, marila kita sama2 muhasabah diri.
:)

TAHUKAH KITA ??
..kita sebenarnya..
..lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
..kita sebenarnya..
..lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
..kita sebenarnya..
..lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
..kita sebenarnya..
..lebih suka mengumpat, memaki orang daripada memuji mereka..
..kita sebenarnya..
..lebih suka kemungkaran daripada kebaikan..
..kita sebenarnya..
..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita..
..kita sebenarnya..
..lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
TETAPI
..bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti jawab..
..kita sebenarnya..
..lebih suka menuju ke Syurga daripada Neraka..
..LAYAKKAH kita ke Syurga ALLAH S.W.T..
“Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara”
Dan..
..siapakah kita sebenarnya????..
..kita sebenarnya..
..lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram..
..kita sebenarnya..
..lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
..kita sebenarnya..
..lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
..kita sebenarnya..
..lebih kusyuk mendengar lagu daripada mandengar Azan..
..kita sebenarnya..
..lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
..kita sebenarnya..
..lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
..kita sebenarnya..
..lebih suka menyebut hello!.. hai! Daripada assalamualaikum..
..kita sebenarnya..
..lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid dan bertahmid..
..SESUNGGUHNYA AKHIRAT ITULAH NEGERI YANG KEKAL..
“Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.”
[ Surah Al Mu’min, ayat 39-40 ]

(:


-->

Buat Mujahidah



Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
"i've leave him for the sake of Allah"
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu sentiasa.



renungan bersama~^^


20100205

ByKnYe KeZuTaN mGgU nY!!

salam..
Ya Allah, byk nye brita dn bnda yg mmbwtkn ana sh0cked mnggu ny..
antara bnda2 wa brita2 yg sh0cked mnggu ny adalh:

1) my sis's best fren (kata akk la) mnggl dunia..xsngka bt0i..tp ktntuan Allah..kita hnya mrncg Allah yg mnntukn..
2) ayaq xde balik kt smkas..>any0ne yg bek aty + jntg..tlg la drmakn ayaq kt sk0la kmi..<
3) stlh 1 mnggu ltih bwt lthn skn..tiba2 kmnterian s0h tngg0h lak smpay bln enm..ape slhnye kalu bwt mnggu ny ja..aih xphm bt0i...nyusahkn 0rg ja..xrse cm bln 6 tue ana wa kgkwn f0m 3 seb0k nan tknik mnjwb kaa?? haiya!!!
4) yurn mkn kna byq 670 wnggt sthn utk waris yg brgaji 5000 wnggt ke ats..aih..xadil sngg0h..xrse cm waris ana p0n kna tnggung akk wa abg ana ka??mne aci klu kgkwn ana yg len kna byq 200 lbey ja sthn..
5) math ana chekgu zainal ajq...tk0tnya....

redha je la nan sh0cked news yg ana trima...

p/s: sm0ga arwah abg Afif Asyraf sntiasa dicucuri rhmt dn dtmptkn dklngn 0rg yg brimn..Aminn > Al-Fatihah <
p/ss: akk wa my family wa arwah abg asyraf family wa kwn2 arwah, sbr yer...psti ade hkmah disbalik kematian arwah..
p/sss: tlg la drma ayaq kt skul kmi yg sntiasa mskin ayaq ny..tp ade hkmahnye gag..ley balik umh!!
p/ssss: kmnterian..tlg la cian kt pljr2 sek0la mngh..jgn la bg beban yg byk kt kmi..
p/sssss: cz..jgn la grg2 sgt tyme math..tk0t d0wh!!

ermm..bnyknye psnn..xpela..ana g0stankn dri ana lu..nk lyn tetamu yg mmbwa sribu krhmtn dn mngeluarkn seribu bala..

salamhialaik



20100115

gRhAnA mAtAhArI...lAwA sNgG0h.....n_n

-salam-

fuh..alhamdulillah..hari ni berkesempatan gak tengok gerhana matahari..
lawa sungguh..
subhanallah..cantik sangat!
sempat juga buat solat sunat gerhana.
semat ambil gambar..
tapi tak jelas sangat..
tapi tak pa la.asalkan boleh tengok secara live..
bukan tengok kat tv ja..


gerhana matahari!

gerhana matahari yang sempat ditangkap 0leh ana..


kejap lagi kawan-kawan nak datang rumah.
nak ajak pergi rumah ustaz kejap.belajar arab..
insya-Allah..
0k la..ana ch0w dulu..tak da apa-apa nak dimerapukan dah..
salamullahialaik!
^_^