THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20140914

An early birthday present .


Bismillahirahmannirrahim . So here they are , the 15th Sept project .

_________________________________________________________

Diam.

Suasana kelas itu sunyi tiba-tiba. Aku panggung kepala.  ‘Oh, patutlah ada pengawas meronda rupanya.’

‘Nak suruh ke surau la tu.’  Aku mengomel sendiri, melihat jam di tangan. 9.00 malam, waktu Isyak sudah masuk .

“Surau! Surau!” Salah seorang dari dua pengawas yang meronda itu berkata, sambil mengetuk pintu kelasku. Aku senyum. Tepat tekaanku. Segera aku letakkan pen ditangan. Memberhentikan diri dari melakukan nota Sejarah yang menggunung.

“Jom surau.” Aku ajak kawan sebelah. Merangkap sahabat aku .

“Eh, cepat je kau bila dia yang panggil ke surau.” Dia seloroh.

“Siapa?” Aku bertanya. Kelam.

“Pengawas yang kau suka tu.” Dia menjawab.

“Serius dia? Tak cam muka, tak cam suara.” Aku gelak. Nama saja suka, tapi banyak ralat. Aku segera kemaskan meja, tolakkan kerusi ke bawahnya.

“Jom.” Terus kaki melangkah untuk bertemu Pencipta.

***

Hari ini 11 Jun, hari kelahiran aku. Aku tak berharap banyak. Cukup sekadar menghubungi mak dan abah di rumah. Meleraikan hati yang rindu.

“Nah. Ada senior kirimkan ke kau.” Seorang rakan kelasku memhulurkan sesuatu. Satu kotak hadiah yang berbalut kemas. Kubuka pembalutnya. Terselit surat ditepi kotak itu. Terus aku baca, dan senyum.

“Siapa?” Sahabat aku bertanya. Ingin tahu.

“Seorang pengawas.” Aku gelak.

“Serius?” Muka tak percaya. Aku angguk, mengiyakan.

***

Minggu depan raya. Pasaraya malam itu penuh luar biasa.

“Kita solat dulu?” Aku mengajak.

“Jom.” Sahabatku menurut.

Selesai solat, kami meronda. Menunggu abah yang masih membeli belah untuk persiapan raya.

“Cantikkan?” Entah kenapa mataku tertarik dengan butang baju Melayu itu.

“Cantik. Kau nak bagi siapa?” Dia tanya. Aku diam, melihat harga butang baju Melayu itu, melihat purse yang sudah nipis.

“Cukup?” Dia tanya lagi.

Angguk. “Cukup-cukup.” Aku kuatkan lagi penyataan aku.

“Nak beli?” Peniaga itu bertanya. Aku geleng.

“Nak fikir dulu kak.” Aku jawab sambil senyum. Senyumanku berbalas.

Kami masuk semua kedai. Jam macam tak berganjak. Fikiran dah melayang balik fikirkan butang baju Melayu tadi.

“Aku nak beli.” Segera aku pergi semula ke kedai itu.

***

‘Nak bagi ke tak?’ Mata tengah lihat butang baju Melayu bewarna hijau itu.

“Asal muka kau macam tu?” Satu suara menyapa. “Confuse?” Dia sambung bicara. Aku angguk perlahan. Lepaskan keluhan yang berat.

“Depends kau okay?” Dia senyum, cuba leraikan gundah sahabatnya ini. Aku angguk lemah, senyum paksa.

“Aku nak bagi.” Jawapan tekad.

***

“Sebenarnya kenapa kau nak bagi dia?” Dia tanya. Ingin tahu.

“Hari lahir dia. Dan raya. Boleh pakai sekali gus.” Aku jawab seloroh. Tangan tengah sibuk lakukan persediaan untuk sambutan hari raya sekolah.

“Dia ada depan tu. Pakai baju hijau macam kau.” Nadanya bergurau.

“Serius?” Aku bertanya tak percaya. Terus panggung kepala, mahu kepastian. Tunduk balik, segan dia betul-betul di depan.

“ And guess what? Dia pakai butang baju melayu kau bagi tu.” Sahabatku sambung bicara. Muka aku dah mula memerah. Menahan segan. Kalau boleh nak pergi dari situ.

***

Pensil mekanikal Pilot bewarna merah jambu itu menari-nari di atas kertas subjek Matematik 2 itu. Membantu mencatat jalan pengiraan bagi masalah mencari isipadu kuboid itu.

[Manfaatkanlah hadiah yang diberi ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat 9A dalam PMR]

Tangan terhenti. Tiba-tiba teringatkan bait ucapan dalam surat itu. Hadiah kedua yang diterima , bersempena hari lahir yang tak lama lagi.

“Saya dah cakap, jangan guna pensil dalam kelas saya!” Suara cikgu Matematik itu bergema kuat, memecah kesunyian kelasku yang sibuk melakukan latihan Matematik. ‘Alamak, kantoi’ Hati dah gundah tiba-tiba. Cepat-cepat capai bekas pensil untuk tukarkan dengan pensil yang lain. ‘ Please, not this pencil sir, not this one.’

“Apa yang kamu buat!? Cepat masukkan pensil yang kamu guna tadi ke dalam bekas ini.” Dia hulur kotak yang dipenuhi ‘barang haram’ ketika dalam kelasnya ; pensil, pemadam, liquid paper. Perlahan-lahan aku masukkan pensil itu kedalam bekas tersebut. Berat hati. Silap diri sendiri juga, lupa tengah subjek Matematik.

“Kau okay tak?” Sahabat sebelah bertanya. “Asal muka kau tu?” Nada risau.

“Pensil tu penting dekat aku. Aku mesti dapatkan balik.” Aku jawab lemah.

“Don’t worry. Kita cuba cari cara nak dapatkan balik macam mana ye?” Dia cuba tenangkan. Aku angguk. Jiwa tengah gundah.

***

Peperiksaan percubaan dah nak dekat. Pensil yang dirampas tak dapat lagi. Kalau orang lain mesti dah tak endah. Tapi aku macam smartphone yang dirampas pula, rasanya waktu itu. Aku ke depan, acah-acah nak tanya soalan, tapi sebenarnya dah tahu jawapan.

“Cikgu, macam mana nak dapat balik pensil saya ye cikgu?” Aku tanya, berlagak berani. Entah kali keberapa aku tanya soalan yang sama. Macam desperate sangat. Dah tak pernah pegang pensil lagi lepas kejadian itu, kecuali kalau nak jawab soalan objektif. Fobia katanya.

“Jumpa dekat bilik saya. Bayar duit dulu. Baru saya bagi.” Dia jawab sambil mata tengah tengok penyelesaian Matematik yang aku lakukan. Mesti dah letih layan kerenah pelajarnya yang seorang ini. Senyum dibibir dah terkoyak dengan sendiri. 
Tak kisah kena bayar berapa, asal dapat balik pensil tu.

***

“Dapat balik?” Sahabatku bertanya. Ingin kepastian.

“Dapat.” Aku jawab, tersenyum.

“Alhamdulillah, kalau tidak macam mayat hidup aku tengok.” Dia berseloroh.

“Mana ada. Aku tak ada pensil lainlah.” Aku berdalih.
Pensil itu menari semula, membantu aku melakarkan peta Malaysia di dalam buku nota Sejarah. Seronok rasanya bila dah dapat balik benda yang kita inginkan.

“Weiiiii.” Kawan sebelah kelas aku sengaja mengejutkan aku dari arah belakang. Terus pensil yang dipegang terpelanting ke tepi.

‘Prak’ . Bunyi macam benda patah. Aku tengok bawah. Kawan sekelas aku terpijak pensil itu. Aku segera ambil.

“Like seriously wei kejutkan aku macam tu?” Selamba aku berkata. Malas nak marah, aku tahu sama-sama tak sengaja.

“Pensil kau tu , okay?” Sahabat sebelah aku tanya. Aku tengok balik pensil itu. Sedikit terkilan , baru dapat beberapa jam dah patah pula.

“Dah patah. Takpe , relaks je. Tak sempatlah nak merasa jawab PMR dengan hadiah hari lahir aku ini” Aku berkata. Nada seloroh. Tapi dalam hati dah rasa sedih. Aku simpan pensil itu ke dalam sebuah kotak. ‘Duduk baik-baik dalam ni, tengok aku jawab exam nanti.’ Dengan pensil pun nak bermadah.

***

“Hadiah untuk dia tahun ni takde?” Sahabat aku tanya.

“Ada. Dah beli. Tapi ..” Bicara aku terhenti. Sedang fikirkan ayat yang betul. 
“..segan nak bagi.” Aku sambung malas.

“Kenapa? Ada problem?” Dia tanya, risau.

“Not a serious matter.” Aku jawab, senyum.

***

PMR dah selesai labuhkan tirai. Kalau ikutkan perangai lama memang nak ponteng minggu depan sampai masuk tingkatan 4.

“Next week datang sekolah tak?” Seorang kawan dari kelas lain bertanya.

“Datang.” Aku jawab ringkas.

“Serious? Asal weh? Jom lah ponteng sekali. Bukan ada apa pun boleh buat dekat sekolah ni.” Dia cuba memujuk.

“Memanglah aku nak ponteng. Tapi perabis beras rumah je kalau ponteng pun. Dekat sini boleh turun dewan makan anytime.” Aku jawab seloroh.

“Sebab tu je kau nak datang?” Dia tanya, geram. Aku angguk perlahan.

“Eleh, jangan percaya sangat budak ni. Adalah sebab dia nak datang sekolah. Next year tak dapat tengok muka pengawas kesayangan dah kan?” Sahabat 3 tahun aku itu menebak. Muka dah berubah rona.

“Mana ada. Serious program sekolah pun best apa? Lagi pun, cikgu tak rampas ‘benda haram’ dah kalau kita bawa pun.” Aku jawab berdalih.

“Kita datang dua minggu je lepas tu kita ponteng.” Aku pujuk lagi.

“Okay.” Sahabat aku pasrah dengan kehendak aku.

***


Dah 2 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Maknanya dah 4 tahun aku tinggalkan sekolah yang mengajar aku erti hidup berdikari. Tingkatan 4 aku mendapat tawaran ke sekolah lain, sekolah berasrama penuh. Jarak sekolah baru ini terlalu dekat dengan rumah, tak mungkin akan dapat aku belajar cara berdikari. Tapi, di sekolah inilah aku belajar perbetulkan kesilapan lama, menjadi muslimah untuk agama-Nya. Sahabat dah pun berganti sahabat.  Namun, sahabat lama masih segar dalam ingatan. Kini, aku tidak lagi belajar di dalam negara. Mahu sangat hidup berdikari kan? Jadi Allah lemparkan aku ke bumi Mesir dengan penuh hikmah. Laut Mediterranean di belakang rumah kadang-kadang menjadi teman setia, duduk mentadabur alam sambil minum air asir Mekah memang dapat mengubat jiwa yang gundah, fikiran yang bercelaru , hati yang rindu kepada tanah air terutamanya pada keluarga. Oh Malaysia, aku rindu!

***

Alhamdulillah, dah nak masuk 2 bulan aku bercuti di Malaysia. Kalau kira-kira, lagi sebulan kaki nak jejak tanah para anbiya itu semula. Jujur kata aku rindu dengan suasananya. Suasana mengabdikan diri pada-Nya. Di Malaysia terlalu banyak ujian, terlalu ralit, khilafku yang lemah iman ini. Namun hati ada sedikit pilu. Sedih nak tinggalkan ibu dan ayah di rumah berdua, sedih juga nak berpisah dengan sahabat lama. Lagi sedih bila tak dapat berjumpa dengan orang yang kita ingin berjumpa. Pujuk hati yang sayu, inshaa-Allah ada rezeki nanti, bertemulah kita.
Aku belek smartphone ‘kapcai’ Sony Miro itu, tengok kalendar padanya. Nak mengira berapa hari lagi cuti yang ada, berapa hari lagi masa di Malaysia. Dah masuk bulan sembilan.

‘Cepat betul masa berlalu.‘ Desisku. Lagi 15 hari lagi tiba tarikh keramat. Hari kelahiran insan yang dah lama aku kenal, yang aku kagumi dari jauh, masuk tahun ini Alhamdulillah dah 6 tahun usia perkenalan. Otak dah mula berfungsi balik setelah 2 bulan tidak dilayan.

‘Hadiah apa yang patut aku beri.’ Hati bertanya empunya diri. Segera aku buka file notes di Miro itu. Tangan lancar mula menaip.

“Diam.
Suasana kelas itu sunyi tiba-tiba. Aku panggung kepala.  ‘Oh, patutlah ada pengawas meronda rupanya.’ ”

‘CERPEN ’ Desis hati ini.

‘Cerpen hari lahir.’ Hati sambung berdesis semula.

‘Cerpen 15 September.’ Hati dah nekad.

***

Selendang merah jambu pemberiannya aku belit mengelilingi kepala . Tak pasti ini hadiah apa. Mungkin hadiah hari lahir bulan 6 yang lepas. Juga dia sertakan sehelai tudung bawal yang cantik, lembut. Rasa malu sendiri, hadiah dari aku hanya butang hijau berbaju Melayu. Ahh keychain itu semua lain kira, berapa ringgit sangat nak banding dengan apa yang dia bagi sebenarnya.

“Adik dah siap belum?” Mak dah memanggil.

“Dah.” Aku menjawab. Aku mengambil beg laptop di kerusi. Mengikut ibu yang akan ke pejabat .

‘Dekat office mak ada WiFi free, bolehlah aku update di blog karya ini.’ Hati membisik.

Sejurus sampai , aku buka laptop ACER Aspire | V5 ini. Nak habiskan bait-bait terakhir cerpen ini , bait-bait keramat buat insan yang akan bertambah umurnya tak lama lagi. Tangan mula menari diatas papan kekunci. Perlahan-lahan mengeja namanya.

“ Selamat Hari Lahir , Muhammad Asyraf Afiq Ibrahim .”

TAMAT .


P/S - Sorry sbb kata ada dua part kan before this, tapi last-II masukkan sekali sebab rumah takde WiFi, diri pulak malas nak pergi office mak setiap  hari. Sorry, sebab tu cerita ni jadi panjang berjela lah jugak. Sorry jugak terpaksa post cerita ni awal sehari dari tarikh hari lahir. Sorry jugak cerita ni slow sebab dah lama gila tak tulis cerpen. Sorry jugak kalau cerita ni tak best. Dan sorry jugak, ada sedikit pengolahan dalam cerita-cerita ni, nak bagi effect cerpen lah katakann.


So , birthday boy here the kind wishes for youuu!

Happy 21st birthday big boy! I'm hoping that you will like this ‘present’ or we can say it a cerpen?! Thank you for always being there for me, through my ups and downs. I’m sorry for my childish behaviour that you’ve to bear with it. May Allah showers you with His blessings, may He guide and protect you in whatever you do and may He grant us with Jannatul Firdausi, inshaaAllah. Not to forget, may all your dreams become true. And last but not least, moga dipanjangkan umur dalam keimanan, moga bertambah amalan ibadah untuk-Nya, moga dalam lindungan dan kasih sayangNya, moga makin meningkat umur, makin faham tujuan kita dicipta dan moga segala moga yang baik-baik belaka. Rabbuna yusahhil, jaga iman, jaga hati, jaga diri, jaga family and have a blast birthday okayyy!

Life is a journey, enjoy every mile of it.

Sincerely,
261688

20140904

Berhabuk dan karya


" Jaga hubungan kita dengan Allah , Allah jaga huubungan kita dengan manusia . "

Haiii semua !
Like hai semuaa ! Kah . Ada lagi ke yang baca blog nii ? Hahaha . Syiok sendiri .
Hari tu ada gak org bising-II aku tak update blog lama dah .
Sebenarnya takde la sibuk mana , tapi malas kemain . 
Internet pun bukannya ada selalu .
Maklumlah kat Malaysia . 
Bajet dekat Mesir , rumah ada WiFi setiap hari pun aku nak update blog ?
Tak jugak kann .
Nak tak nak je actually .
Tapi bila usha balik , peh betullah memang lama betul tak update blog . Hahaha
Like seriously , 2014 ni ada 7 post je termasuk yang ni . 
Itu pun dah bulan 9 baru nak masuk 7 .
Before this , every year memang average 100 post/year . Ni lagi 3 bulan nak habis 2014 pun angka sa tak habis-habis lagi .
So funneh beb .

Btw , aku ada buat satu projek ni . Projek sangat kann ? Hahaha .
Cakap nak class je . Projek diri sendiri .
Tengah usahakan buat satu cerpen in conjunction of jengjengjeng . Biarlah rahsia . Hehehe .
15 September ni aku release dekat blog ni inshaaAllah .
Kalau takde apa-II hal , ada dua part . 
Part 1 nak siap dah .
Part 2 sikit je .
So , jangan lupa visit blog aku ni okay 15 September ni .

Actually , kalau jadi , ( doa la bagi jadi ) cerpen ni akan jadi karya ketiga aku .
Karya pertama dah ada org curi . Karya kedua takde softcopy . So karya ketiga aku ni aku nak simpan betul-II . Tapi cerita kali ni memang agak slow sebab soal hati . Kah .
Before this pun banyak je aku nak tulis novel la , tapi berhabuk jugak . Idea tak banyak .
Apa lagi eh nak cerita ? 
Rasa dah takde . Hahaha .
Nanti apa-II aku update lagi :*

Ceh kelaut je aku ni kalau kata nak update dlm blog . 
Btw , assalamualaikum semua . 
Have a nice dayyy !

Aku ada lagi sebulan dekat tanah air ni . Menangis sikit T.T
Kbyeeee