THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20111130

fs :D


assalamualaikum :D

hehe, fs, shortform to friendster~
lama dah tak layan. tengok tadi pun, laman tu untuk game.
just nak cakap, dulu fs best :D
sebab takdak facebook lagi.
dan dalam fs tu banyak kenangan manis.
rindu friendster yang dulu :D
haha.
macam angau~







meluat bila tak boleh tidoq.

-.-
mata pejamlahh!






20111129

satulapantujuh!



assalamualaikum WBT :DD

apa yang satu lapan tujuh ni entah?
187?
hmm, ni la bilangan batch kami .
batch U-Forts.
nama panjang batch kami?
ni haa, United Fitfh Organisation and Revolution of Talented Students.
tudia, panjang dakk?
ok laa, kami dibawah pengelolaan Cikgu Rosmini :D
ketua batch ni pulak, Faiq Yuhaizad.
penolong ketua, gadis comel Anis Shazwani (:
batch ni, merupakan batch yang teramai kat Ikups sepanjang sekolah ni ditubuhkan.
tak silap lah kann..


ahli2 u-forts;
( ikut kelas lah, nanti tercicir )

*Aliran Sains Tulen Agama*

4 Ihsan;
Amir, Munzir *muzeq*, Rafiq, Farhan *paan*, Adam, Athir, Irfan *che' lan*, Hamdi, Husam, Akmal
Shahirah *shera*, Balqis *aqish*, Nazirah *nazir*, Sakinah, Aiza, Syahida *shida*, Sara, Fatini, Anis *cha'er*, Farihah, Fatimah, Aina *ayiz*, Atieqah *ayom*

4 Ikhlas;
Wan Hazim, Zaki, Aiman, Firdaus *pidot*, Al-Amien, Mursyid, Rahim, Azam, Muhaimin, Syazwan, Asyraf Akmal, Naqiuddin *qiu*, Akmal
Mardziyah, Hidayah *dayah*, Widad, Faten *aten*, Rabiatul *atul*, Jihan *an*, Zulaikha *ika*, Syahirah *shiro*, Farhah *paah*, Salsabila *sal*, Atina, Masha, Afifah *kakpah*

4 Itqan;
Asrul, Abu Zarr, Nabil, Aliuddin *ali*, Ikmal, Mukhlis, Azlan *paklan*, Syawal, Hazim *pakya*, Khairesoufi *soufi*, Nasir, Yusof *ucop*
Nabihah *biha*, Su'ad, Sarah, Balqis *baba*, Farah *FAN*, Najihah, Wafa', Ainaa, Anis Nur, Syafiqah *pikah*, Syahirah, Husna, Muhanna *anna*, Effah

4 Imtiaz;
Amin, Zubair, Ikmal, Farizuan, Nabil, Faisal, Ilham, Azrul, Luqman, Khidir
Farah, Sharifah *epah*, Atiqah, Afiqah, Hanim, Nabilah, Anisah, Aminah *siti*, Aqilah, Syafirah *syafi/firah*, Asma, Aishah

*Aliran Sains Tulen*

4 Ikram;
Afif *SRK*, Reza, Naufal *nopad*, Rasyid, Ruhaifi, Azizi, Hafizuddin, Asyraf *AO*, Ghazwan *Gazu*, Hazman, Zarif, Azam, Zulhafizi, Azri, Luqman
Nazlia, Yasmin, Asilah, Anis Shazwani, Ishamina *kak isha*, Anis Sobirin *anis sob*, Zulaikha *zu*, Syazani *ani*, Syafiqah *pye*, Nursiah *siah*, Ain, Izdihar *d'heart*, Aliah, Nurin, 'Aina *attas*

4 Irsyad;
Akmal, Asyraaf *up*, Idzham, Shafeeq *ahlami*, Rozaimie, Muhaimin *amin*, Zulkhairi *pakjol*, Naim, Azfar, Syauqi, Helmi, Asraf, Amir *bob*, Ezwansyah, Sayuti *pakyut*
Athira, Rushda, Mastura *mas*, Hazulianty *fifi*, Idayu *ayu*, Syifa, Syazwana *wana*, Balqis *bobo*, Mawaddah *wada*, Amira *mira*, Huda *kak hud*, Fatin *atin*, Husna, Najwani *ju'a*, Fazleen

*Aliran Sains Teknikal*
Izwan *iwan*, Adzly *ADZ*, Amirul, Hazieq, Firhan, Asyraf Fakhry *acap fakh*, Nurfitri *nur*, Afifi, Zulziman *gman*, Fitri, Asyraf Mazli *acap mazli*, Syahir *cha'er*, Syed, Syamim, Faiq, Syamil *me'el*, Farid, Faiz
Syuhada *syud*, Annisa *nisa*, Sufina *su*, Ain, Wan, Atiqah, Aqilah *aqil*, Shylina *shy*, Syuhada *syu*, Nabila *intan*, Najla

Done!
ok, lelaki, tak kenal semua pun.
cam depa kadang2 jaa.
ramai sangat nak kenal pun :D
anyways, batch ni memang best.
nak kata masalah banyak pun, takla sangat.
biasa2, nakal2 remaja :D

oklah, taktau nak tulis apa lagi.
daa~

20111128

cemburu



cemburu.
kadang2 baik.
kadang2 tak.
tapi banyak yang tak.
bagi pandangan aku.
jadi aina, tak perlu cemburu.
cemburu tanda sayang.
so, lebih baik cemburu dekat bini2 ustaz sebab depa dapat laki yang baik.
depa pun boleh jadi baik.
dapat dekat dengan Allah.
nak cemburu pasai tu.
cemburu tentang hang atau aku yang dipandang Allah. :D
mudah-mudahan Allah memandang semua umat Islam.
mudah-mudahan kita dibawah rahmat-Nya.
insya-Allah.

aina. senyum sikit! taknak monyok2.
readerss! senyum jugak, jangan monyok tengok aina monyok.
:DD

antara diri dan mereka :D


assalamualaikum WBT :D
hey, kamu!
renyihh sikit.
renyihh bagi nampak gigi (:
takpa, takgilaa haihh. renyihhh tu buat kita bahagia.
buat kita gembira.
buat kita ..
cukup2 lah tu mukadimah awal XD

ok la, topik nak cakap;
antara DIRI dan MEREKA?
perh2, tajuk macam hangat. tapi, biasa je lahh labu!
kalau lah saya bagi pilihan kat hampa semua *siapa yang baca blog ni je lah kan. MACAM LAH RAMAIkann*
adakah hampa akan pilih mementingkan diri sendiri ataupun keluarga?
ye lahh,
lumrah kan, kehendak kita tak sama dengan keluarga.
lumrah kan kita nak jadi artis tapi keluarga nak kita jadi cikgu.
lumrah kan kita nak lepak, keluarga kita tak bagi.
lumrah kan kita nak kat girls/boys tu tapi keluarga dah ada pilihan lain :D
LUMRAHkann?
so. kat sini.
kita kena buat pilihan :D
ya, saya tahu.
pilihan itu sukar.
pilihan itu menyakitkan.
pilihan itu kadang2 memang KEJAM (:
tapi, tetap tak boleh nak elak daripada buat pilihan kan?
so, bagi pendapat saya,
antara diri dan mereka,
mungkin saya akan pilih MEREKA.
sebab apa yaa?
sebab bagi saya,
mereka dah banyak korban kat DIRI kita sampai kita jadi berjaya macam ni.
memang la, DIRI yang penat2 belajar semua tu kann,
tapi, penat lagi ke belajar daripada sara DIRI kita?
nak cari duitt, nak cari tempat tinggal, nak cari makanan, nak bayar yuran, nak bayar duit untuk kerajaan *duit seratoih yang kita dapat tu duit makpak DIRI jugak*
mereka yang tanggung kita dari besaq cari kelingking sampai dah besaq papan iklan Tesco. *saya dikecualikan*
bila lagi kita nak balas jasa MEREKA, MEREKA nak tengok kita berjaya je kot.
so, bagi saya, saya akan pilih mereka.
pilih pilihan mereka.
mungkin sakit kat DIRI, tapi, DIRI kita seorang yang menanggung sakit tu.
kalau kita pilih DIRI, ramai yang akan sakit. MEREKA tu ramai, kalau ada 10 beranak. sepuluh lah sakit dengan kita.
so, satu lawan sepuluh, mana terukk? sepuluh lahh kan :D
dulu, abah pernah cakap " adik, hang nak balaih jasa mak dengan abah satu jaa, jadi doktor"
bayangkan, penat2 dok bagi tidoq atas buai kecik2, penat2 pukoi nyamuk time kita tidoq kecik2, depa suruh kita jadi doktor jaa. *taktau la family lain*
so, bila lagi kita nak balaih jasa depa?
time ni je lahh kann?
so, kita usaha dulu bagi dapat apa yang depa nakk, kalau tak dapat, tu lain kira pulak, yang penting kita usaha dulu.

kita hanya merancang, Allah yang tentukan, so kita usaha untuk merealisasikan apa yang dirancang, dapat tak dapat lain kira sebab tu kerja Allah.
yang penting, kita terima je apa yang kita dapat lepas kita dah berusaha.
selagi permintaan mereka tak bertentangan dengan syariat, tak salah kan kita cuba untuk merealisasikan permintaan mereka?
tapi,
ini hanya pendapat peribadi saya,
anda?
hak anda.
sama ada nak pilih DIRI atau MEREKA!


:D

p/s: tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada, hanya untuk motivasi diri sendiri :) sekian!

*semalam aku mimpi aku dapat adik ):
mainan tidur je kann. sabar laa, ada nad pun dah cukup
Alhamdulillah*



Awesome!


assalamualaikum!
tadi usha channel anwar hadi. masih tak upload video baru :(
but, terserempak satu video ni.
also by Anwar Hadi.
video ni, dah tengok, tapi sesuai la dengan jiwa rakyat Malaysia sekarang :D
video ni, time Malaysia lawan Australia.
dan, sokongan pelajar Malaysia di Aussie sangat awesome!



tahu apa?
Malaysia kalah 5-0 dan mereka masih bersemangat menyokong Malaysia!
LIMA ok! bukan 3 macam lawan Bahrain tu :D
so, rasa malu pulak, orang jauh masih boleh sokong Malaysia, tapi some of us kat Malaysia ni masih bebai dengan Harimau Malaya.
What the what kann?
so, rakyat Malaysia, jom kita ubah perspektif masing2.
kalah menang lain cerita. yang penting Harimau Malaya lambang Malaysia :D

*semangat patriotik tak?*
haha!

20111127

10 lawan11 :D


assalamualaikum w.b.t :D
ohoi kawan2, kecewa ka Malaysia kalah dengan Bahrain?
kecewa?
ha, sama la kan :D
tapi takpa, biasa la tu, adat permainan, ada kalah ada menang.
kita sebagai rakyat ni, memang kena tetap la menyokong Harimau Muda walaupun depa kalah :D menang lagi la kena sokong kann.
ye laa, kita bukan staii EPL, yang ada penyokong seantero dunia.
kalau kita tak sokong Harimau Muda, siapa lagi entah nak sokong XD
anyways, memang dah jangka Bahrain akan buat kejutan macam tu.
tak mustahil, sebab dulu waktu tengok bola Kedah lawan Perlis tak silap, boleh je Kedah score 3 gol dalam masa kurang dari 5 minit. so, tak gila dan tak pelik la gol bahrain tadi.
tapi, memang nampak la, pertahanan Malaysia hari ni kurang sikit. maybe tak ada Muslim, maybe semua penat. mana tahu kan :D
tapi, overall game tadi, takla kaku macam sebelum2 nih.
and, kita patut berbangga what, dapat 2 gol.
memang kalah, tapi bukan dengan tangan kosong kan :D
dan gol ni, sumbangan Nazmi Faiz dan Mahali.
nak cerita kat sini, kita sebenarnya, kalah dengan Bahrain yang ada 10 pemain, sebab seorang dah kena kad merah. tapi, kita yang kekal 11 orang ni masih tak boleh pertahankan benteng negara. so, kat sini, macam terbukti, ramai itu bukan penentu kemenangan. macamlah Perang Badar juga :D
point kat sini ialah, semuanya Allah telah tentukan, dan kita hanya merancang untuk dapatkan apa yang kita inginkan. tapi, kalau tak dapat tu, jangan la sedih ke hape, sebab semuanya ada hikmahnya. Dia Lebih Tahu kan ?
anyways, suka tengok Mahali main, cara dia main, semangat dan lawak.
sentiasa berusaha untuk menjaringkan gol. bagi pandangan saya lah. anda? ikutlah, hak anda. apa-apapun, tahniah kepada skuad negara walaupun tak menang.
mungkin Malaysia tak cukup skill lagi untuk ke peringkat Asia, tapi Asia Tenggara kan dah menang :D so, sumbangan tu masih ada.
oh, lupa, nasib tadi Fakri tak main. bukan nak kutuk kan, tapi, serius tak sanggup buat dosa maki sebab dia. terimakasih banyak2 tak turunkan dia tadi. terimakasih sebab tak bagi saya buat dosa memaki :D terimakasih Fakri Saarani sebab duduk tepi Muslim tadi tengok je perlawanan bola. jasa anda kali ni sangat dihargai.

ni, gambar2 pemain yang saya nampak memang ada skill dalam permainan mereka ;

FOR SURE lah kan, KFCM, dia tangkap bola memang terbaik lah!
tersasar kadang2 tu dimaafkan lah kan, nobody perfect!

Nazmi Faiz, ok jeles sikit dengan dia sebab boleh pulak dok main2 tangguh SPM :D
tapi, takpa, tetap menyumbang kepada negara.

wan zack haikal, cedera balik :l
tapi cara dia main memang staii!

fandi, kecik ja, tapi bila dia gentel memang hebat!

mahali, main kejam sikit. tapi tetap lawak :D
penyumbang gol negara time lawan bahrain (:

apa2 pun, usaha lagi Harimau Malaya :D


p/s: saya memang kaki bola :D





salam maal hijrah :D




assalamualaikum semua :D
hari ni dah satu Muharram.
tahun baru dalam Islam.
jadi semua, salam maal hijrah saya ucapkan (:
moga kita dapat berhijrah untuk menjadi lebih baik dan mendapat keredhaan-Nya,
insya-Allah.
perubahan itu satu pengorbanan, perubahan itu satu perjuangan :D
yang penting, niat atas nama Allah.
ok, azam nak tidoq awai. hehe. goodnight!



20111126

gabra -.-


assalamualaikum W.B.T
semalam ayah saya tanya, result keluar tak lagi?
dalam hati, " ha, sudah, tak pernah abah tanya pasal result"
muka abah pun dok senyum2.
takkan result dah sampai kot.
mampoihh laa, tak sampai kat tangan pemilik dulu.
lepaih tu geledah la semua barang, cari surat result tu,
tak jumpa2.
sampai semak ruang tamu ohh.
dengan muka nak teriak, tanya abah, abah mana result adik?
tau abah jawab apa?
abah jawab macam nih;
" ABAH TANYA JA, RESULT TU MANA SAMPAI LAGI, AWAT, CIKGU KASI RESULT KOT RUMAH KAA?"
hak elehh,
mudahnya abah jawab -.-
tapi, masih tak percaya dengan abah, sebab muka beliau kurang meyakinkan :D
so, sekarang masih dengan mood geledah semua surat cari result PAT.
awat gelabah sangat?
haha, biasalah, result kan. memang la gelabah, walaupun dah tau berapa A semua.
takde la elok sangat kan, tapi takde lah terok sangat jugak :D
6A kira ok tak?
ha, tak?
ok, up bagi 11 A.
ok, tipu, tak pandai macam tu.
nanti lah kita tengok macam mana.
:D


tadaa!

assalamualaikum W.B.T

sebab semalam mata tak nak katup,
bosan tak tahu nak buat apa,
jadi saya edit gambaq,

TADAAA!
tudia.tudia, merapu dak?
haha.
yang penting, saya rasa comel dan cantik :D
halai laa.
perh, kat gambaq yang first tuh, abah nampak comel!
emak nampak high class :D
abang pulak lebih hensem dari biasa.
kakak, macam biasa lah, molek dowh :D
ok. sebenaqnya, taktau nak post apa pun :P
daa~

hang -.-





wei hang.
hang nak kacau family aku,
hang kena jumpa aku dulu dowh.
hang kena pandai kenai Allah, pandai solat, pandai baca quran, pandai puasa, pandai pakai tudung, pandai masak, pandai buat kerja rumah, pandai tolong makpak aku.
memang aku tak pandai dalam semua2 yang aku sebut ni,
tapi hang kena pandai.
sebab hang nak kacau family aku.
kalau hang tak reti nak buat semua ni, jangan nak berani cakap hang family aku.
aku sayang family aku, jadi aku tak suka strangers2 pelik mai kacau family aku.
tolong lah hang, jangan lah mengganggu family aku lagi :l


credit to: stranger yang nak pecahkan mangkuk kuali kat rumah aku :D

p/s: ni bukan untuk hampa semua. jangan risau. dia bukan baca blog aku pun, tapi, mana tau Allah bagi dia ilham nak bukak blog aku ka kan :D
p/ss: aku bahasakan aku, sebab budak ni memang sengal -.-
tak mencarutkan?





20111125

update!




ok. tukar template.
just nice lah kan :DD
simple.
ceria.
macam jiwa aku sekarang. yeah! (:




20111124

series, tak sanggup bagi minah ni sedih (:

assalamualaikum,

hey awak, ya awak, senyum sikit!
eh, senyum banyak.
sampai telinga okey!
kalau boleh bagi nampak gigi yang putih dan cantik tu!

yaa! senyum lagu tu baru nampak segak :D

nak cerita apa entah?
lupa sat. (:
hha, ok lah.
nak tanya, kenai entah budak nih;

*curik*

kenal dak? kenal dak?

haa? tak kenal.
haru sungguh lahh.
nak kena perkenalkan pulak.
nama dia, Nur Nadhirah Afifah Hussain.
bakal jadi form 3 tahun depan (:
budak pandai lah jugak. [sebagai satu doa]
and, sekepala dengan saya la kot kan.

ok, taktau kenapa, tetiba nak cerita pasal dia nih. hehe (:
dia ni sebenarnya, my fake sister.
ye lah, adik angkat.
tapi, ok series, sayang dia gila la kot kan.
dia? taktau la. dia pun ada kak kandung, so, tak kisah sangat dia tak berapa sayang kat saya pun. her sister deserve more than me right?
saya takpe lah, adik pun takdak.
nak cari kak angkat pun, perh, sumpah taknak.
hehe.
kitorang kenal time dia form 1, which mean saya form 3 la kot kan.
*tudia, buat2 lupa boleh*
and, tarikh declare dia jadi my fake sister, tak tahu lah bila (:
pelik kan?
haha, tiba2 je dah anggap dia macam adik.
and, sebenaqnya, tak pernah pun panggil adik dekat dia.
*tahun ni baru nak mula, tu pun muka segan lagi, tapi takpa aku sayang dia*
tahun lepas, tak heboh sangat pun pasal dia ni adik angkat saya.
tahun ni lagi lah kan, sebab saya pindah.
but, saya rasa, ramai je form 4 yang tau pasal ni.
hehe.
waktu cakap kat dia kata nak berpisah,
taktau la respon dia apa kan (:
depan dia ja time cakap nak pindah saya tak teriak.
depan orang lain saya teriak okey!
*maybe, nak jaga ego saya sebagai seorang kakak kot*
and, time hari last pun, kitorang jumpa sat ja. itu pun kat surau.
and time tu pun dia kelam kabut nak pergi mana entah.
ok, not your fault dear (:
mak dengan abah pun suruh saya cepat, so, memang tak sempat nak teriak la kan.
then, time pergi MAC, tahu apa?
dia teriak okeyy!
dan saya sangat terharu.
*tapi tak tunjuk jugak*
just suruh dia stay dengan saya.
jalan sama-sama.
and she gave me a cute pink teddy bear!
kitorang bagi nama *NADAY*
tudia, macam pemain tennis tu pun ada kan,
haha, lantak lahh (:

awak tetiba cakap pasal dia?
okay, time first2 pindah dulu, serius, macam tak kisah sangat pun.
dan dengan izin-Nya, dapat sedorm dengan Al-Attas, and dia sangat2 baik dengan her fake sister.
panggil adik. sentiasa disamping adik dia. and tak pernah berenggang.
kat situ, mula timbul perasaan *Jealous* tapi pendam ja.
yang paling penting time tu, baru timbul perasaan kesian, sebab tak layan Nad dengan baik.
time tu baru rasa bersalah,
time tu baru rasa kalau boleh putar masa, saya akan layan dia sebaiknya.
but, its Allah fate kan (:
siapa boleh lawan?
so, saya pun mula layan dia dengan baik.
memang tak pernah gaduh, but, dulu tak rasa baik.
sekarang dah okeyy!
kami punya relation sumpah unik.
awat?
sebab sejak saya pindah dari bulan 3, saya baru telefon dia sebanyak 2 kali.
hantar mesej pun sebanyak 2 kali.
*tepuk tangan sikit*
setia dak?
haha, tapi, kitorang main wall ke wall la.
cuma, susah la kan sebab bila dia on saya tak on, bila saya on dia tak on.
but, i like this!
unik hapee! makin buat saya merindui dia.
haha.

ok tulis apa lagi entah?
hmm, seriesly, tak sanggup nak buat dia sedih.
sekarang pun dah duduk jauh, nak tengok dia tak boleh dah.
nak dengar masalah dia tak boleh dah.
nak pinjamkan bahu kat dia pun tak boleh dah.
tau cerita dia dari fb or her new blog jer.
itupun, tak padat.
so, untuk apa yang saya taktahu, saya minta maaf atas kekurangan ini.
kekurangan yang tak dapat ambil berat tentang Nadh 100%.

"adik, kalau hang sedih dan ada masalah, jangan dok pendam. cerita la kat sesapa *aku pun boleh*, jangan sedih, sebab aku pun sedih jugak tengok hang sedih. aku nak hang happy ja. lagi satu, hang ikhlaskan apa yang pergi dari hang. contoh macam perpisahan ke, apa2 lah kan.
buat semua benda sebab Allah. aku harap, hang jadi budak yang baik. *jangan jadi macam aku, aku tak cuku baik* hang belajaq elok2 nah, bagi score PMR. kalau hang rasa hang okey dok situ, stay je, tapi kalau hang nak cari pengalaman baru, hang pindahlah. tapi hang jangan dok buat menyesai macam aku pulak. nanti tak bahagia hidup. aku sekarang dah tak menyesai dah sebab aku nampak apa tujuan Allah bagi aku buat keputusan ni. okeyy, benda ni mungkin susah untuk aku cakap ni, tapi, kalau hang nak kak angkat yang lain *sebab hang fedup dengan aku* hang ambil lah. bukan niat aku nak buat macam kak2 sebelum ni, tapi aku rasa bersalah kat hang tak dapat jaga hang dengan elok. *tapi kalau nak still dengan aku pun baguih jugak, lagi aku suka. hehe* heh, aku pun dah taktau nak bagi pesanan pa, ha! jangan lupa baca Al-Mathurat pagi dan petang. Jangan lupa doakan kesejahteraan ayah dan mak sebab kat depa la terletak keredhaan Allah. jangan carik pasai dengan kawan2, sebab tanpa depa, hang tak boleh nak hidup. last sekali, cari la SAHABAT yang baik yang boleh pimpin hang ke syurga.
aku sayang hang sangat2 dan aku tak sanggup bagi hang sedih, kalau hang dah teriak baca benda alah ni, cepat2 lap ayaq mata hang tu bagi kering (: "

perh, macam wasiat pun ada. haha, anyways, teringin nak cerita pasal dia dah lama dah.
tapi baru ada masa.

p/s: kakak dan abang kandung jangan risau nah, adik masih menyayangi anda walaupun ada fake sister nih (:

Nur Nadhirah Afifah
ILY!


ok. segann. -.-
haha!
=D

lack of idea!

assalamualaikum (:
heh, taktau nak post apa
layan je la gambaq nih;


heh, betoi entah?
aku pun taktau =.=
haha

20111122

Sang Harimau Muda Malaya MENGAUM!!

assalamualaikum wbt,
seriess, tak rugi pakai baju harimau muda hari nihh,
sebab yeahhh, harimau muda menang!
EMAS weyyy!
alhamdulillah,
sang harimau muda malaya mengaum membaham sayap sang garuda!
series, game tadi Ya Allah punya la banyak menguji keimanan saya.
apa tak nya, kerja bola lepaihhhh ja.
dah lepaih bila kat gawang gol tak score pulak.
nasib ada penalti, score 4-3.
memang pemain Harimau Muda daebak lahh!
so, jom layan video nih;



ok, ni time penalti pulak
*series taknak tengok Fakri tendang*;



apa-apapun, skuad Sang Harimau Muda Malaya telah bermain dengan baik serta bersemangat sekali dan seriesly,
SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA!


*HARIMAU MALAYA*
mengaum membaham
sang garuda!

tahniah diucapkan (:

20111120

antara mereka =D

assalamualaikum wbt =D

perh, tajuk. antara mereka?
antara siapa?
antara si dia. si dia. dan si dia saya nak pilih yang mana?
BUKAN!

antara mereka ni lah (:

si angry bird;

*google*


dengan si domokun;

*google*


dengan si clumsy smurfs;

*google*



agak2, yang mana satu paling comel?

heh, kalau saya, memang sumpah lah pilih the clumsy smurfs.
sampaikan dalam dompet pun ada gambaq dia (:
boleh percaya tak?
haha.
tapi takpa, saya ada dua ni;

*terimakasih kepada chaer*


sekarang saya nak pergi beli domokun pulak.
baru syiokk. haha
kalau ada orang bagi pun baguih jugak kann.
mahal woh.
*kedekut*

20111119

terimakasih!

assalamualaikum.
heh, nak jadikan blog kedai buku sat boleh kot noh =DD
hehe.
teringin nak promote novel karya seorang penulis nih. ok, kalau saya yang promote memang FOR SURE lah best kan. sebab saya memang pandai menilai novel pun. memang daebak lah cerita dia. (:

ok, promote yang baca dulu lah yer =DD

first, yang super triple double best, cerita Takdir.
ok, cerita ni tak macam cerita lain.
serius, unik (:
bagi saya lah kan!

Takdir =D

Hero.
ala-ala cerita superman. tapi better lagi dari cerita superman semua tuh.
serius =D

himpunan cerpen Hilal Asyraf.
cerpen dia, memang semua best la kan.

terasing!
buat saya tak nak mengasingkan diri dengan sahabat saya =D

ok, yang ni tak baca lagi. tapi promote jugak lah kan. sebab mesti best jugak. insya-Allah (:

relasi (:

remaja mulia (:

Fanzuru, maka lihatlah (:

VT, sedih sebab takdapat baca buku ni lagi. tak sempat nak pinjam meminjam. huaa ):

batu-bata kehidupan (:

ok, dengar cerita Brother Hilal Asyraf ada cerita baru.
something like cerita Hero jugaklah.
entitle Hero Remaja tak silap.
perh, tak sabaq nak beli. teehee (:

ok, lastly, ni bukan Hilal Asyraf punya karya but Hlovate.
saya percaya ramai dah baca.
and, hope kalian pun dapat apa yang saya rasa lah kan.


heh. dah macam kedai buku pulak.
lepas ni boleh lah bukak kedai buku.
psst, semua benda saya nak buat. kedai buku pun nak bukak. kedai hadiah pun nak bukak.
haiiyaa!

heh, kenapa promote novel2 ni?
sebab saya rasa novel ni lebih bermanfaat dari novel cintan-cintun jiwang miwang sekalian alam.
bukan nak kata diri baik,
tapi better baca dulu sebelum judge my opinion (:
komfem, insya-Allah tak rugi baca.
tak banyak pun mungkin sikit pengajaran yang dapat.

so, terimakasih saya ucapkan kepada Al-Attas and kawan2 sebab memperkenalkan cerita2 Islamik.
terimakasih kepada Hilal Asyraf, Hlovate, kru LangitIlahi kerana memhasilkan karya2 Islamik yang mantap!
terimakasih kepada sahabat2 saya yang sentiasa memberi sokongan kepada diri saya.
terimakasih kepada matluthfi dan anwarhadi sebab banyak vlog tentang Islamik sejak akhir2 ni.
terima kasih kepada semua kerana sentiasa memperingati saya (:
lastly, terimakasih Ya Allah, kerana menghantar mereka untuk memberi peringatan kepada saya. (:

sekian, selamat membaca! =D


series!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

tadi, pi makan dekat kadai pakcik din.
melantak roti canai.
ok, tu mukadimah jer.
sebenaqnyaa,
nak cerita kata.
hari ni hidung saya tersumbat!
selesema punya pasai.
mai2, ada pulak smokers yang smoking tepi saya.
hadoiii!
memang la pantang dengan smokers ni.
nafas memang sesak la kann.
para smokers, tolong la jangan cuba nak bunuh saya.
pahala kutip pun tak banyak lagi.
haiyaa!
tolonglah. tolonglah.
series! saya tak suka smokers.
memang pantang la kan bila jumpa smokers tambah2 time hidung tersumbat or tengah makan. memang la rasa nak tendang ja pi suruh main jauh2 syuhh3.
nasib jugak la bumi ni semua orang guna, tu yang tak buat macam tu.
tapi tolong lah para smokers, hormati la hak kesihatan orang lain.
haih, memang geram la kat para smokers.
terimakasih sebab buat saya tak boleh bernafas.

anda memang baik!

*google*

*google*


credit: smokers kat tepi jalan, kedai makan. and encek abang saya.
stresss T___T

hipokrit ke konkrit entah?

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

senior saya cakap;
kita dilahirkan dalam fitrah agama.
ISLAM.
jadi fitrah Islam tu baik.
kita pun sebenarnya baik.
jadi, sebenarnya kita hipokrit kalau jadi jahat sebab dari dulu lagi kita baik.
kalau jadi baik tu la yang tak hipokrit sebab bertepatan dengan fitrah.

bila pikiaq balik, betul jugak kan? =DD

so, siapa nak jadi hipokrit, dan siapa tak nak jadi hipokrit?
(:

dulu. kini. dan selamanya!


assalamualaikum!


oklah,
post kali nih, nak tulis pasal kelas dan dorm yang pernah saya diami (:
yang terlalu banyak kenangannya!
manis melecaih, tawaq habiaq, masin berdengung semua ada (:

so, nak mula dengan form berapa dulu?
ha? form 1?
aiseh, kena perah otak la nak ingat balik depa semua.

ok, mula dengan kelas dululah (:

saya ditempatkan dikelas 1 Darul Jalal.
bagi saya, kelas ni.
sangat2 diam la kot (:
ok. kelas ni best.
sebab dok ka hujung dunia.
yang paling ingat time dalam kelas ni ialah.
emm, bunyi shhhh dari hanif si ketua tingkatan.
ok, memang setiap hari lah dengar kan tu yang kelas jadi sunyi (:
terimakasih encek hanif!

ok. ahli2 nya adalah seperti berikut;



zulakmal, asyraf, syakir, halim, luqman, izzat, syafiq, k.on, zaki azrul
zakwan, syazwan, athirah, najihah zul, atiqah, suha, masmira, hanisah, syahira, khairunnisa', hanif, fakhrulrazi
aina fit, najwa, nur hanisah, nadira, ustazah wan, 'atiqah, nazatul, najihah zainal, najihah razman
izzatie, hannah, asyiqin, ayiz, izzati, fathia.
(:
ok, serious gambaq ni tak jelaihh, asal nampak kaler dah la nouh =DD

perh, kalau nak describe satu2 karekter depa ni memang la tak boleh.
sebab dah tak ingat perangai depa lagumana.
hehe.
nanti kalau ingat saya describe kan lah ok! =D

ok, dorm pulak, saya ditempatkan kat dorm 12.
actually, dorm ni memang yang the best lah antara semua dorm.
sebab apa?
sebab senior dia semua sporting nak mampuihh!
syiokkk.
ketua dorm pun hingaq Ya Allah, taktau nak cakap macam apa.
hehe. tu lah Kak Suhaili aka Kak Elli (:

ahli2nya ialah;

Kak Suhaili, Kak Aishah, Kak Mazidah, Kak Halilah, Kak Najwa, Kak Maizatul, Kak Maryati, Kak Raihan, Kak Anis, Kak Syafiqah, Kak Nadhirah, Kak Asiah, Kak Raihan, Fatimatuz, Nurin, Ayiz, Fathia, Suha, Putri (:

tudia, nama, formal gila. ni tak bagi nama panggilan noh. kalau tak meleret post ni pulak (:

ok, form 2 lah pulak (:
taknak panjang cerita!

time form 2, dapat masuk kelas 2 Darul Salam.
ok, tak la excellent mana kan sebab dapat masuk kelas nombor 2.
tapi, yang penting kelas ni memang la best walaupun jadi markas g.20.
memang la hingaq kelas ni sampai nak study pun tak boleh.
tapi, yang penting, memang daebak lah!

ahli2nya;

baihaqi, khyril, safarudin, husaini, azim, fahmi, daim, badrul, azrul, amir, yusri
nadira, athira, ayiz, haziqah, izzati, syifa, ehsan, nafisah, nurin, amalina, izzah, raihan, aina fit.
nabilah, farah, syahira, aimy, ustaz ghani, halim, zakwan, zaki, hazrat


ok, kelas ni memang series syiokk. sebab kelas ni banyak geng.
and semua memang sekepala la. (:

dorm pulak?
heh, kali ni dapat dorm tingkat bawah. dorm 8. besaq rahmat oh. tapi katil atas pulak. haha.
tapi takpa, saya jarang ja tidoq katil sendiri. selalu ja pergi menyempit dekat katil raja. tidoq dengan dia sampai dia jatuh. agak2 saya ganas tak? haha

ahli2;
Kak Zahidah, Kak Ainun, Kak Nabilah, Kak Fatin Nab, Kak Fatin Yaakob, Kak Anis Farhanim, Kak Khatijah, Kak Wani, Kak Umirah, Kak Syuhaida, Kak Nazihah, Kak Mashitoh, Athirah, Raja, Ayiz, Atiqah, Nazatul, Lina, Rasyidah and Nasuha.

oklah, time form 3 pulak;

[takda gambaq kelas. majalah saya takdak lagi. wuwuwu. ): ]



ahli2 kelas ni, dibawah pimpinan Daim Hafizy (:
Daim, Azim, Azfar, Shauqi, Faiz, Syafiq, Halim, Sidqi, K.On, Safarudin, Hazrat, Zikri, Husaini, Yusri, Asyiqin, Ruhana, Khairunnisa, Farah, Asyiqin Khalid, Aina Fit, Ayiz, Alia, Hajar, Arifah, Liyana, Nazatul, Hanisah, Athirah, and Aqna

kelas ni sangat meriah sebab ada Daim pembuka masalah. (:
heh, terima kasih ahli kelas nih (:
banyak memberi kerjasama dalam pelajaran saya!

ok, dorm pulak?
erm.
time form 3 dapat dorm 18. (:
dorm ni memang nakai terok lah kann. boleh kira kot berapa kali saya pergi solat dekat surau. ehem, yang nakai tu lower form ok. bukan senior2 saya (:
hehe.

ok, ahli2 dia;
Kak Aimi, Kak Shamira, Kak Wani, Kak Izzati, Kak Hanis, Kak Mashitoh, Husna, Ayiz, Syahira, Nadhirah Ifa <3, Wana, Aqilah, Rushda, Hannan, Qhairunnisa, Amirah, Aisyah, Fatimah, Izmar

heh. done for form 3.

ok, form 4 pulak. (:

heh, tulis yang dekat agama sik dula lah noh.
ok, alhamdulillah, form 4 dapat kelas 4 Ibnu Khaldun.
tak pernah expect pun dapat kelas ni kann.
ye la, saya budak biasa2 je. (:

ahli2 kelas ni ialah =DD

Farhan, Hafizuddin, Syariqul, Asyraf, Azim, Abu Hazzim, Hanif, Nazif, Zainal Ehsan, Azfar, Syazwan, Shuhaili, Nafisah, Asyiqin, Effah, Syafirah, Fatimah, Husna, Suha, Liyana, Farhin, Fitrah, Haziqah, Najihah Razman, Najihah Zainal, 'Atiqah, Nazatul, Munirah, Solehah, Atiqah, Ayiz, Amalina.

heh, cukop kot noh. gabung sekali yang tak pindah la kan =DD
ok, kelas ni, kelas yang baik.
suka dok kelas ni.
sebab geng perempuan banyak yang paham saya.
exp: najihah zainal yang suka ambik barang saya bila saya bebai.
atiqah hasbullah yang suka buat perjanjian lisan dengan saya.
solehah rahman yang suka bercerai meja dengan saya and suka bergaduh pasal muslim =D pst, sekarang takmau muslim. nak carik laki macam asyraf muslim =DD
najihah yang suka bagi saya lepak kat tempat dia.
haziqah, yang selalu lepak dengan saya dekat belakang.
ok. rindu sangat2 kat depa semua nih. seriess. tak sempat nak rasa dok kelas tu dah kena pindah.
and, sorry, takdak gambaq kelas ni. kalau tak nak curik kat facebook. tapi tak jumpa pulak.
):

ok, dorm time form 4 kat agama sik pulak, dapat dok dorm 2.
ahli2nya;
ayiz, farhah, ummul, haziqah, ayuni, alia suraya, kak husna, kak umi, sofieya, afiqah, kak izzatie, halimaton, widad, husna, alia irdina, rushda and haifa.
ok, form 1 dorm ni, series tak sempat nak kenai. maap la adek noh. (:
tapi dorm ni kecoh jugak lah. sebab ada pembising terbaik (:
hehe.

dah habis dah cerita pasal agama sik. ni, dekat ikups pulak.
ok, dekat sini, first, dapat kelas 4 Irsyad which mean kelas aliran sains tulen.
then buat rayuan untuk masuk sains tulen agama dapat lah kelas 4 Ihsan.
ok, kelas ni depa panggil sunyi and kelas badar sebab ramai sangat badar dalam nih.
saya terkecuali lah kan.
pemangku ketua badar pun ada dalam kelas ni. haha. cayalah!

ahli2 yang coolio;

sakinah, fatimah, sara, amni, balqis, atieqah, farihah, shahirah
anis, ayiz, fatini, shahida, nazirah, aiza
munzir, athir, akmaluddin, husam, amir, hamdi, farhan, adam, rafiq, irfan =D

ok. series, sayang depa semua walaupun depa semua diam yang sangat terok.
tapi, bila depa buat stai sekali memang tak larat nak gelak lah kan. =D
thanks for all the memories!

ok, and lastly, dorm P1 03 (:
ok, dorm ni ada 8 ahli je.
tak ramai pun.
tapi riuh macam ada seratoihh orang dalam dorm nih.
ok, dorm yang sangat otai dan best!
hingaq lah dan kuat makan =D
ada dua orang form 2, dua orang form 3 and empat orang form 4.
bawah pimpinan umi Al-Attas aka Al-Up (:

ahli;

Al-Attas, Ayiz, Chaer, Athira, Cahro, Hanis, Izzati, Aimy (:

ok, sangat2 sayang depa.
dan pasti akan merindui mereka.
tahun depan dok dengan semua form 5.
takda dah adek2 yang riuh.
mintak2 lah dorm dengan chaer. hehe. (:

ok la, habis cerita.
nanti ada masa lain bagitau karekter sorang2 pulak.
hehe.
undur diri (:

p/s: kenapa tajuk macam nih?
sebab nak kata, saya akan ingat kenangan DULU dan KINI SELAMANYA (:
insya-Allah <3


tarik aku ke situ (:



ayat ni buat saya tersentak;


' tapi aku tak boleh hidup sorang macam ni.
memang tak boleh selagi kau tak bergantungg pada yang tak mati. '


yep! bergantung kepada YANG TAK MATI.
ramai orang lupa tu.
aku pun kadang2 khilaf
jadi. kalau aku lupa, ingat kan aku.

ada lagi satu ayat nih,

' kalau kau jatuh, aku akan redah neraka untuk keluarkan kau dari neraka agar kita dapat masuk syurga sama2. '

ayat lebih kurang macam tu la.
dalam buku hilal asyraf
tak ingat tajuk apa.

so, siapa nak jadi sahabat yang macam tu kat aku.
yang dapat tarik aku ke syurga?

aku masih mencari.
dan aku masih cuba menjadi seperti itu untuk sahabat yang lain =D

terimakasih matluthfi dan hilal asyraf.
sebab memperingati aku
(:

rasa macam orang kaya pulak dapat rantai nih! =DD

assalamualaikum wbt

hehe, ok, dapat benda ni lama dah. tapi kan, tak sempat nak heboh!
so, pada suatu pagi raya yang indah, nurin telah memberi saya seutas rantai yang terukir nama saya!
tudia, ayat skema nak mampuihhh. =.=
ok, suka gila dengan rantai ni. simple but nice!
sekarang pun tengah pakai.
kakak suruh saya beli kat dia..
banyak cantik muka dia.
orang pun dapat, dia nak suruh beli kat dia pula.
ape daa =.=
apa2 pun. thanks to nurin and wani sebab bagi rantai nih.
143247343 =D
ok, paham dak no. tuh,
apa? tak pahamm?
meh nak traslate siap2.
I LOVE YOU SO MUCH FOREVER AND EVER LAH!
paham dak lagi?
paham kan?
hehe.
ok! sayang hampa dua.
muah2.
ok. cukup2. dah macam pelik pulak dah ayat saya.
haha.

apa? cantik?
ok. saya tau.
tak payah puji.
memang dah tau.
apa? tuan dia pun cantik?
ok yang tu pun dah tau.
tak payah penat puji.
hahaha

thanks g.l.h <3

20111118

thanks for the food and gift!

assalamualaikum and hello peeps!

heh, nak cerita pasal apa entah?
takdak idea derr.
tapi takpa lah.
cerita pi. =DD

ok. saya rasa.2 minggu terakhir ni. memang minggu mengisi perut kot. =DD
Ya Allah, banyak betul rezeki!
jamuan sedia.
sampai senak perut nak makan.
and, bila ada jamuan, mestilah ada hadiah kan. =DD
so. memang best lah minggu2 akhir ni. selain perut diisi.
bekas PINK saya pun terisi jugak. yey!
haha.

oklah. hampa nak suruh saya cerita jamuan mana dulu?
jamuan batch ka, jamuan dorm ka, jamuan rumah ka, jamuan usrah ka jamuan kelas?

apa?
batch?

ohh. ok!

jamuan batch ni, kami buat hari khamis.
lepas solat isyak =DD
buat antara perempuan2 batch u-forts ja. sebab ka lau nak tambah laki, ramai sangat la kot noh.
so, hari tu, kami buat tema kaler purple.
jadi girls in purple lah kan =D
time nak masuk, kena bagi kata kunci.
apa kata kunci dia?
erm, nak tau jugak ka?
haa? nak?
ok la, kata kunci dia ialah SAYA BUDAK COMEY!
haha. kena dak dengan saya?
kena kot noh. haha.
then masuk2 tu, ada ucapan2 dari pkb, anis shazwani.
lepas tu main kotak beracun. memang lawak habis arhh.
then, makan! beratoq ikut bulan lahir. nasib lah saya keluaq awai la jugak kan. tak la lambat sangat ambik makanan. tambah 2 kali la jugak. =DD
menu? mee goreng yang sedap! dan ayaq teh. makanan tambahan disediakan oleh ahli u-forts.
sambil2 makan, ada buat pertukaran hadiah.
ok, saya dapat hadiah yang sangat comel dari mastura!!
terima kasih mas =DD
habis2 tu, kemas semua. balik!
so, over all, majlis ni, syiokk lahh. sebab dapat kump ul dengan batch u-forts kan (:
ok, habis cerita pasal jamuan batch.

pics;

ok. taktau awat jadi lagu ni -.-
latar belakang toilet jugak nak ambik. nasib la bersih =DD

penantian u-forts girls =DD

ok. muka bosan nak tunggu green light masuk dalam =)
awat la yang suka posing tutup mulut. takpaham jugak lah kan T__T

ok. poyo sebab tak pernah pakai tudung arini. pakai syafirah punya, jadi pulak.
syiok tangkap gambaq. haha. =DD


jamuan rumah pulak.
jamuan ni, diadakan pada hari rabu.
thats mean, sehari sebelum jamuan u-forts laa.
jamuan ni, walaupun ahli rumah jer terlibat tapi best lahh.
first tu, ada ucapan la macam biasa.
dari cikgu dalina, and encik hazmie faris kita nih.
cikgu dalina sebagai guru rumah, hazmie pulak sebagai ketua rumah.
ok, depa punya ucapan simple jea. maybe nak makan cepat lah kot.
then, saya pun pi la tolong attas cedok kuah dekat orang ramai.
menu? kuetiau tomyam and ayaq oren!
pergh, kuetiau dia sedap gaban la kot, sampai saya makan tinggal mangkuk ja =DD
lepas tu, hentam makan cendol and kek.
sambil2 makan, adek2 buat persembahan nyanyian. comel je depa nyanyi!
lepas tu, geng khairan buat persembahan nasyid.
nasib lah kan sebab geng nasyid ramai rumah Othman =DD
lepas nasyid, Azam buat persembahan pulak.
walaupun tak dengaq apa dia nyanyi, tapi nampak dia cooliooo gilaa!
dengan keyboard dia. aisehh, pendiam saja, tapi ada bakat woh!
ok, lepas tu junior form 1,2,3,4 bagi hadiah kat batch Extesso rumah othman.
mug yang ada gambar batch extesso and lakaran oleh saya, attas, pikah dan nazlia.
cantik woh!
teruja sebab hazmie faris dengan kak fuzoh dapat corak yang saya lukih!!
heh. =DD
ok, lepas tu geng form 4 pun kemas dewan sebab esok tu dah kena susun meja untuk spm =DD
time berkemas ni best gilaa, sebab saya dapat belon serantaii dari iswar la kot nama dia (: and saya posing dengan belon tu macam budak2. and saya main kejaq2 dalam dewan.
BOLEH BAYANG DAK?
haha. syiokkk!
aiman, zaki, semua komfem tengok pelik!
tapi, apa saya kesahhh. muahaha.
ok. lepas tu balik. tapi tak teroih tidoq! posing dulu dengan belon. haha. =DD
ok habis cerita.

pics!

ok. percaya la kata ni semua saya yang lukih!
serius tak tipu.
heh! boleh bukak kedai hadiah dah la macam nih (:

ok. sibuk membungkus hadiah and mencorakkan hadiah untuk batch Extesso =DD

time jamuan =D
dapat belon banyak!

persembahan from khairan and encek azam!


jamuan apa pulak entahh?
haa! jamuan kelas.
jamuan ni, diadakan hari sabtu.
time prep malam =DD
ok, jamuan kelas quite interesting lahh.
awai2 tu macam biasa, ucapan dari kt, amir rosli.
lepas tu, ada buat potong kek. amir dengan shahirah potong kek yang berasingan and kek tu sangat2 super cantik lagi sedap! =D
ok, sweet laa. ehem, bukan makna kapel tu semua ok. sweet la sebagai ketua dan penolong kelas 4 ihsan!
then makan. =DD
ok, menu? kuetiau goreng basah, ayam panggang DM and ayaq bandung cincau!
pergh, sedappp. rasa nak tambah. tapi SEGAN sebab ada lelaki. haha.
sambil2 makan, ada pertukaran hadiah!
ok, saya dapat hadiah yang best la jugak la.
album gambaq and buku nota kecik!
ok, comel sebab cover depa gambaq nemo and mickey mouse =DD
lepas ambik hadiah, ada buat anugerah2 sikit.
ok, dalam anugerah ni, budak perempuan punya la jujur. bagi anugerah memang ikut karekter laki tu la, tapi budak laki, Ya Allah, perli bukan main.
ok, percaya dak saya dapat anugerah perempuan PALING BERKALIBER?
percaya dak? percaya dak? ok, takpa, tolong percaya sat nouh =DD
ok, untuk hadiah anugerah ni, semua dapat hadiah sama ja. frame yang comel la jugak!
kecik jaa.
lepas tu, kami main teka-teki.
ok, laki main bohong, tapi takpa, perempuan bagi chance =DD
last sekali, kami bergambar sakan lah kan.
ok, nama ja kelas BADAR ( ehem, dapat gelaran ni, sebab ramai sangat badar dalam kelas ni, ok saya tak termasuk ) tapi, bila mai tang gambaq, masyaAllah macam takdak badar. memang lawak ahh. penat senyum semua ada.
over all, semua best lah!

pics!

ok. tulisan kartun ni milik mutlak nurya!
heh, ok, yang ikan pari besaq tu bukan saya lukihh.
itu adalah akibat edit gambaq yang keterlaluan. hehe. =D

makanan yang banyak macam orang ada 100 orang jer =D
yang IHSAN tu, kerja saya lah tu. hehe.

ok, kek ni lawa sungguh. macam kek kahwin pun ada jugak.
yang penting! coklat dia sedap.
macam coklat beli kat langkawi. (:


ketua tingkatan dengan penolong ketua tingkatan potong kek (:
ok, sweet sangat penjaga kami nih ^^

ahli 4 ihsan yang coolioo =DD
<3


ok next, jamuan usrah pulak la noh.
ok, jamuan ni simple jea.
buat hari jumaat petang lapas asaq.
duduk kat wakaf tengah asrama. atas tikaq mengkuang!
ok, sangat simple but nice.
gabungan antara usrah kak ain and 3 orang kak lagi.
kak ain tu naqibah saya yang terbaik!
seperti biasa, ucapan dari keempat2 orang naqibah.
then makan2.
menu?
kuetiau goreng basah dan ayaq anggur =D
ok, tak makan sangat pun, sebab baru je lepas melantak.
sambil2 makan, kitorang ahli usrah kena tulis kat satu kertas tentang kelebihan dan kekurangan kak naqibah. ok, saya rasa saya banyak puji je kot. =DD
haha. lepas tu wakil setiap usrah and setiap form kena buat ucapan.
ok, dalam usrah kitorang ada form 4 and form 5. so, saya jadi wakil untuk form 4 dalam usrah kak ain. bagi ucapan punya la merapu =DD
tapi yang penting syiokk!
lepas tu, chiow awai2 sebab tak solat asaq lagi.
haha. =DD
ok, habis cerita pasal usrah.


lastly, pasal jamuan dorm!
ok, jamuan dorm sangat2 simple.
sebab apa?
sebab buat kat kantin.
and masakan ialah dari mak saya sendiri!
pergh, sedap terok la kot kan mak masak sampai saya tambah dua kali.
ok, jamuan ni buat hari jumaat jugak, dalam pukul 4 macam tu. hari yang sama dengan jamuan usrah =DD
ok, mak masak spaghetti goreng yang sangat mantap!
abah pulak goreng kentang and cucoq udang yang triple sedap!
lepas tu, pekena pulak ayaq ribena dengan durian belanda.
memang power habis ahh.
ok, dorm ni kami makan ja lebih. tak buat apa2 sangat pun.
yang penting, perut kenyang, hati pun suka.
Alhamdulillah =DD


ok. taktau nak cerita apa dah. panjang sangat dah kot.
ok, layan gambaq kat bawah nih;


ok, ni hadiah yang dapat sumber dari pertukaran hadiah =DD
yang frame tu, hadiah anugerah!
yang mickey and nemo tu hadiah kat kelas and yang bunga kembang semacam ni hadiah dari batch =DD


ok, dulu pernah janji kalau ada hadiah birthday nak post dalam blog.
so, masukkan sekali lah nahh.
ok, yang no 1 tu dari anas.
yang no 2 tu dari kak ain =DD simple but nice!
yang no 3 tu dari chaer! ok, gambaq diblurkan atas sebab2 tertentu =DD
yang ke 4 tu hadiah dari matsem!
so all, thanks yaa =DD

ok, kat bawah ni hadiah persahabatan pulak =DD

yang ni hasil usaha kreatif mak saya dekat sekolah.
umi attas!
haha.
cantik kann =DD sukaa gilaa.
saya suka main cabut2 dia punya bunga lepas tu gam balik.
haha. kesian dekat attas. maaf yaa =DD


ok, yang angry bird garang and the clumsy smurf comel tu dari cik chaer yang tersayang
sebagai balasan saya bagi keychain aiz.chaer tu. kat belakang ada tulis BFF (:
comel tau! and mahal la jugak.
keychain tu saya beli dua, kat chaer satu, kat saya satu. saya punya kaler pink.
lagi comel ok!!
chaer, always positive in your life!
=DD


ok, lastly!!!

serius naik pening tengok gambaq nie.
taktau la awat jadi peraq sampai jadi lagu ni.
tapi, macam comell jaa.
hahaha.
ok. saya tau. PERASAN =DD


heh. akhirnya, boleh jugak buat post panjang2 yang boleh bagi orang mengantuk =DD
dah lepas gian nak cerita macam2.
and sedar tak, banyak gambaq yang di edit!
heh, lepas gian nak edit gambar.
sebab hari ni internet laju. upload kat blogger pun takde problem.
jadi line clear arh =DD
terimakasih kepada blogger dan picnik!
terimakasih kepada tempat shooting hadiah (atas katil dengan cadar PINK yang baru dipasang!)
and terimakasih kepada semua pelajar ikups.!


p/s: kepada form 5, all the best SPM! tak terlambat lagi kot noh. hehehe.
p/ss: tadi jumpa hazwan! teruja dia tegoq. haha, ingat dah lupa. ingat dah sombong. =DD ok, ingat kenangan kat atas bukit time kecik2 bila jumpa mamat nih (: