THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20160310

Nusrah Allah.

"Allah uji sebab sayang"

Alhamdulillah, segala puji bagi Dia, yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah, atas dua nikmat terbesar yang masih lagi Allah kurniakan kepada kita, nikmat iman dan islam.


Ingat lagi masa bulan Januari, bulan yang mana exam end of module berlangsung. Bulan yang mana aku sangat sibuk sampai tak sempat balik rumah. Yang kadang-II sampai tak sempat nak buka buku. Yang kadang-II aku rasa futur sangat dgn study dan gerak kerja aku.

Aku ingat lagi gap antara EOM Urinary dan EOM Endocrine, yang ketika mana aku dilanda depression yang sangat dasyat, yang ketika mana aku tak dapat nak focus langsung belajar Endo, study mmg kelaut.


Aku ingat lagi, kesibukkan menguruskan Winter Camp, di antara gap Endocrine dan Reproductive, sampaikan aku rasa aku skip banyak subjek untuk dibaca.


Aku ingat lagi ketika mana sesi pembelajaran ketiga-tiga module ini, yang mana aku kerap tak hadir ke kelas, atas faktor kesihatan yang tak mengizinkan.


Aku ingat lagi, macam mana aku tinggalkan soalan-II tak berjawab ketika mana aku menjawab peperiksaan. 


Dan aku ingat lagi, betapa kebergantungan aku dekat Allah sangat tinggi masa tu. 


Tapi, Alhamdulillah, dengan duit yg mengalir, dgn masa yang dikorbankan, yang bukan utk diri sendiri, nusrah Allah akan hadir, bersama-sama kita.


Jujur aku cakap, aku mmg tak boleh jawab exam haritu. Tapi, alhamdulillah, pertolongan Allah itu sentiasa ada. 


Satu aku pesan, jagalah amal fardhi dan amalan-II sunat kita.

Al-Waqiah dan Dhuha di pagi hari, Al-Mathurat di petang hari, Al-Mulk dan Witir di malam hari, dan qiamulail jika mampu. 

Al-Quran jangan tinggal. At least ada surah yang kau akan baca daily.

Macam aku, aku cuba amalkan;
Isnin: As-Sajadah
Selasa: Luqman
Rabu: Ar-Rahman
Khamis: Yasin
Jumaat: Al-Kahfi
Sabtu: Nuh
Ahad: Al-Qalam

Dan before pergi exam, atau apa2 sahaja perkara besar dlm hidup kau, amalkan baca surah al-Fath. Moga ia dpt membuka jalan kita kearah kemenangan :)

Jujur aku pesan, jaga amal fardhi kita, sebab aku baru diuji, dgn tinggalnya amalan yang kita biasa lakukan, kau takkan kuat nak buat apa-II. Mmg sifat malas 24 jam sehari ada dlm diri kita. Sbb apa? Sbb Allah yg memampukan kita. 


Alhamdulillah, Allah tarik aku kembali, dari sifat futur yang sangatlah teruk ketika mana aku sedang bercuti.