" Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya "
[ 49 : 41 ]
Assalamualaikum WBT.
saat ini sepatutnya saya dah tidur.
--'
sebab dah penat study chemistry
dah salam mak abah.
dah berwudhuk.
tetapi apa kan daya, [ceh ayat~]
terbuka kotak lama.
yang dipenuhi hadiah dan bermacam bagai surat.
mengembalikan nostalgia lama.
[ ish, awat pelik semacam taktau ayat malam ni ==' ]
okey, series dah lama tak sentuh kotak hadiah ni.
sebab kalau sentuh, jatuh lah air mata ni. --'
rinduuuu! rindu serindu rindunyaaaa.. -ala2 lagu kegemaran aku masa kecik2-
susah bila ingat kenangan silam.
sebab akan buat diri menyesal.
sebab itu, untuk menerima qadak dan qadar Allah, saya tak sentuh kotak hadiah tu.
LANGSUNG.
tapi, tadi terbukak la pulak.
bila baca surat yang teratas.
gelak sat.
sebab kat depan ada tulis " JANGAN BAGI ORANG LAIN BACA "
memang wajib kot semua surat ada perkataan tu.
tapi,
kita mesti bagi je kan orang lain baca.
:D
bila sampai surat2 yang kat bawah.
makin tak sanggup nak baca.
makin pilu hati rasa.
ada satu surat ni dia tulis,
" walaupun kita baru kawan tahun ni, tu pun satja, tapi aku rasa macam kita dah lama kawan. aku sedih ja bila dengar hang nak pindah........aku akan ingat orang yang suka baling barang kat orang "
okey. sedih.
" Usailah sudah kisah yang tak sempurna tuk kita berdua "
okey. makin sedih.
" you're the only one and there's no other like you after this "
okey, lagi sedih.
" I just need a loyalty as a friend. Didn't use me to get what do you want "
okey, aku tak pernah pergunakan kawan. jangan risau :)
" Tau tak ? Semalam kami mimpi Kak Aina. Kami bangun tidur terus menangis "
okey, dah teriak.
entah kenapa. hati sedih.
mungkin sebab terlalu lama memendam.
terlalu lama tak berjumpa.
bukan taknak berjumpa.
tapi tiada rezeki.
bukan salahkan takdir.
diri ini redha.
kerana semua perkara ada hikmahnya.
cuma.
ingin aku sampaikan.
terimakasih sahabat atas kata2 ini.
kesedihan itu sebenarnya kekuatan diri aku.
untuk berada jauh dari kalian.
kepada haziqah, diharap hang baca la post ni;
terimakasih atas surat hang tempoh hari. surat tu aku letak di atas meja aku.
jadi setiap harilah aku baca surat tu. teruja bila tau hang still baca blog aku.
terimakasih ! wish birthday awal2 kat aku.
seriusly, aku pun rindu hang jugak. tak dapat disangkal lagi.
tapi, untuk aku menjejakkan kaki ke smkas.
mungkin sukar selagi aku takdak lesen kereta HEHE.
nak bagi surat pun, aku tak tau nak kirim kat siapa.
tamat surat untuk haziqah. nanti kita bersurat lagi :DD
anyways, alang2 dah pegang kotak hadiah tu,
jadi saya telah memperagakan hadiah2 anda di atas meja hadiah.
okey, rugi kalau simpan dalam kotak je.
jadi dah keluarkan.
dan setiap hari akan ditengok oleh pemilik yang comel ini :D
surat je la tak peragakan.
kalau peragakan.
hadoi, kantoi habisla siapa skandal2 zaman ribena dulu HEHE.
okey kidding.
baiklah, mata pun dah mengantuk.
hati pun dah sedikit tenang.
mari tidur dengan keadaan gembira :)
last but not least,
hidup ini umpama roda.
bukan setiap waktu kita gembira.
dan bukan juga setiap waktu kita sedih.
namun, semuanya perancangan Allah.
yang Maha Tahu apa yang terbaik buat kita semua.
jadi redhailah apa yang kita dapat, kerana itu semua ujian dariNya.
HADAPI DENGAN SENYUMAN :)
goodnightsweetdreamsleeptight!
moga Allah melindungi kita semua dibawah lembayung rahmatNya.
Amin !
p/s : insya-Allah, mulai saat ini, saya akan kurangkan bermain dengan laptop.
kecuali jika ada kerja melaluinya.
diharap Allah memperkuatkan diri.
p/ss : blog masih akan diupdate untuk mengelakkan rasa bosan ketika belajar. penggunaan facebook je la mungkin dikurangkan.