" Janganlah engkau mengadakan tuhan yang lain di samping Allah , nanti engkau menjadi tercela dan terhina "
[ 22:17 ]
Assalamualaikum WBT.
p/s : post ni sangat panjang . lupakan niat anda untuk membaca jika anda bosan . sekian :)
-------------------------------------------
neighbour . jiran .
a long time ago , i had a very fantastic memories with them .
dulu . saya paham maksud jiran .
suka duka . gurau senda . gaduh manja .
semua tu saya rasa bila berjiran .
the story began .
dulu , rumah saya terletak di atas bukit yang sangat sunyi di dalam kampus Universiti Utara Malaysia . kawasan itu dipenuhi pokok-II hutan yang sangat tebal .
di kawasan itu , mungkin hanya ada 30 buah rumah sahaja .
makanya ikatan antara kami sangat kuat sampai bila terpisah , kami saling merindui ~ecehh .
No 8B , Sisiran Naib Canselor , UUM , 06010 Sintok , Kedah .
macam tu lah alamat rumah kat atas bukit tu. :)
boleh gelar kami geng bukit la , sebab bukit tu bising hasil kenakalan budak-II kat situ ja .
takde gambar kenangan atas bukit tu sebab waktu tu kamera tak famous lagi , lagipun mana sangka boleh terpisah macam sekarang kan ? ):
anyways , I remembered them , in my heart always .
fasa 1 - [ waktu kecik-II / tadika ]
Me , Shafinaz , Arif , Hazwan , Abdul , Mariam , Aishah , Solehah , Ariff , Kak Sri .
fasa 2 - [ waktu sekolah rendah ]
Sumaiyah , Hasiib , Rafiq , Syakirah .
even kitorang ni 13 orang ja , tapi bila berkumpul sekali macam bela anak seratoih orang .
hingaq bukan mainn :)
situasi pertama :
PANGGIL KELUAR MAIN .
okey , situasi ni aku jarang terlibat sebab orang je yang selalu panggil aku kan ?
biasalah aku budak famous *muntahdarah*
petang-II mesti Ariff adik si Solehah yang muda setahun dari aku tu akan pakai smart-II and naik gerek pi panggil aku .
kalau tak dia , Arif adik si Shafinaz yang panggil aku .
takpun , aku la pi panggil orang bila bosan sangat .
abah kata : " korang sangat sweet waktu kecik-II "
okey , i know that abah tambah-II watak utama dia aku kan ?
*muntahdarahkalikedua*
HAHA.
situasi kedua :
MESYUARAT LONGKANG
lepas kena panggil , komfem akan dok tepi longkang besaq depan rumah aku tu dulu untuk bincang nak pi mana , nak buat apa , nak lepak mana . bila komfem semua , kitorang pun main suka girang riang gelak ketawa .
situasi ketiga :
RUMAH AKU .
kalau rancangan hari tu nak main dekat rumah aku , aku akan sediakan beberapa permainan tetap dan korang pilihlah nak main apa .
kat rumah aku , ayah aku ada buat gelongsor pasir dan buaian kayu sebagai tempat permainan kami . rumah aku juga dijadikan tempat main masak-II sebab aku suka petik-II bunga ayah aku tanam kat situ . kadang-II main-II aci sembunyi + ligan pun dekat rumah aku juga sebab rumah aku semak dan banyak tempat sembunyi hewhewhew .
okey tipu , rumah aku banyak pokok dan senang nak mengelat sebab pokok-II tu semua berduri .
rumah aku juga tempat main kad Pokemon dan rumah aku jugak tempat akhir garisan bila ada racing basikal . oleh itu , banyak la darah kat depan rumah aku akibat eksiden yang banyak kali la jugak terjadi . HEHE .
situasi keempat :
RUMAH SHAFINAZ .
rumah ni , orang lain jarang pergi sebab aku adalah orang paling baik dengan dia .
lagi pun dia tua 2 tahun dari aku makanya semua orang agak segan untuk pergi kerumah 'orangdewasa' HAHA .
bila aku takda kawan ja mesti aku pergi rumah dia ni , dan aku pun tak ingat aku buat apa kat rumah dia . aku main Barbie Doll kot kat sini . hewhewhew . sumpah tak matang . HAHA
situasi kelima :
RUMAH HAZWAN .
hazwan ada adik nama aishah .
aishah teringin aku jadi kak dia . HAHA . makanya dulu aku suka mengorat hazwan , tapi sekarang takdah . dia setahun tua dari aku dan sekarang dia belajar dekat UIA . aishah pulak , aku rasa dah tingkatan dah kot . :DD
dekat rumah hazwan ni , dia ada bilik .
nama bilik tu laboratory ---> akibat terpengaruh dengan cerita Dexter's Laboratory .
bila nak masuk bilik tu , mesti kena tekan pincode dulu yang hanya diperbuat daripada kertas . sungguhlah sengal --' kadang-II aku suka buli hazwan buat macam-II . dia aku anggap macam 'adik' aku sebab selalu sangat ikut cakap aku . hewhewhew .
dulu aku muka ja comel tapi kasaq . series .
kecuali la aku main-II kahwin-II dan kebetulan kena jadi mak, sumpah aku lembut macam laa . okey tipu :D
rumah hazwan ni aku rasa banyak kenangan dan aku taktau la lagi apa dia :)
situasi keenam :
RUMAH SOLEHAH .
okey , Solehah ni ada adik nama Arif .
Solehah ni setahun tua dari aku , dan Arif pulak setahun muda dari aku .
okey , Arif ni hensem laa , nanti aku nak mengorat dia . hewhewhew . okey tipu :D
yang aku ingat dekat rumah Solehah ni , kitorang banyak gunakan khemah .
masuk ramai-II dalam tu dan disertakan air bersama-sama kami .
kemudian dalam khemah yang sendat tu kami akan mulakan story telling .
sangat awesome !
kalau cerita hantu lagi best , sampai runtuh khemah tu kami buat sebab over jerit + takut .
nasib tak rosak . HAHA .
situasi ketujuh :
RUMAH DATIN .
okey , aku taktau nama sebenar datin ni , tapi rumah dia sangat best sebab macam taman .
kitorang mesti pi melawat datin ni dan buat muka comel untuk mendapatkan makanan yang sedap-II . kadang-II kitorang tolong datin ni tanam-II pokok disekitar rumahnya .
datin ni ada anak tapi dah 'dewasa' macam Shafinaz juga . malah lebih dewasa .
makanya anaknya segan nak berkawan dengan kami , tadi kadang-II akal nakal kami bawak jugak anak datin ni pergi main benda yang tak berfaedah
situasi kelapan :
RUMAH ABDUL .
abdul sama umur dengan aku . dan dia ada adik nama Maryam .
rumah Abdul ni kami panggil zoo sebab asal main dekat rumah Abdul ja mesti kena serang dengan monyet . dakpun B.A.B.I ----> jangan baca , eja . HAHA .
disebabkan lokasi rumah kami didalam hutan , makanya kami terdedah kepada binatang buas seperti monyet , beruk , B.A.B.I , tapir , ular , harimau , dan sbg .
beberapa orang jiran aku pernah dimasukkan ke hospital akibat digigit oleh monyet dan sbg .
aku , walaupun buas , masih binatang-II itu boleh bezakan antara manusia dengan mereka , Alhamdulillah , makanya aku pun selamat. hewhewhew .
rumah abdul ni tempat aku panjat pokok . dan kutip batu dan komfem akan kata " SERANGG ! "
okey , kami selalu berperang dengan monyet sehinggakan monyet taksanggup nak perang dengan kami sebab batu yang kitorang baling kat depa sangatlah besar . oh lupa , untuk tujuan keselamatan , setiap orang kami ada lastik sendiri makanya boleh main perang-II dengan monyet setiap waktu :DD rumah Abdul ni jugak tempat aku main kahwin-II dan aku selalu nak Abdul jadi laki aku . sebab dia macho . tapi sekarang aku taknak dah . insaf . HAHA .
situasi kesembilan :
RUMAH KAK SRI .
okey kak sri ni anak datuk .
rumah dia jauh sikit dari kami . kadang-II dalam sebulan 2-3 kali je pergi rumah dia . itu pun kalau keadaan selamat daripada haiwan-II liar . kat rumah kak sri ni ada court Tennis , tapi kami selalu main Badminton kat court tu . kat rumah kak sri ni jugak kami selalu main jadi orang kaya , sebab rumah dia besar gabak . ada satu hari tu , aku pergi rumah kak sri dengan hazwan je kot , lepas tu hazwan jatuh basikal , percaya dak aku papah hazwan balik rumah ? okey tipu . aku papah basikal dia ja , sebab dia yang bonceng aku , makanya aku tinggal dia dalam hutan sorang-II pi panggil auntie dengan uncle . parents dia marah aku sebab tinggal hazwan sorang-II dalam hutan , aku diam je la sebab aku kecik lagi waktu tu mana tahu apa .
situasi kesepuluh :
RUMAH RAFIQ .
selepas solehah pindah , ada budak baru yang hensem gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nama dia Rafiq .
boleh bayang dak dia hensem macam mana ? okey aku tipu , dia biasa ja . cuma aku sedih Solehah dan Arif pindah makanya Rafiq menjadi pengganti Arif . Rafiq ni setahun tua dari aku . Dia ni sweet gila sebab dia pemalu tapi dia pernah pujuk aku sampai masuk dalam rumah akibat aku merajuk sebulan tak keluar rumah . hewhewhew . waktu ni , hazwan , abdul semua dah pindah . makanya aku kena baik la dengan Rafiq pulak .
situasi kesebelas :
RUMAH HASIIB .
rumah hasiib ni rumah hazwan dulu . hasiib ada ramai adik , dan yang paling baik dengan aku nama dia Sumaiyah . aku panggil mak dia Ummu dan ayah dia Abi . aku selalu tolong buat kek bila dok dengan depa ni . ada satu tahun tu , depa ada sepupu yang duduk dengan depa , nama dia Aref . Aref ni sama umur dengan Rafiq dengan Hasiib . Aref ni pun turut serta jugak dalam aktiviti memujuk aku supaya keluar rumah . aku merajuk adalah disebabkan , aku telah membuatkan Hasiib patah tangan ketika racing basikal dan mengakibatkan dia tak boleh pergi sekolah lama la jugak . waktu tu dia darjah 6 makanya emak dia marah gila dekat aku . takpernah lagi la jiran atas tu marah sampai macam tu . makanya aku pun takut nak keluar rumah . Shafinaz , Rafiq , Aref telah berusaha memujuk aku namun , aku just keluar depan rumah ja main kad Pokemon sebab tak sanggup lagi bersemuka dengan Hasiib . :( tapi lepas tu Hasiib pun pujuk aku jugak , makanya aku pun jadi happy balik tapi aku dah tinggalkan budaya racing basikal yang dulu aku merupakan jaguhnya . hewhewhew .
situasi keduabelas :
LONGKANG SUCI .
kami menggelarkan longkang besar ni longkang suci sebab air dia sangat bersih .
biasalah air yang turun dari bukit . makbapak setiap orang dari kami [ tidak termasuk keluarga Hasiib dan Hazwan sebab rumah tu masih kosong ] telah memberikan amaran kepada kami supaya tidak mandi didalam longkang itu . setiap hari kami mesti pi situ sebab tempat tu ada pokok-II yang boleh kami buat klip Bollywood . satu hari , aku dah tak tahan aku ajak jugak depa terjun dalam longkang itu , dan sejak itu kitorang mandi diam-II . HAHA . lama jugak sebelum terkantoi .
terkantoi sebab kitorang ajak anak datin tu mandi sekali dan datin tu pi tengok pulak . last-II aku , Shahfinaz dengan Abdul kena seret pi rumah masing-II oleh datin tu , makanya mak aku pun disembur la disebabkan kenakalan aku . aku pun apa lagi , disembur jugak la lepas tu , tapi aku tak teriak , aku puas dowh . HAHA . boleh mandi dekat situ . sebab rumah kami mana ada sungai , mandi kat longkang tu pun jadi la .
situasi ketigabelas :
TURUN BUKIT .
disebabkan setiap orang dari kami ni ada basikal , kadang-II kami akan melakukan perkara adventure sikit iaitu turun ke bawah . kadang-II orang yang cepat penat mesti terkandas dekat bawah dan aku serta Abdul la kena bonceng depa naik atas balik . kadang-II tu , nasib tak baik kami kena kejar dengan monyet yang bapak gila garang dan kadang-II aku mesti kena pi bawah balik selamatkan kawan-II aku yang tertinggal . nasib aku dulu berani jugak dengan binatang tak macam sekarang , tengok lipas pun aku dah menjerit . :D
some talk about memories , aku taktau kenapa kat longkang tu sangat bermakna bagi kami bertiga :)
situasi keempatbelas :
aku pun tak ingat sebab banyak sangat kekecohan yang kami buat . :D
----------------------------------------------------
kenapa saya cerita semua ini?
sebabnya , i really-II want to meet them again .
talks about our memories :)
saya harap , walaupun kitorang ni sikit , tapi akan tetap diadakan reunion satu hari nanti .
actually , saya lah orang yang paling lama dok atas bukit tu , 12 years .
daripada bayi sampai nak habis sekolah rendah .
sebab tu , ada fasa 1 dan fasa 2 .
:)
actually , tadi jumpa Solehah dan Arif di kenduri abang mereka .
serius , enjoy gila walaupun segan-II silu tadi .
ada ambil gambar kenangan tapi takboleh nak bawak masuk pulak .
mak kata : adik , Arif hensem . takmau ka ?
adik : klea ja kalau takda orang nak kat adik . hewhewhew .
makanya , sapa yang nak saya tu pi la masuk meminang cepat-II *muntahdarahhijau*
okey . tipu . kak nak kahwin 2015 .
makanya kena kahwin lepas tu .
tapi maka kata , entah-II adik langkah bendul semua . SETAI APAA ?
HAHA . dah mood gatal menimbul . tenggelamkan balik .
SPM weyyyy~
kbai , continuing my Physics and Addmath Paperwork !
p/s : baru perasan kata jiran saya ramai laki . patut mak kata tak susah nak cari jodoh kat saya pun --'
p/ss : lama dah tak merasa hidup berjiran . tapi kat Taman Resak ni rasa la sikit bila jumpa dengan Atikah , Afi , Sabil , Naon . dekat Taman Merbau tobat tak rasa nikmat berjiran . pikiaq hal sendiri ja =='
2 kata kamu:
gila bangang pnya pnjang entry ag!..
tpi bez la story zmn knak2 ag... :D
besa der . tak besttak jadi la aina yang la :D
Post a Comment