THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20130629

Quite a long time .



" Jangan taruh pagar mengelilingi kehidupan . "
[ Sudirman Hj. Arshad ]

Hai semuaaa :)

Yeahh , its quite a long time I didn't update post in my blog .
Sorry , I am a lil' bit busy lately :)

So , nak cerita apaa eh ?

Haa , aku cerita pasal outing aku dua minggu lepas ahh :)
Sebab hari tu cadang nak ceritaa , tapi yeahh I don't have enough time to update my blog . Perh , bajet pulek aku nih . Hii .

Okey , 13 Jun 2013 hari tu , aku keluar hang out dengan housemates aku yang sporting lagi cun .
Kitorang pergi Setia City Mall , aka SCM . 
Tujuan kitorang adalah untuk meraikan birthday dua minah kat bawah nih ;

 Aina Izzati aka Ayiz ; 11 Jun 1995
and 
Fatin Syakirah aka Syak ; 13 Jun 1995
* Sorry ah gambar kami dua hat pakai tudung UiTM ja ada . Lagipun gambaq ni aku ada lesung pipit . Aku pun taktau dari mana datang lesung pipit tu . Hee :')

K , kitorang cadang nak keluar lepas Asar , pukul 5 acemtu .
Tapi , Farhana habis kuliah lambat hari tu .
So , kitorang pun expect boleh la naik bas pukul 6 .
Tengok-II terlepas bas pulakk -,-
So terpaksalah kitorang tunggu sampai azan Maghrib baru bas sampai .
Sementara bas sampai tu , kami bergambaq banyak jugak la .
Tapi gambar semua dekat laptop Syahirah . Hee .

Farhana , Ayiz , Syahirah , Mirza , Syak .

Malu dowh duduk dekat bus stand tu . Dah ah pakai bergaya macam nak pi parti lagi kann .
Hihi .
7.30 malam kitorang naik bas , then sampai SCM pukul 8.15 malam . Memang rush ah nak pi solat Maghrib kann . Solat Maghrib gajah kata mereka . Hee .
Lepas solat , kami pun cari la restoran .
Sila faham , dekat SCM mana ada restoran murah-II woi .
The aku cadangkan makan dekat The Manhattan Fish Market .
So sad , depa taktiauu pun tempat tu jual apa .
Disebakan kesuntukann masa , kitorang pun pi la Carl's Junior .


Aku tak tahu pulak yang kawan-II aku ni tak tahu combo tu adalah set , so aku sorang je la yang minta combo .
Jadi , satu ayiaqqqq dan satu French fries berkongsi 6 orang . Boleh bayanggg dakk ?
K nasib baiklah dekat Carl's Junior tu boleh refills sesuka hatikann .
Sementara tungguh makanan sampai , aku pi Secret Recipe . Belii 3 slices cake .
Yeah , birthday tak bermakna la tanpa cake kann ?
Then lepas makan semua , kami berjalan-II la kejap :)
Tapi tak sempat beli apa pun sebab masa mencemburui kami ):

 *Sebab aku pakai macam tu , depa panggil aku Najwa Letup . Wooo -,-

So , lepaih tu kitorang tunggu bas .
Peh , bas datang lambat nak mampuihh kot .
Cuak tak payah dok habaq laa .
Cuak gilaa dowh .
Tapi , kami watlek watpis je .
Haha .
WATLEK  WATPIS LA SANNGAT .

 Tunggu bas dengan kakak degree .

Then , time 10.40 malam tu ada satu bas datang , tapi bukan bas yang pi Puncak Alam .
Then ada senior ni sound pemandu bas tu .
" Lambat lagi ke bas yang nak pi Palam ni ? Kami tak kisah kami lambat sebab kami budak degree . Diorang ni budak Asasi . Jadi apa-II susah . " Sambil tuju dekat kami . Pehh terharu kott ada orang backing kitorang . Rasa bersalah pun ada actually .
Hee .
So tak sampai 3 minit , bas lagi satu pun datang .
Dan kami balik dengan senang hati .
:)
Lepas tuu , kitorang prank Mesh dan Amylia sebab diorang takpi . And kitorang pulak kata yang kitorang tidur dekat rumah Paklong aku .
Serius , prank tu menjadi dowh .

Lepas tu , kitorang pun enjoy the cakes sama-II :)

 Cake kegemaran aku takdek . Sedihhh sat -,-

 Okey , ni la birthday girls :)

Haha , ni summary gambar kitorang :)

Apa-II pun , seriusly . Aku sayang gila housemates aku ni .
Makin lama aku dok Palam , makin sayang pulak aku nak tinggalkan Palam ):

Ya Allah , tabahkan hati aku pabila masanya tiba nanti . Aamiin .

Till then .

20130611

Day 30 : A picture of yourself this day and 3 good things that happened since you started the challenge


" Cubalah bersangka baik terhadap orang lain , walau ianya susah . "

Finally .

Day 30 : A picture of yourself this day and 3 good things that happened since you started the challenge .

Aku rasa , aku takdapat nak habiskan challenge ni dgn sempurna .
Sebabnyaa .
Aku cadang , aku nak tangkap gambar dengan semua schoolmate sekolah aku dulu yang belajar di PALAM .
Tapi semua sibuk ):

TAPIII TAKPE .
Housemate aku dah ceriakannn aku dengan telatah diorang .
So ni gambar diorang :)
 
Amylia , Ayiz , Una , Mesh , Syahirah , Syak , Mirza .
One missing , Farhana :)
Walau baru kenal beberapa hari , tapi kami kamceng XD Yeahh !
I love themm .


3 good things that happened since you started the challenge ?

1 . He called me two times :)
2 . I pursue my studied in PALAM .
3 . I know exactly who is my friend , and who is my Sahabat .

Maaf .
Aku sangat emosional hari ini .
>.<
Aku taktahu pasal apa .
Aku cuba bersangka baik sepanjang hari .
Dan aku terus mencuba .
Aku malas nak bersangka buruk dengan kawan-II aku sendiri .
Aku malas .
Dan biarkan sahaja aku memendam .

Till then . 

Happy Bornday Myself :D


" Makin meningkat umur , makin hampir kematian . Bersedialah menghadapi saat itu . "



Ohaiyo gazaimas !
Alhamdulillah , Allah izinkan aku menghirup udara pada 11 Jun 2013 .
Alhamdulillah , kini aku sudah menginjak usia 18 tahun .
Alhamdulillah , aku dah boleh kahwin , aku dah semakin berumur .
Alhamdulillah , Ya Allah atas rezeki hari ini .

Apa yang best ?
Semuanya sama sahaja .
Mungkin lebih banyak yang kurang , atau mungkin sebenarnya , ada yang lebih yang tidak aku sedari .
Yeah , tahun ni kali kedua aku sambut hari kelahiran aku bukan dirumahku sendiri .
Semalam aku buat-II tidur awal , actually semalam aku cengeng >.<
Menangis , menangisi dosa-II lalu kuu .
Org first yang call aku , tak lain tak bukan .
Parents aku sendiri ;')
Ya Allah rindunyaa merekaa .
Lepas tu , Auni dan Wada Palamian . Lepas tu Din , lepas tu AA .
K lepas tu aku tidoq sebab mengantuk sangat >.<
Hari ni aku ada kelas pagi (':
Hee .
K apa lagi ?

Yang mesej aku pun ramai , mungkin tak ramai mana .
Tapi aku bersyukur , masih ada yang ingat (':

Timeline FB pun dipenuhi post teman-II FB .
Mungkin tak kenal , mungkin kenal .
Dan mungkin hanya disebabkan reminder je diorang ingat birthday aku .
Tapi takpe , diorang masih rajin menaip ucapan selamat hari lahir dekat aku .

Tadi waktu kelas ELC , Madam suruh perkenalkan diri (':
Bagitau nama , tempat tinggal , hobi , kelemahan dan kekuatan .

Haha .

Aku pun semangat je pergi depan , perkenalkan diri .

" My name is Nur Aina Izzati binti Zakariah . You can called me AIZ . Or AYIZ the modern ones . I live in Changlun , Kedah Darul Aman , near the border of Thailand .
I love to hang out with my friends , watching cinema together .
I am good at handling first aid as I'm the vice president of BSMM last year .
My weakness is I can't pronoun an alphabet R properly .
* SEMUA GELAKKK . *>.<
Lepas tu .
Sesuka hati je aku menambah .

" I WAS BORN ON 11 JUNE 1995 . "
Haha , perempuan semua gelak .
Lelaki semua fikir hari ni tarikh apa .
" Eh hari ni laaa . " 
Kata seorang groupmate .
Tetibaa .
" Happy birthday to youuu . "
K depa nyanyi lagu .
Terharu (':
First time seumur hidup budak lelaki groupmate menyanyi sekali .
Mungkin org kata aku pulun sikit , tapi biasa brooo .
Kita nak ceriakan keadaan , mmg wajib kena pulun sikit .

Hee .

K nanti aku cerita lain .
Sekarang ada kelas Math (':

Till then .

p/s : Ya Allah , serius ketua groupmate annoying gila >.< Tapi sabar sajalah labu .
Mulut mcm longkang walau muka macam suci .
Cehhh .
Dia baca mampuih aku . Kbai .

Apa-II pun , selamat hari lahir diri sendiri .
Semoga menjadi muslimah yang baik , dan membawa orang lain ke arah kebaikan .
Insha-Allah .
Aamiin :)

20130610

Leader's Prank .



 " Jauhilah keburukan , dekatilah kebaikan . "

Alhamdulillah , hari ni aku dah start kuliahh .
Tapi malangnyaaaa , cey malang kaa ? Kuliah Math semua lecturer tak masuk >.<
Dah la hari ni ada 3 kuliah Math . Dari pagi sampai ke malam .
Tiga-II tak masuk .
So hari ni , group kitorang , F1 just belajar ASIS je . Senang kata , Pendidikan Islam .
Hee .
Waktu kuliah Math yang first tu , ceyh , sunyi nak mampuihhhhhhhhhhhh bilik kuliah tu .
Macam korang tahu , aku bukan boleh sunyi sangat , jadi aku dgn housemate aku , Una yang kebetulan sama group buat la hingaqq .
Peh hingaq sungguh .
" Hang nama paaa ? Asai mana ? Sekolah mana dulu ? "
Cey , tu semua aku dgn Una la yang mulakan dulu . Tidakk , haremm tak kenal sorang pun tadi . >.<
Aku pulak , biasalah aku ni kan bajet .
Semangat je perkenalkann diri .

" Ehem , sorry k , introduction kita panjang sikit . Nama kami Nur Aina Izzati Zakariah . Tapi sebab ada orang nama Aina dalam group ni , jadi kami beralah la . Jadi panggil je AIZ . Kalau nak moden sikit , letak Y kat ejaan tu . Ayiz . Kami asal Changlun Kedah , dulu sekolah SBP Integrasi Kubang Pasu . Apa lagi ehh ? Ha , Duduk R1 , tingkat 3 , rumah 2 . Jemput la mai . Ni no henfon orang , 017-440**** Ha lagi satu . ESOK HARI JADI ORANG . " Ceyyyyyyy .

Nampak dak kebajetan aku di situ ?
Hiangpaa bygkannn , dgn semua org yang aku tegur skrip aku mcm tu . Jenuh telan ayiaqqq lioq aku ni haa . Lepas tu time nak belah kelas mesti aku ingatkan , jangan lupa tau , esok birthday kita . Cehhh .
Sejak bila la aku jadi kurang malu ni wei >.<

K . Lepas tu aku masuk la kuliah ASIS ni .
Ustazah tanya la mana ketua kelas korang ?
Haha kami terpinga-II dowh .
Lepaih tu , automatik aku dengan Una tunjuk dekat lelaki belakang kami .
Ceyy macam kenal , padahal nama pun taktau beb .
Hahaha , sumpah aku rasa dia geram dgn kami dua .
Lepas tu ustazah tanya nama apa , dia pun jawab nama Wan .
So , Wan Akmal sah menjadi leader group kami .
Time nak balik tu , dia kata dekat kami semua .
" Eh , maybe malam ni takde kot kuliah Math . "
Perh , muka bahagia kitorang .
Lepas tu dia buat muka poyo .
" Eh tapi aku tak pasti lagi laa . "
So aku mudahkan cerita , aku minta no dia .
Senang la aku tanya ada kuliah Math ke dak ye tak ?

Lepas Maghrib , aku msg dia tanya ada kuliah tak ?
Dia suruh aku pergi dulu masuk DKK 11 tu . 
Pehh , kena turun pulak aku gunung Batu Caves ni .
Tetiba dia call .
Ceh , dia ni pehal tetiba MC aku , baru kenal nak MC dah .
Ceyy , bajett je aku ni .
Aku pun tak jawab , lepas tu dia msg .
" Dewan kita kat mana , aku sesatt . "
Hahaha , aku yang baca ni teroih gelak .
Then , groupmate aku , Asyraf pi la sambut diaa yang sesat tu .
Then , dalam 45 minit tunggu lecturer , lecturer tak datang .
Aku ni dengan sakit perut lagi , rasa macam nak belah je >.<
Lepas tu , tetiba Wan ni dgn geng dia bangun , kata nak balik .
Haha , kitorang pun apa lagi , ikut jugak ah balik .
Kuliah Math tu gabung group .
Dann hebatnyaaa , hebat sangaaat , group F1 ja pi keluaq .
Ceh >.<

Otw mendaki gunung tu , aku msg Wan .
" Wey betulkaa takdak kuliah ni ? "
Dia jawab .
" Hg dah sampai rumah ka ? "
Aku balas .
" Ha , dah sampai dah pun . Awiat ? Hg jangan dok kata ada kuliah wey . Penat eden ni haa nak mendaki . "
Dia jawab .
" Kuliah mmg ada . "
Perh , siott muka aku cuak dowh >.<
Aku pun balas .
" Ha , ada ? Maksud hg lecturer datang ? "
Dia jawab .
" Ha laa , HANG NI KALUT LAA . "
Takpa hang Wan panggil aku kalut . Aku banned hg seminggu -,-
Aku pun jawab .
" Habih tu , kita ni acenaaa wey ? Hg dok buat apa tu , hg kat mana ? "
K memang aku kalut la , takkan first class aku dah skip kott .
Lepaih tu dia balas .

" Ceq tengah makan ni haa . Kuliah dengan lecturer memang ada . TAPI ESOK LAAA . HAHAHAHA . "

Cehh hampeh budak ni dok buat lawak bodoh dengan aku >,<

Aku sangkakan , baru kenal hari ni , dia tak buat la prank .
Tapi , sangkaan aku meleset sama sekali .

Cehhhh .

Till then.

p/s : Aku rasa dekat UiTM ni , hari Isnin sampai Jumaat takleh nak on Twitter dengan Facebook la >.<
Takpe esok aku check lain .
Huu .
TAPI AKU NAK ONLINE HARI NIHHHHHH -,-

Menangis tak berlagu .
Kbai .


 

Day 29 : 3 wishes .



" Sahabat adalah cermin diri kita sendiri . "

Day 29 : 3 wishes .

Ehm .

First .

Semoga mak dan abah berada dalam keadaan sihat-II sahaja di rumah serta dilindungi , dirahmati oleh-Nya , tak lupa juga buat abang dan kakak .

Second .

Semoga menjadi hamba-Nya , anak , adik , sahabat yang baik dan solehah serta dapat mengingatkan orang lain terhadap agama-Nya dengan hanya memandang diri ini sahaja , insha-Allah .

Third .

Semoga dapat menjadi apa yang diinginkan , seorang doktor muslimah , yang dapat menyumbang kepada kemaslahatan ummah dan menjadi pelajar , anak , sahabat , bakal isteri , bakal ibu yang dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan .

Insha-Allah (':

Sahabat-II !

Doakan aku k .

Mudah-mudahan , Allah makbulkan keinginan aku ini .
Allahumma Aamiin Ya Allah (':

Till then .

20130609

Day 28 : Something that stresses you out .

 
" Dia marah awak solat lambat , sebab dia saying awak . Dia tegur cara awak berpakaian , sebab dia takut orang lain Nampak aurat awak . Bertuah awak dapat dia . "
 
 
Day 28 : Something that stresses you out .
 
1 . Bila dah janji , tapi tak tunaikan -,-
2 . Org yang tikam belakang aku .
3 . Kena marah tanpa sebab .
4 . Tuduh perkara yang aku tak buat .
 
Tapi , siapa kenal aku ni , aku ni cepat maafkan orang lain , tapi lambat reda kalau merajuk -,-
Lambat sangat even aku dah maafkan dia .
I need to take my time first , then , baru aku tegur sapa dengan depa .
 
Jadi , harap korang faham perangai aku .
 
Haha .
 
Tu je kot .
Kalau ada lagi nanti aku updatekan :)
 
Hihi .
Two days more babe to complete this challenge . Yeah ! Tak sabar eden .
Haha .
 
Till then .
 
p/s : Happy Bornday aku ucapkan kepada kawan-II aku yang ramai gilaaaa lahiaq 9 Jun .
Najwani Akir , Syahirah Ismail , Ain Afifah , Khairul Akmal dan Haziq Na'im .
Semoga sentiasa dalam lindungan dan kasih-sayangNya . insha-Allah :)
 
 

20130608

Day 27 : Original photo of the city you live in .


" Jika terjatuh , tabahkan hati , jangan mengalah . "

Peh , nak bagi gambar memang takde la .
So , sorry la takdapat nak menjawab kehendak soalan .
Nak bagi gambar Changlun pun takde ,
nak bagi gambar Puncak Alam pun takde .
Nanti kalau ada gambar , eden updatekan lain okey !

Till then .

20130607

Grouping .


" Atas restu Allah , ku ingin miliki mu .
Ku berharap kau menjadi , yang terakhir untukku . "
[ Ku Pinang Kau dengan Bismillah . ]

Meh aku nak cerita kat korang yang Palam ni ada 2368 budak Asasi Sains dan 641 budak Asasi Kejuruteraan . Jika digabungkan menjadi 3009 .
-,-
Peh , ramai gilaa .
Wajib laaa aku tak kenal semuaa even dah habis belajaq kat sini pung .
Haha .

So , orang-II yang aku kenal yang datang sini ialah budak Ikups ; Widad , Effah , Farah , Mawaddah , Anisah , Farhan , Al-Amien , Soufi , Ikmal .
Budak Smkas pulak ; Hanisah , Yati .
dan Budak Skbbs pulak ; Atikah dan Afni .

Hee , even dapat se-universiti , tapi jarang haih nak jumpaaaa .
Dok jauh-II sangat blok dia .
Aku ni pun bernasib je dapat seblok dengan Farah , Afni and Yati .
Hii .

Btw , this is my group for this semester :)


29 orang , ada 8 lelaki dan 21 perempuan . Hihi .
And yang bestnya , Mawaddah dapat segroup dengan guwa .
Haha , Alhamdulillah :)

Apa-II pun . Sorry lah aku takdapat nak masukkan gambar time MDS .
Sebabnyaa , aku takbawak DSLR pi MDS , dan aku banyak gambar dalam smartphone orang lain je -,-
insha-Allah , kalau ada masa aku bluetooth .
Hihi .
And-II , sorrylah aku tak aktif twitter dan facebook sekarang .
Kena dapat ID untuk wifi baru boleh bukak FB dan Twitter .
Sekarang guna cable , boleh bukak blog je .
Itu punnn , aku dah cukup bersyukur ,
Hihi , k aku nak kemas rumah .
Lepas kemas rumah aku snap gambar tunjuk betapaaa shantekkknya rumah aku nih .
* Aicehhh . *

Ni jadual aku :

Isnin : 8-30 pagi - 9.20 pagi , MAT093 / BIO091 .
12.30 tgh hari - 2.20 petang , MAT093 .
3.30 petang - 5.20 petang - CTU085 .
8.30 malam - 10.20 malam , MAT093 .
[ 4 Kuliah . ]

Selasa : 8.30 pagi - 9.20 pagi , ELC080 .
10.30 pagi - 12.20 tgh hari , PHY094 / CHM092 .
3.30 petang - 4.20 petang , CHM092 / PHY094 .
4.30 petang - 6.20 petang , MAT093 .
[ 4 Kuliah . ]

Rabu : 8.30 pagi - 9.20 pagi , CHM092 / PHY094 .
10.30 pagi - 12.20 tgh hari , BIO091 .
12.30 tgh hari - 2.20 petang , CHM092 .
5.30 petang - 7.20 malam , PHY094 .
8.30 malam - 10.20 malam , BIO091 .
[ 5 Kuliah -,- ]

Khamis : 8.30 pagi - 10.20 pagi , BIO091 / MAT093 .
10.30 pagi - 11.20 pagi , ELC080 .
1.30 petang - 2.20 petang , CHM092 .
2.30 petang - 3.20 petang , PHY094 .
[ 4 Kuliah . ]

Jumaat : 2.30 petang - 3.20 petang , BIO091 .
[ 1 Kuliah . YEYYYYYY ! Hahaha . ]
 
Till then .

p/s : Housemate aku kata , kalau depa nak keluar , depa nak keluar hari Rabu sebab depa semua free hari Rabu -,-
Aku je yang ada kuliah dari pagi ke malam . CIS sungguh depa ni pun .
Adohai . Sabar je Aina .
Haha .

Day 26 : Your dream wedding .



" Ya Allah , jika dia benar untukku ,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku .
Jika dia bukan milikku ,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu . "

Day 26 : Your dream wedding .

Cukuplah , hanya simple dan tidak membazir .
Tapi , dapat memuaskan hati semua pihak .
Goodies nak bagi surah-II pilihan :')
Bunga telur , nak bagi telur pindang . *Gua org Johor , jangan lupa bhai !
Nak ada Photo Booth .
Buat dekat rumah je .
Nak makanan sedap-II .
Even simple , tapi nampak class .
Dihadiri oleh SEMUAAAAA sanak saudara , rakan taulan , sahabat .
Nak ada banyak bunga .
Nak baju color kuning , biru , pink atau hijau .
Haha .

Dah , cukup kot .
Nanti terlebih bajet ler pulak -,-

Haha , K .

Till then .

Day 25 : Something you crave a lot .



" Tabahkan hati , bulatkan tekad . "

Day 25 : Something you crave a lot .

I-Phone 5 .
I-Pad Mini .
Camera Galaxy .

ICE-CREAM !

Jumpa parents .


Haha . Tu je kot .

Till then .

Day 24 : Something you've learned .

" Tak hidup dek pujian , tak mati dek kutukan "

Maaf sekali lagi aku skip dua hari .
Sibuk memanjang .
Maklumlah minggu MDS .
Alhamdulillah , MDS dah habis tengah hari tadi .
:)
Dah selesai orientasi .
And MDS memang bestt !
Tambah-II sebab ada Abg JiMMy , Abg Shah , Abg Jebat .
Tak lupa juga Abg Azraful :)
Terimakasih banyak-II kakak-II dan abang-II PM .
Korang memang osem lah !
Serius wa cakap , depa memang cool beb .

K , back to the topic .

Day 24 : Something you've learned .

1 . Belajar ilmu-Allah .
2 . Belajar hargai ibubapa .
3 . Belajar hormat orang yang lebih tua .
4 . Belajar jangan terlalu selfish .
5 . Belajar mendapat kawan-II baru .

Pendek kata , banyak benda la yang aku belajar ,
sampai tak dapet iden nak katakan ni haa .

Eh , tak lupa jugak , guwa belajar dialek-II negeri lainn .

Haha .

Selamat ngarum !

Till then .

p/s : ngarum : malam .

20130604

Officially PALAM's student .


" Jika dia sahabat , kita terima baik dan buruknya . "

I'm officially a student again .
Haha , dah berjaya daftar kelmarin masuk kolej .
Semalam daftar fakulti .
So , dah berjaya jadi siswi di UiTM Puncak Alam .
Atedia .
Aku takde gambar nak share , maklumlah aku malas nak bergambar .
Tapi nak maklumkan , aku selamat lah kat sini .
Tak kena buli lagi la kott .
MDS dia pun takda la kejam mana pung .
Biasa broo !
Housemate sporting la jugek kan .
Roommate pun sama , dia kasi pinjam dia punya laptop dan cable LAN dia .
Woohoo .
Tapi takleh nak bukak twitter plus FB sbb dia block kot .
Bhahaha .

K .

till then .

p/s : Aku dah hapai dah lagu UiTM dihatiku tu . 
HAHA . 
 

Day 23 : Your idea of a perfect first date


" Elakkan marah , mudahkan memberi kemaafan . "

Day 23 : Your idea of a perfect first date .

Perh .
My idea kunon .
Mestila grand bhai .

Btw , aku takmahu apa-II pun .
Cukuplah hanya si dia belanja haagen dazs dekat aku .
Muehehe .
Serta ditambah dengan biscuit subway yang sedap dan murah tu .
Tengok , mudah kan ?

JADI .
Mengorat lah aku cepattt .

HAHA . KBajet .


Actually taktau nak tulih apa . Otak dok blank lagi .
Nanti kalau terasa nak update titeww updatekan k :)

till then .

Day 22 : What's in your purse ?


" Persahabatan kerana Allah itu indah . "

Sorry , skip sehari . Ni ganti balik .
Maklum lah , budak masuk U ni sibuk lah katakann . Hee .
K , nvm .
Berbalik kepada topic .

Day 22 : What's in your purse ?

Money .
IC .
License .
Van Persie's picture .
Smurf .
Pictures of dad , mom , bro and sis .
Cinema ticket .
Greeting Cards from others :)

hew .

kbai .

20130602

Day 21 : Favorite picture of yourself ALL TIME and why?


" Tuhan sengaja letakkan saya berjauhan dengan keluarga saya supaya saya sedar betapa pentingnya berada si sisi keluarga . "
[ SyamKamarul ]


Day 21 : Favorite picture of yourself ALL TIME and why ? 

5 years-old-girl , 1999 - Chesterpark Kindergarten , United Kingdom :)

WHY ?
ehm , sebab aku gaya minah Arab .
dan aku pegang kambing .
dan aku rasa gambar ni comel sangat .
HAHA .
k perasan /:

till then .

20130601

Happy Bornday .


" Janganlah mengeluh , teruskan berusaha . "

Hoi .
Hari ni 1 Jun .
Tau dak birthdiaqqq siapa hari ni ?
Hari ni birthday kawan baik guwa : Nurin Nazifa binti Abdul Bashah .
Dannn .\
Farah Aisyah Nazry .

Apa-II pun , semoga korang dua sentiasa dalam lindungan dan kasih-sayangNya.
dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat .
serta dipanjangkan umur dengan iman .

Aamiin .

Happy bornday korang !
I love both of you bebeh .

till then .

p/s : k esok pi UiTM PALAM .
-,- goodbai semua .
huuuu .
menangis tak ingat dunia .
HAHAHA .

Day 20 : Nicknames .


" Jangan pegang janji manusia , tapi pegang janji Allah . "

Day 20 . Nicknames .

1 . Aina - basic .
2 . Ayiz - kebanyakannya dipanggil oleh kawan-II Ikups .
3 . Izzati - kebanyakkanya dipanggil oleh cikgu-II .
4 . Ena - kebanyakannya dipanggil oleh kawan-II Sintok .
5 . Adik - dalam family .
6 . Nurya - nama pena .

Itu je kot .

Haha , k .
Till then .