'Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi'
[ William Shakespeare ]
Assalamualaikum :D
lambat sangat ka nak cerita pasal pi langkawi?
ha? lambat?
lantak la, blog ni, hak milik saya.
taknak baca, tutup la window ni.
tiada paksaan, tiada kompromi !
nak cerita apa sangat pi sana kan?
tiada yang menarik, cuma dapat menambah kosa kata, kerana saya baru tahu dalam hidupan di laut ada hidupan bernama Beronok.
ok, memang menjerit bila paklang dok angkat2 beronok tu nak lempaq kat aku -.-
and, time kenduri, depa buat kerabu beronok. and seperti biasa, saya tak cuba la.
hhee, teringin tapi bila masuk mulut, rasa keraih macam batu pun ada, keluaq kan balik then letak kat pinggan abah, lebih spesifik, masukkan di celah2 nasi agar abah tak sedar.
ok, pengotor, sebab dah masuk mulut dah pun. bhahaha :DD
bila tau kata depa buat kerabu beronok mentah2 lagi tak lalu.
tapi, teringin, takpa, nanti makan lain. tengok Abang Tam makan macam syiokk ja. :D
*google*ni la beronok tu, haa, lalu tak? haha :DD
*google*ha, ni pulak kerabu beronok. selepas dipotong haluih2.
kat langkawi, apa yang best adalah hari nak balik.
kenapa?
sebab pergi jeti pukul 3 petang dan feri pukul 6 okeyy!
tak lama pun tunggu.
bhahaha.
sebelum pi jeti, saya teringin nak makan kat Artisan Pizza.
and, abah pun singgah.
spaghetti sedap. tapi tak boleh lawan abah dan mama punya.
pizza? superbb! macam pizza time darjah 5 saya makan kat Itali.
harga?
pun superbb!
4 orang, RM 85 ! ok, lepas ni tak makan dah :D
1 kepala RM 20 tapi takpa, abah kata puaih, saya? tak puaih lagi sebab masih lapaq!
then, sementara menunggu feri yang pukul 6 tu.
abang dan saya teringin nak makan Baskin Robbin.
and tau apa?
abah bagi, siap abah yang makan sekali!
dan 1 scoop aiskrim, RM 7.50.
lepas tu BR offer 1 scoop Junior RM 2.50 SAHAJA.
so, satu kepala RM 10.
4 kepala, RM EMPAT PULUH RINGGIT!
(lebih baik beli aiskrim RM 1.50 dekat C-Mart sebab siap ada topping chocorice lagik)woah, superb jugakk!
dan kali ni, puaihh habis sebab muak gila makan aiskrim BR tu.
so, saya seorang makan hari tu adalah dalam RM 30. kali dengan 4.
RM 120. JUST FOR THE MEAL ONLY!
sungguh syurga makanan. -.-
cakap dekat abah : abah, adik muak makan aiskrim ni.
(sambil tunjuk aiskrim 2 scoop yang tak habis2 tu)abah jawab: alhamdulillah, lepas ni adik tak beli aiskrim dah la.
( dengan muka bahagia )tapii!
abah silap.
sebab, semenjak saya balik dari langkawi, tak pernah sekali pun saya miss makan Cornetto Chocoluv!
haha, kesian abah :D
anyways, tadi FIZIK, sangat best, walaupun hanya ada TIGA perempuan;
me, nad, syahirah dan EMPAT lelaki;
naon, iqbal, nabil, shahir , sebab kelas macam ada 20 orang.
kerja gelak ja sebab iqbal senget tu dok buat lawak sengal.
sungguh sengal.
dan, hari ni saya senyum manis sebab tadi pergi mcD jumpa abang hensem yang baik hati.
okeyy, dia cashier mcD ja, tapi, dia baik.
haha, dia senyum manis. ada lesung pipit dua2 belah.
tergugat iman. bhahaha :D
yang penting, bapak aku marah dia, dia masih dok tayang gigi putih dia, and gantikan balik fish-o-fillet yang tak berapa sedap first2 tu. siap bagi 2 lagi.
dan, bagi saya refill ayaq sampai dua kali, dan dua2 kali dia yang layan walaupun tempat dia jauh. siap cakap lagi, "adikk, adik nak apa, awat la depa ni takmau layan adikk, tapi takpa abang ada. Ya Allah depa ni, tengok customer kat depan ni pun tak boleh nak layan. " padahal, dia ada lagi ramai customer yang dia tak layan, tapi mai pi refill ayaq kat saya dulu. sumpah saya rasa dia takut bapak saya naik angin lagi kot. and dalam hati, nasib dia yang layan aku. XD sweet dak? dak? lantak hang. bagi aku sweet. bhahaha. :DD
*ok, mood mula pelik. dok angau tak bertempat* bhahaha.
'mak nak pi mcD lagi jumpa abang hensem tu. bhahaha' ucap dalam hati je la kalau takmau kena lempang (:
ok. dah mula mengarut,
kbye.
p/s: jangan percaya cerita mcD. saja reka cerita. XD
p/ss: kesimpulan, saya memang kuat makan. harap maaf :D