THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20120608

neighbour .



" Janganlah engkau mengadakan tuhan yang lain di samping Allah , nanti engkau menjadi tercela dan terhina "
[ 22:17 ]


Assalamualaikum WBT.

p/s : post ni sangat panjang . lupakan niat anda untuk membaca jika anda bosan . sekian :)
-------------------------------------------
neighbour . jiran . 
a long time ago , i had a very fantastic memories with them .
dulu . saya paham maksud jiran .
suka duka . gurau senda . gaduh manja . 
semua tu saya rasa bila berjiran .
the story began .

dulu , rumah saya terletak di atas bukit yang sangat sunyi di dalam kampus Universiti Utara Malaysia . kawasan itu dipenuhi pokok-II hutan yang sangat tebal .
di kawasan itu , mungkin hanya ada 30 buah rumah sahaja .
makanya ikatan antara kami sangat kuat sampai bila terpisah , kami saling merindui ~ecehh .
No 8B , Sisiran Naib Canselor , UUM , 06010 Sintok , Kedah .
macam tu lah alamat rumah kat atas bukit tu. :)
boleh gelar kami geng bukit la , sebab bukit tu bising hasil kenakalan budak-II kat situ ja .
takde gambar kenangan atas bukit tu sebab waktu tu kamera tak famous lagi , lagipun mana sangka boleh terpisah macam sekarang kan ? ): 
anyways , I remembered them , in my heart always .
fasa 1 - [ waktu kecik-II / tadika ]
Me , Shafinaz , Arif , Hazwan , Abdul , Mariam , Aishah , Solehah , Ariff , Kak Sri .
fasa 2 - [ waktu sekolah rendah ]
 Sumaiyah , Hasiib  , Rafiq , Syakirah .
even kitorang ni 13 orang ja , tapi bila berkumpul sekali macam bela anak seratoih orang .
hingaq bukan mainn :)


situasi pertama :
 PANGGIL KELUAR MAIN .
okey , situasi ni aku jarang terlibat sebab orang je yang selalu panggil aku kan ?
biasalah aku budak famous *muntahdarah*
petang-II mesti Ariff adik si Solehah yang muda setahun dari aku tu akan pakai smart-II and naik gerek pi panggil aku . 
kalau tak dia , Arif adik si Shafinaz yang panggil aku .
takpun , aku la pi panggil orang bila bosan sangat .
 abah kata : " korang sangat sweet waktu kecik-II "
okey , i know that abah tambah-II watak utama dia aku kan ?
*muntahdarahkalikedua*
HAHA.


situasi kedua :
MESYUARAT LONGKANG
lepas kena panggil , komfem akan dok tepi longkang besaq depan rumah aku tu dulu untuk bincang nak pi mana , nak buat apa , nak lepak mana . bila komfem semua , kitorang pun main suka girang riang gelak ketawa .


situasi ketiga :
RUMAH AKU .
kalau rancangan hari tu nak main dekat rumah aku , aku akan sediakan beberapa permainan tetap dan korang pilihlah nak main apa .
kat rumah aku , ayah aku ada buat gelongsor pasir dan buaian kayu sebagai tempat permainan kami . rumah aku juga dijadikan tempat main masak-II sebab aku suka petik-II bunga ayah aku tanam kat situ . kadang-II main-II aci sembunyi + ligan pun dekat rumah aku juga sebab rumah aku semak dan banyak tempat sembunyi hewhewhew .
okey tipu , rumah aku banyak pokok dan senang nak mengelat sebab pokok-II tu semua berduri . 
rumah aku juga tempat main kad Pokemon dan rumah aku jugak tempat akhir garisan bila ada racing basikal . oleh itu , banyak la darah kat depan rumah aku akibat eksiden yang banyak kali la jugak terjadi . HEHE .


situasi keempat :
RUMAH SHAFINAZ .
rumah ni , orang lain jarang pergi sebab aku adalah orang paling baik dengan dia .
lagi pun dia tua 2 tahun dari aku makanya semua orang agak segan untuk pergi kerumah 'orangdewasa' HAHA .
bila aku takda kawan ja mesti aku pergi rumah dia ni , dan aku pun tak ingat aku buat apa kat rumah dia . aku main Barbie Doll kot kat sini . hewhewhew . sumpah tak matang . HAHA


situasi kelima :
RUMAH HAZWAN .
hazwan ada adik nama aishah .
aishah teringin aku jadi kak dia . HAHA . makanya dulu aku suka mengorat hazwan , tapi sekarang takdah . dia setahun tua dari aku dan sekarang dia belajar dekat UIA . aishah pulak , aku rasa dah tingkatan dah kot . :DD
dekat rumah hazwan ni , dia ada bilik .
nama bilik tu laboratory ---> akibat terpengaruh dengan cerita Dexter's Laboratory .
bila nak masuk bilik tu , mesti kena tekan pincode dulu yang hanya diperbuat daripada kertas . sungguhlah sengal --'  kadang-II aku suka buli hazwan buat macam-II . dia aku anggap macam 'adik' aku sebab selalu sangat ikut cakap aku . hewhewhew .
dulu aku muka ja comel tapi kasaq . series .
kecuali la aku main-II kahwin-II dan kebetulan kena jadi mak, sumpah aku lembut macam laa . okey tipu :D
 rumah hazwan ni aku rasa banyak kenangan dan aku taktau la lagi apa dia :)


situasi keenam :
RUMAH SOLEHAH .
okey , Solehah ni ada adik nama Arif .
Solehah ni setahun tua dari aku , dan Arif pulak setahun muda dari aku .
okey , Arif ni hensem laa , nanti aku nak mengorat dia . hewhewhew . okey tipu :D
yang aku ingat dekat rumah Solehah ni , kitorang banyak gunakan khemah .
masuk ramai-II dalam tu dan disertakan air bersama-sama kami .
kemudian dalam khemah yang sendat tu kami akan mulakan story telling .
sangat awesome !
kalau cerita hantu lagi best , sampai runtuh khemah tu kami buat sebab over jerit + takut .
nasib tak rosak . HAHA .


situasi ketujuh :
RUMAH DATIN .
okey , aku taktau nama sebenar datin ni , tapi rumah dia sangat best sebab macam taman .
kitorang mesti pi melawat datin ni dan buat muka comel untuk mendapatkan makanan yang sedap-II . kadang-II kitorang tolong datin ni tanam-II pokok disekitar rumahnya .
datin ni ada anak tapi dah 'dewasa' macam Shafinaz juga . malah lebih dewasa .
makanya anaknya segan nak berkawan dengan kami , tadi kadang-II akal nakal kami bawak jugak anak datin ni pergi main benda yang tak berfaedah


situasi kelapan :
RUMAH ABDUL .
abdul sama umur dengan aku . dan dia ada adik nama Maryam .
rumah Abdul ni kami panggil zoo sebab asal main dekat rumah Abdul ja mesti kena serang dengan monyet . dakpun B.A.B.I ----> jangan baca , eja . HAHA .
disebabkan lokasi rumah kami didalam hutan , makanya kami terdedah kepada binatang buas seperti monyet , beruk , B.A.B.I , tapir , ular , harimau , dan sbg .
beberapa orang jiran aku pernah dimasukkan ke hospital akibat digigit oleh monyet dan sbg .
aku , walaupun buas , masih binatang-II itu boleh bezakan antara manusia dengan mereka , Alhamdulillah , makanya aku pun selamat. hewhewhew .
rumah abdul ni tempat aku panjat pokok . dan kutip batu dan komfem akan kata " SERANGG ! "
okey , kami selalu berperang dengan monyet sehinggakan monyet taksanggup nak perang dengan kami sebab batu yang kitorang baling kat depa sangatlah besar . oh lupa , untuk tujuan keselamatan , setiap orang kami ada lastik sendiri makanya boleh main perang-II dengan monyet setiap waktu :DD rumah Abdul ni jugak tempat aku main kahwin-II dan aku selalu nak Abdul jadi laki aku . sebab dia macho . tapi sekarang aku taknak dah . insaf . HAHA .
 

situasi kesembilan :
RUMAH KAK SRI .
okey kak sri ni anak datuk .
rumah dia jauh sikit dari kami . kadang-II dalam sebulan 2-3 kali je pergi rumah dia . itu pun kalau keadaan selamat daripada haiwan-II liar . kat rumah kak sri ni ada court Tennis , tapi kami selalu main Badminton kat court tu . kat rumah kak sri ni jugak kami selalu main jadi orang kaya , sebab rumah dia besar gabak .  ada satu hari tu , aku pergi rumah kak sri dengan hazwan je kot , lepas tu hazwan jatuh basikal , percaya dak aku papah hazwan balik rumah ? okey tipu . aku papah basikal dia ja , sebab dia yang bonceng aku , makanya aku tinggal dia dalam hutan sorang-II pi panggil auntie dengan uncle . parents dia marah aku sebab tinggal hazwan sorang-II dalam hutan , aku diam je la sebab aku kecik lagi waktu tu mana tahu apa . 


situasi kesepuluh :
RUMAH RAFIQ .
selepas solehah pindah , ada budak baru yang hensem gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nama dia Rafiq .
boleh bayang dak dia hensem macam mana ? okey aku tipu , dia biasa ja . cuma aku sedih Solehah dan Arif pindah makanya Rafiq menjadi pengganti Arif . Rafiq ni setahun tua dari aku . Dia ni sweet gila sebab dia pemalu tapi dia pernah pujuk aku sampai masuk dalam rumah akibat aku merajuk sebulan tak keluar rumah . hewhewhew . waktu ni , hazwan , abdul semua dah pindah . makanya aku kena baik la dengan Rafiq pulak .


situasi kesebelas :
RUMAH HASIIB .
rumah hasiib ni rumah hazwan dulu . hasiib ada ramai adik , dan yang paling baik dengan aku nama dia Sumaiyah . aku panggil mak dia Ummu dan ayah dia Abi . aku selalu tolong buat kek bila dok dengan depa ni . ada satu tahun tu , depa ada sepupu yang duduk dengan depa , nama dia Aref . Aref ni sama umur dengan Rafiq dengan Hasiib . Aref ni pun turut serta jugak dalam aktiviti memujuk aku supaya keluar rumah . aku merajuk adalah disebabkan , aku telah membuatkan Hasiib patah tangan ketika racing basikal dan mengakibatkan dia tak boleh pergi sekolah lama la jugak . waktu tu dia darjah 6 makanya emak dia marah gila dekat aku . takpernah lagi la jiran atas tu marah sampai macam tu . makanya aku pun takut nak keluar  rumah . Shafinaz , Rafiq , Aref telah berusaha memujuk aku namun , aku just keluar depan rumah ja main kad Pokemon sebab tak sanggup lagi bersemuka dengan Hasiib . :( tapi lepas tu Hasiib pun pujuk aku jugak , makanya aku pun jadi happy balik tapi aku dah tinggalkan budaya racing basikal yang dulu aku merupakan jaguhnya . hewhewhew .


situasi keduabelas :
LONGKANG SUCI .
kami menggelarkan longkang besar ni longkang suci sebab air dia sangat bersih .
biasalah air yang turun dari bukit . makbapak setiap orang dari kami [ tidak termasuk keluarga Hasiib dan Hazwan sebab rumah tu masih kosong ] telah memberikan amaran kepada kami supaya tidak mandi didalam longkang itu . setiap hari kami mesti pi situ sebab tempat tu ada pokok-II yang boleh kami buat klip Bollywood . satu hari , aku dah tak tahan aku ajak jugak depa terjun dalam longkang itu , dan sejak itu kitorang mandi diam-II . HAHA . lama jugak sebelum terkantoi . 
terkantoi sebab kitorang ajak anak datin tu mandi sekali dan datin tu pi tengok pulak . last-II aku , Shahfinaz dengan Abdul kena seret pi rumah masing-II oleh datin tu , makanya mak aku pun disembur la disebabkan kenakalan aku . aku pun apa lagi , disembur jugak la lepas tu , tapi aku tak teriak , aku puas dowh . HAHA . boleh mandi dekat situ . sebab rumah kami mana ada sungai , mandi kat longkang tu pun jadi la .


situasi ketigabelas :
TURUN BUKIT .
disebabkan setiap orang dari kami ni ada basikal , kadang-II kami akan melakukan perkara adventure sikit iaitu turun ke bawah . kadang-II orang yang cepat penat mesti terkandas dekat bawah dan aku serta Abdul la kena bonceng depa naik atas balik . kadang-II tu , nasib tak baik kami kena kejar dengan monyet yang bapak gila garang dan kadang-II aku mesti kena pi bawah balik selamatkan kawan-II aku yang tertinggal . nasib aku dulu berani jugak dengan binatang tak macam sekarang , tengok lipas pun aku dah menjerit . :D


some talk about memories , aku taktau kenapa kat longkang tu sangat bermakna bagi kami bertiga :)




situasi keempatbelas :
aku pun tak ingat sebab banyak sangat kekecohan yang kami buat . :D


----------------------------------------------------


kenapa saya cerita semua ini?
sebabnya , i really-II want to meet them again .
talks about our memories :)
saya harap , walaupun kitorang ni sikit , tapi akan tetap diadakan reunion satu hari nanti .
actually , saya lah orang yang paling lama dok atas bukit tu , 12 years .
daripada bayi sampai nak habis sekolah rendah .
sebab tu , ada fasa 1 dan fasa 2 .
:)


actually , tadi jumpa Solehah dan Arif di kenduri abang mereka .
serius , enjoy gila walaupun segan-II silu tadi .
ada ambil gambar kenangan tapi takboleh nak bawak masuk pulak .
mak kata : adik , Arif hensem . takmau ka ?
adik : klea ja kalau takda orang nak kat adik . hewhewhew .
makanya , sapa yang nak saya tu pi la masuk meminang cepat-II *muntahdarahhijau*
okey . tipu . kak nak kahwin 2015 .
makanya kena kahwin lepas tu .
tapi maka kata , entah-II adik langkah bendul semua . SETAI APAA ?
HAHA . dah mood gatal menimbul . tenggelamkan balik .
SPM weyyyy~


kbai , continuing my Physics and Addmath Paperwork !

 p/s : baru perasan kata jiran saya ramai laki . patut mak kata tak susah nak cari jodoh kat saya pun --'
p/ss : lama dah tak merasa hidup berjiran . tapi kat Taman Resak ni rasa la sikit bila jumpa dengan Atikah , Afi , Sabil , Naon .  dekat Taman Merbau tobat tak rasa nikmat berjiran . pikiaq hal sendiri ja =='




20120605

*senyummu seindah suria*


" Tarbiah itu bukan segala-galanya , tetapi , hendaklah segala-galanya dengan Tarbiah "
[ Hilal Asyraf ]

Assalamualaikum WBT .


okey , sebenarnya sangatlah tak bersemangat nak update blog ,
tapi okey saya gagahkan diri jugak .
about the outing , it was very awesome eventhough nurin ja yang setia bersama saya melayari aneka selama berjam-II lamanya .
i got 4 SCOOPS OF ICE-CREAMS , 3 COLOURFUL SCARFS,  and a BUDGET tutti frutti :DD
rasa macam takbanyak beli pun , tapi makan takpayah kata . awal-II lagi dah pi pekena kueteow goreng kat kedai berhampiran aneka tu .
the movie , The Snow White and the Huntsman just a so-II okey story la .
mungkin bagi saya , the ending of the story is boring HAHA . tapi takpa , perempuan tu cantik gila sampai takkisah hero dia takhensem pun takpa . :)
dalam pukul 7.00 malam , saya beredar ke Pizza Hut manakala Nurin pi dekat her baba :)
time jalan sensorang tu , saya lari pecut sebab takut kena ligan dengan hantu *okeytipu,sajanakbagifeelsikit*
saya lari pecut sebab takde kereta lagi waktu tu , jadi bolehlah bermain suka girang di atas jalan raya yang macam agak sibuk setiap hari .
with my parents , we had a dinner in Pizza Hut dan abah saya komplain macam-II gila samapi dapat macam-II benda baru dan oleh itu , perut saya sangat sengkak --'
akibat makan yang tidak terjaga , kerana makan banyak sangat ,
makanya , perut saya sangat memulas sekarang sampai terguling-II jatuh katil .
maybe esok korang kena jumpa aku dekat hospital kot .
*okeytipu,janganpercaya,macamteruksangat*

sebelum tu , tadi dekat tutti frutti saya gelak riang girang ketawa sebab tengok orang peraq nak ambik frozenyogurt tu termasuklah saya yang comel ni enn . semua muka macam ni ------> hang tengok aku , aku tengok hang , hang ambik la dulu , aku nak tengok hang ambik macam mana . OKEY , funny !  and , memang agak budget pun ambik , cukuplah sekadar merasa sebab duit tadi bawak ngam-II ja nasib abah topup sikit kalau tak tobat takdapat nak rasa tutti frutti tuh . HAHA .

thats all can I type cause I'm not in mood .
series taknak jalan lama macam tadi , boleh tercabut kaki . nasib tak pakai heels tidak esok korang tengok aku naik wheelchair . *hiperbolasikit*

sorry for those who messaged with me , aku reply tak reply ja message korang sebab tengah bertarung dengan kesakitan pemulasan usus-II aku . HAHA . 
 
kbai . Wassalam !


p/s : sorry takde gambar sebab takde kameraman/woman .
p/ss : Unlike , lelaki yang permainkan perempuan . Perempuan memang mudah dipermainkan , tapi takbolehkah korang usaha untuk tidak mempermainkan depa --' 
tak tuju kepada sesiapa , cukuplah siapa yang terasa . 
hanya pendapat diri , kerana diri tak pernah merasa , just kesian kat orang yang terkena.
mungkin pernah terkena . tapi aku jenis tak kisah dan bukan orang yang simpan dendam .
aku cuma akan doa depa dapat hidayah ja . HAHA , macam baik . okeybai .


20120604

Sudirman :')


Assalamualaikum :)
* this post will make you to pause the music-bumper above the blog*
disebabkan banyak sangat tayangan pasal Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, makanya, saya pun ingin mengambil kesempatan untuk berkarya tentang beliau .
Sungguh, sejak kecik zaman budak-II saya amat-II meminati lagu Sudirman.
sebab semua lagu dia ada meaning and lagu-II dia berkesinambungan pasal hidup dia. 
bukan macam lagu Melayu sekarang yang banyak lagu cintancintun [ memang la aku minat, cuma tak berkembang ]
Sudirman juga pernah memenangi award Aseandan membawa nama Malaysia ke persada dunia.
siapa tak kagum bukan ?
sebagai penghibur, ya Sudirman memang tiada pengganti.
anyways, nak menyampaikan rasa kecewa yang amat sangat bila tengok konsert AKU SUDIRMAN tadi. sebab..
kecewa bila pengacara dan artis buat konsert tu macam konsert rock sampai aku dah tak tangkap feel nak tengok --'
okey fine la depa ada bakat besar boleh terjerit terlolong, tapi, kata pun konsert ingatan, makanya, para peminat sumpah la nak nyanyi bersama.
yang pi ubah melodi rentak gaya tu kenapa --'
haihh, tapi nasib baik ada la beberapa persembahan yang tangkap feel tambahan pula dengan kehadiran Aznil yang buatkan saya terasa kehilangan Sudirman (':
persembahan yang berjaya tangkap feel saya adalah persembahan daripada Adira, Misha Omar, Hafiz, Siti, Rahim Maarof dan Azlan the typewriter !
memang perhh lah walaupun masih tak boleh kalahkan arwah lagi (':

kronologi lagu Dir;

 Dir ada basikal tua : BASIKAL TUA.
bila nak balik kampung : BALIK KAMPUNG !
bila jadi penganggur : AKU PENGANGGUR.
lepas tu, dia dapat kerja pulak dah : BARU DAPAT KERJA.
bila kerja, comfirm kena punch card en : PUNCH CARD.
dah ada kerja, usha la perempuan : MILIK SIAPAKAH GADIS INI ?
then bila dapat kekasih : KASIH + PELANGI PETANG.
namun, rumah tangga Allahyarham tak lama, maka dia cipta lagu ni : TERASING + MERISIK KHABAR.
tapi beliau jugak bersemangat patriotik maka ada lah lagu ni : WARISAN + TANGGAL 31
Sudirman jugak ada tuju lagu untuk orang kampung : APA KHABAR ORANG KAMPUNG ?
dalam waktu yang sama tak lupa orang di bandar : CHOW KIT ROAD.
tapi, macam Allahyarham dapat mengagak akan permergiannya, maka terhasillah lagu ini : SALAM TERAKHIR
tapi yang paling penting dia sentiasa nak buat orang senyum : ONE THOUSAND MILLION SMILES :)

* banyak lagi lagu beliau yang tak tulis. :DD hanya ini yang mampu.

makanya, saya kemukakan 3 video berkaitan.

 video pertama ;

Idola sung by Azlan The Typewriter , a song dedicated for him :')
lirik dia touching, memang tangkap feel !

video kedua :

sung by Allahyarham Sudirman in Asean Award, a song that brought his named to the world :D

video ketiga:

a song entitled Dir *which means Sudirman* sung by Rahim Maarof .

feel it,






Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad
!954 - 1992

moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.
Aamiin .

. Al - Fatihah .

p/s : dulu kecik-II mesti pasang lagu Sudirman + Jamal sampai aku taktau kata ada lagi penyanyi kat dunia ni. --'
p/ss : sebab tu hati aku comel, aku layan lagu-II yang ada feel ja lagu rap-II aku tak suka sebab takpaham HAHA.



undefined



" Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka "
[ 5 : 47 ]

Assalamualaikum WBT peeps ! :D

saat ini, saya sedang membuat sejarah.
dan agak membosankan sebab tiada vibration handphone pada waktu ni.
ye lah kann, ada yang pi ganu, ada yang balik kampung, ada yang pi kem.
--'
makanya, saya pun berkawan la dengan blogger ni :D

anyways nothings to write but there are something to share :)

first of all;



 to prepare myself ,



in,



therefore,



because,



and study smart :)

kbai.



20120602

aku dulu comel bergaya . HAHA .



Assalamualaikum WBT .
tadi aku godek-II file kat laptop ni and jumpa gambar comel berikut .
aku pun taktau apa yang buat aku comel sangat dulu . HAHA .
okey aku paham kata aku ni perasan .


1999 .
united kingdom , london .

 

buddyz !




" O mankind ! It is you who are in need of Allah, but He, Allah, is Self-Sufficient, the Praiseworthy "
[ 15 : 35 ]

Assalamualaikum WBT.

saya masih berkira hendak delete blog ke dakk.
tapi sebelum tu,
nak cerita kisah hari ni.
okey rasa cuti bermakna sikit bila jumpa my primary buddyz ni.
haiza and atikah.
thanks to Nasrul Asraf [ known as Naon ] sebab jemput kitorang makan nasik minyak di rumah anda walaupun kitorang tak makan sangat pun sebab buat bising je lebih.
pada mulanya..
nak tangkap gambaq dengan pengantin dan di bilik pengantin.
namun akibat perasaan segan yang teramat maka takla tangkap jugak gambaq tu.
tapi, sedih terubat apabila..
kami bertiga buat photoshooting lepas kenduri tadi. 
okeyokey, sangat awesome sebab lama dah saya tak photogenic macam tadi.
hikhokhok. okey gelak huduh. --'

okey picture yang entah la taktau nak cakap apa --'

at Atikah's room. :)



 At our playground with chocolate cadbury that Atikah bought :)
[kami memang kanak-II yang masih boleh bermain ditaman permainan]



 entahla kenapa kena posing atau jalan tar dan berpemandangankan jentera tu :)



okey, tolong jangan gelak kuat-II bila tengok gambar-II ni semua.
taktau la apa faedah tangkap gambaq-II ni semua XD
anyways, i'm enjoying my day.
memang hilang habis stress pada hari semalam.
Oh My BM !
tambah-II tadi pi c-mart berbajukan baju kurung [ nak kata wanita melayu terakhir la bhaii ]
dan, dapat icecream dua ketoi dari my dad.
i like!
icecream scoop dengan cornetto chocoluv.
yeahh.
dan dapat jugak keropok chipster yang memang kegemaran masa lapang XD
dan tak lupa jugak coklat cadbury yang original punya.
empat bar lagi.
and lastly, dapat kitkat yang memang superduper sedap.
okey, terimakasih abah for these junkfood yang memang baiklah untuk kesihatan.
* peluk cium kiri kanan pipi abah. *
kalau dulu, orang nak bagi aiskrim, bagi cornetto chocluv 3 bijik pun boleh telan dalam satu waktu.
and kalau bagi coklat pula, mesti kena bagi yang original punya, sebab takmakan yang kacang-II apa kebenda semua tu.

p/s : abah masak nasik lemak lepas tu lupa nak buat telur rebus. so, saya yang  pi kenduri di rumah naon ni pun mengambil kesempatan untuk ambik 3 bijik telur rebus dia buat pelengkap masakan abah. abah kata : NICE JOB ADIK, NANTI BUAT LAGI.
okey abah i'll.


p/ss : i have no idea with my homework. --' especially my Addmath Project Work =='


p/sss : ingat kamera aku bukan dslr tak semart ke ?
semart wei walaupun aku nak sangat dslr tu tapi..
aku bersyukur dengan kamera kapcai aku ni. oyeah !

kbobaiboi !




sedih nak ucap babai kat blog. should I ?



Assalamualaikum WBT.

pada waktu sekarang,
aku rasa..
nak hapuskan blog.
siapa setuju ?
raise your hands up.
raise your hands up.
 -okey, macam satu lagu tu-

kbaiboibai !



tekad pada diri.
nak tutup aurat dengan sempurna.
if Allah wills.
please strengthen (okey, tak reti eja--') my heart to do so !
oyeah bebeh :)
lets go for Jannah !

okey babai blog.
aku taknak jumpa hang dah.
( okey sembang bohong la. esok mungkin yaa )

(':

Assalamualaikum WBT :D


okey, takmau kata apa (':

20120601

ice-creams please !


Assalamualaikum WBT.

jelas sekali lagi saya memang stress.
--'
sekarang jam menunjukkan pukul 10.00 malam dan saya masih tidak dapat aiskrim.


Aina : Abah, i want Icecreams!
Abah : Tomorrow laa.
Aina : Ha ? Lama lagi --'
Abah : Ish. Pukul 12.01 ni la.

KLEAAAA pak aku ni  ~

261688


" Hadapi dengan senyuman "
[ Dewa 19 ]

Assalamualaikum WBT.

im doing Addmath Work Project right now.
but i dont now what i am writing about.
copy. paste. copy. paste.
apa faedah buat semua ni --'
anyways, bukan nak cerita pasal tu,
but, tadi ada orang serang saya.
tedia, macam gempak sangat nuh guna ayat serang.
dak haihh, mana serang pun sembang kosong ja.
a talk about a man.
hm. kadang-kadang terfikir jugak perlu ke nak tahu about a boy sampai sanggup cari my number.
but, nevermind, bila dah risau semua boleh jadi kan ?

anyways, waiting for 5 june 2012 !
the date that i'll outing with Nurin and insya-Allah Wani also will join us together.
to celebrate my birthday and Nurin's birthday :DD
tapi kalau ada orang ketiga nak belanja tutti frutti yang katanya baru dibuka di jitra,
lagi bagus. jimat kos.
hikhik.
okey, bukan mata duitan tapi, mata bajetan !
yeah, sedap ayat tu.
anyways, saya harap dapat tengok wayang with my buddyz sebab teringin bhai nak tengok cerita snow white and a huntsman!
okey tajuk memang tak matured, tapi dia punya iklan coollll!
hm, yang paling penting, abah janji nak bagi aiskrim semalam tapi sampai sekarang tak bagi-II lagi.
okey sedih.
dad, i want ice-creamS please :[

lagi satu, terimakasih mak saya yang cantik serta abah saya yang hensom sebab dah masak lauk yang the best ever walaupun simple tapi takpa berkat kasihsayang memang sedap tak terkata ditambah pulak sambil menonton Nada Cinta yang ada Alex hensem. -baru perasan Alex ni hensem :D HAHA.

sebenarnya, post ni sangatlah merapu sebab takde topik yang utama.
makanya, saya minta maaf sebab buang masa kalian.

i just wanna release my stress !
when they were asking me about something that i didn't like.

p/s: okey, makin nak SPM makin suka tengok TV yang dulu bukanlah hobi pun. cuma, nampak  TV macam cantik sejak akhir-II ni sampai Nada Cinta yang takbest tu pun boleh layan lagi.

p/ss : tolonglah, siapa yang baca post ni beli hadiah hari jadi. 
HAHA, okey pulun.

p/sss: 261688. takde kena mengena pun dengan post ni. saja tulis number. tiba-II tertekan 6 number ni. halal laa.


sekarang, aku kena panahan Oh My English !
yang dipropagandakan oleh kawan aku si anak teacher.
NICE =)
thanks to you lah !


before i forget, HAPPY BIRTHDAY TO;

Nurin Nazifa binti Abdul Bashah

dan 

 Farah Aisyah binti Nazry

moga kalian sentiasa berada di dalam kasih sayang dan lindungan-Nya.
SPM bagi gempak okey ! <3