THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20111118

thanks for the food and gift!

assalamualaikum and hello peeps!

heh, nak cerita pasal apa entah?
takdak idea derr.
tapi takpa lah.
cerita pi. =DD

ok. saya rasa.2 minggu terakhir ni. memang minggu mengisi perut kot. =DD
Ya Allah, banyak betul rezeki!
jamuan sedia.
sampai senak perut nak makan.
and, bila ada jamuan, mestilah ada hadiah kan. =DD
so. memang best lah minggu2 akhir ni. selain perut diisi.
bekas PINK saya pun terisi jugak. yey!
haha.

oklah. hampa nak suruh saya cerita jamuan mana dulu?
jamuan batch ka, jamuan dorm ka, jamuan rumah ka, jamuan usrah ka jamuan kelas?

apa?
batch?

ohh. ok!

jamuan batch ni, kami buat hari khamis.
lepas solat isyak =DD
buat antara perempuan2 batch u-forts ja. sebab ka lau nak tambah laki, ramai sangat la kot noh.
so, hari tu, kami buat tema kaler purple.
jadi girls in purple lah kan =D
time nak masuk, kena bagi kata kunci.
apa kata kunci dia?
erm, nak tau jugak ka?
haa? nak?
ok la, kata kunci dia ialah SAYA BUDAK COMEY!
haha. kena dak dengan saya?
kena kot noh. haha.
then masuk2 tu, ada ucapan2 dari pkb, anis shazwani.
lepas tu main kotak beracun. memang lawak habis arhh.
then, makan! beratoq ikut bulan lahir. nasib lah saya keluaq awai la jugak kan. tak la lambat sangat ambik makanan. tambah 2 kali la jugak. =DD
menu? mee goreng yang sedap! dan ayaq teh. makanan tambahan disediakan oleh ahli u-forts.
sambil2 makan, ada buat pertukaran hadiah.
ok, saya dapat hadiah yang sangat comel dari mastura!!
terima kasih mas =DD
habis2 tu, kemas semua. balik!
so, over all, majlis ni, syiokk lahh. sebab dapat kump ul dengan batch u-forts kan (:
ok, habis cerita pasal jamuan batch.

pics;

ok. taktau awat jadi lagu ni -.-
latar belakang toilet jugak nak ambik. nasib la bersih =DD

penantian u-forts girls =DD

ok. muka bosan nak tunggu green light masuk dalam =)
awat la yang suka posing tutup mulut. takpaham jugak lah kan T__T

ok. poyo sebab tak pernah pakai tudung arini. pakai syafirah punya, jadi pulak.
syiok tangkap gambaq. haha. =DD


jamuan rumah pulak.
jamuan ni, diadakan pada hari rabu.
thats mean, sehari sebelum jamuan u-forts laa.
jamuan ni, walaupun ahli rumah jer terlibat tapi best lahh.
first tu, ada ucapan la macam biasa.
dari cikgu dalina, and encik hazmie faris kita nih.
cikgu dalina sebagai guru rumah, hazmie pulak sebagai ketua rumah.
ok, depa punya ucapan simple jea. maybe nak makan cepat lah kot.
then, saya pun pi la tolong attas cedok kuah dekat orang ramai.
menu? kuetiau tomyam and ayaq oren!
pergh, kuetiau dia sedap gaban la kot, sampai saya makan tinggal mangkuk ja =DD
lepas tu, hentam makan cendol and kek.
sambil2 makan, adek2 buat persembahan nyanyian. comel je depa nyanyi!
lepas tu, geng khairan buat persembahan nasyid.
nasib lah kan sebab geng nasyid ramai rumah Othman =DD
lepas nasyid, Azam buat persembahan pulak.
walaupun tak dengaq apa dia nyanyi, tapi nampak dia cooliooo gilaa!
dengan keyboard dia. aisehh, pendiam saja, tapi ada bakat woh!
ok, lepas tu junior form 1,2,3,4 bagi hadiah kat batch Extesso rumah othman.
mug yang ada gambar batch extesso and lakaran oleh saya, attas, pikah dan nazlia.
cantik woh!
teruja sebab hazmie faris dengan kak fuzoh dapat corak yang saya lukih!!
heh. =DD
ok, lepas tu geng form 4 pun kemas dewan sebab esok tu dah kena susun meja untuk spm =DD
time berkemas ni best gilaa, sebab saya dapat belon serantaii dari iswar la kot nama dia (: and saya posing dengan belon tu macam budak2. and saya main kejaq2 dalam dewan.
BOLEH BAYANG DAK?
haha. syiokkk!
aiman, zaki, semua komfem tengok pelik!
tapi, apa saya kesahhh. muahaha.
ok. lepas tu balik. tapi tak teroih tidoq! posing dulu dengan belon. haha. =DD
ok habis cerita.

pics!

ok. percaya la kata ni semua saya yang lukih!
serius tak tipu.
heh! boleh bukak kedai hadiah dah la macam nih (:

ok. sibuk membungkus hadiah and mencorakkan hadiah untuk batch Extesso =DD

time jamuan =D
dapat belon banyak!

persembahan from khairan and encek azam!


jamuan apa pulak entahh?
haa! jamuan kelas.
jamuan ni, diadakan hari sabtu.
time prep malam =DD
ok, jamuan kelas quite interesting lahh.
awai2 tu macam biasa, ucapan dari kt, amir rosli.
lepas tu, ada buat potong kek. amir dengan shahirah potong kek yang berasingan and kek tu sangat2 super cantik lagi sedap! =D
ok, sweet laa. ehem, bukan makna kapel tu semua ok. sweet la sebagai ketua dan penolong kelas 4 ihsan!
then makan. =DD
ok, menu? kuetiau goreng basah, ayam panggang DM and ayaq bandung cincau!
pergh, sedappp. rasa nak tambah. tapi SEGAN sebab ada lelaki. haha.
sambil2 makan, ada pertukaran hadiah!
ok, saya dapat hadiah yang best la jugak la.
album gambaq and buku nota kecik!
ok, comel sebab cover depa gambaq nemo and mickey mouse =DD
lepas ambik hadiah, ada buat anugerah2 sikit.
ok, dalam anugerah ni, budak perempuan punya la jujur. bagi anugerah memang ikut karekter laki tu la, tapi budak laki, Ya Allah, perli bukan main.
ok, percaya dak saya dapat anugerah perempuan PALING BERKALIBER?
percaya dak? percaya dak? ok, takpa, tolong percaya sat nouh =DD
ok, untuk hadiah anugerah ni, semua dapat hadiah sama ja. frame yang comel la jugak!
kecik jaa.
lepas tu, kami main teka-teki.
ok, laki main bohong, tapi takpa, perempuan bagi chance =DD
last sekali, kami bergambar sakan lah kan.
ok, nama ja kelas BADAR ( ehem, dapat gelaran ni, sebab ramai sangat badar dalam kelas ni, ok saya tak termasuk ) tapi, bila mai tang gambaq, masyaAllah macam takdak badar. memang lawak ahh. penat senyum semua ada.
over all, semua best lah!

pics!

ok. tulisan kartun ni milik mutlak nurya!
heh, ok, yang ikan pari besaq tu bukan saya lukihh.
itu adalah akibat edit gambaq yang keterlaluan. hehe. =D

makanan yang banyak macam orang ada 100 orang jer =D
yang IHSAN tu, kerja saya lah tu. hehe.

ok, kek ni lawa sungguh. macam kek kahwin pun ada jugak.
yang penting! coklat dia sedap.
macam coklat beli kat langkawi. (:


ketua tingkatan dengan penolong ketua tingkatan potong kek (:
ok, sweet sangat penjaga kami nih ^^

ahli 4 ihsan yang coolioo =DD
<3


ok next, jamuan usrah pulak la noh.
ok, jamuan ni simple jea.
buat hari jumaat petang lapas asaq.
duduk kat wakaf tengah asrama. atas tikaq mengkuang!
ok, sangat simple but nice.
gabungan antara usrah kak ain and 3 orang kak lagi.
kak ain tu naqibah saya yang terbaik!
seperti biasa, ucapan dari keempat2 orang naqibah.
then makan2.
menu?
kuetiau goreng basah dan ayaq anggur =D
ok, tak makan sangat pun, sebab baru je lepas melantak.
sambil2 makan, kitorang ahli usrah kena tulis kat satu kertas tentang kelebihan dan kekurangan kak naqibah. ok, saya rasa saya banyak puji je kot. =DD
haha. lepas tu wakil setiap usrah and setiap form kena buat ucapan.
ok, dalam usrah kitorang ada form 4 and form 5. so, saya jadi wakil untuk form 4 dalam usrah kak ain. bagi ucapan punya la merapu =DD
tapi yang penting syiokk!
lepas tu, chiow awai2 sebab tak solat asaq lagi.
haha. =DD
ok, habis cerita pasal usrah.


lastly, pasal jamuan dorm!
ok, jamuan dorm sangat2 simple.
sebab apa?
sebab buat kat kantin.
and masakan ialah dari mak saya sendiri!
pergh, sedap terok la kot kan mak masak sampai saya tambah dua kali.
ok, jamuan ni buat hari jumaat jugak, dalam pukul 4 macam tu. hari yang sama dengan jamuan usrah =DD
ok, mak masak spaghetti goreng yang sangat mantap!
abah pulak goreng kentang and cucoq udang yang triple sedap!
lepas tu, pekena pulak ayaq ribena dengan durian belanda.
memang power habis ahh.
ok, dorm ni kami makan ja lebih. tak buat apa2 sangat pun.
yang penting, perut kenyang, hati pun suka.
Alhamdulillah =DD


ok. taktau nak cerita apa dah. panjang sangat dah kot.
ok, layan gambaq kat bawah nih;


ok, ni hadiah yang dapat sumber dari pertukaran hadiah =DD
yang frame tu, hadiah anugerah!
yang mickey and nemo tu hadiah kat kelas and yang bunga kembang semacam ni hadiah dari batch =DD


ok, dulu pernah janji kalau ada hadiah birthday nak post dalam blog.
so, masukkan sekali lah nahh.
ok, yang no 1 tu dari anas.
yang no 2 tu dari kak ain =DD simple but nice!
yang no 3 tu dari chaer! ok, gambaq diblurkan atas sebab2 tertentu =DD
yang ke 4 tu hadiah dari matsem!
so all, thanks yaa =DD

ok, kat bawah ni hadiah persahabatan pulak =DD

yang ni hasil usaha kreatif mak saya dekat sekolah.
umi attas!
haha.
cantik kann =DD sukaa gilaa.
saya suka main cabut2 dia punya bunga lepas tu gam balik.
haha. kesian dekat attas. maaf yaa =DD


ok, yang angry bird garang and the clumsy smurf comel tu dari cik chaer yang tersayang
sebagai balasan saya bagi keychain aiz.chaer tu. kat belakang ada tulis BFF (:
comel tau! and mahal la jugak.
keychain tu saya beli dua, kat chaer satu, kat saya satu. saya punya kaler pink.
lagi comel ok!!
chaer, always positive in your life!
=DD


ok, lastly!!!

serius naik pening tengok gambaq nie.
taktau la awat jadi peraq sampai jadi lagu ni.
tapi, macam comell jaa.
hahaha.
ok. saya tau. PERASAN =DD


heh. akhirnya, boleh jugak buat post panjang2 yang boleh bagi orang mengantuk =DD
dah lepas gian nak cerita macam2.
and sedar tak, banyak gambaq yang di edit!
heh, lepas gian nak edit gambar.
sebab hari ni internet laju. upload kat blogger pun takde problem.
jadi line clear arh =DD
terimakasih kepada blogger dan picnik!
terimakasih kepada tempat shooting hadiah (atas katil dengan cadar PINK yang baru dipasang!)
and terimakasih kepada semua pelajar ikups.!


p/s: kepada form 5, all the best SPM! tak terlambat lagi kot noh. hehehe.
p/ss: tadi jumpa hazwan! teruja dia tegoq. haha, ingat dah lupa. ingat dah sombong. =DD ok, ingat kenangan kat atas bukit time kecik2 bila jumpa mamat nih (:

0 kata kamu: