THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20130406

A- untuk Bahasa Arab 2361 .


" Bahasa Arab adalah bahasa Baginda "

Dari Form 1 , aku kurang gemar Arab . Bukan sebab bahasa dia tak indah , tapi sebab , agak susah nak belajar bahasa Arab ni :)
aku tak expect pun nak masuk sekolah agama waktu Form 1 , yela aku ni brutal tak ingat dunia kot waktu sekolah rendah dulu . Family pun , bukan dalam golongan dari sekolah agama kann ? tapi Allah nak hantar aku juga , supaya aku tak jauh tersimpang , supaya aku dapat menegur apa yang tersilap , apa yang terkhilaf dalam keluarga aku . mungkin ? Al-Quran aku pun tunggang langgang je dulu . Waktu first masuk sekolah agama , sedih sei tak lancar baca Al-Quran . Form 1 pun masih dok bertatih lagi . -----> padan muka siapa suruh ponteng kelas mengaji waktu sekolah rendah . erk -,- usaha-II , Alhamdulillah , sekarang dah okey sikit . Malah , dengan baca Al-Quran jugak , aku mantapkan bahasa Arab aku . Baca sehelai , then baca terjemahan . Al-Mathurat dan maksudnya aku hafal . Sungguh , memang membantu dalam peperiksaan :')
Ajaib kann ?
Ustazah Wan , Ustaz Ghani , Ustazah Norshimah , Ustazah Ann Surina , Ustaz Razak , Ustaz Suhaimi dan Ustazah Rokiah *amboi ramainya ustaz-ustazah Arab aku -,- .
mereka semua ni , sangat berajasa dalam mengasah minat aku dalam bahasa Arab .
dulu aku derettttt dapat C ja , paling hebat pun , B la kott .
ingat waktu Form 4 nak lepas Arab , sebab dapat tawaran Sains Tulen dekat I-Kups . 
Kamus Arab pun dah ditinggalkan kepada Solehah di SMKAS . *sebab yakin sangat tak ambil Arab .
Tiba-II cikgu panggil suruh tukar kelas , sebab mak minta tukar ke aliran sains tulen agama . kecut wei kecut -,- dengan kamus takde , buku Arab dah tinggal kat agama sik . bukan satu dua , semua pulak tu . adoyai -,- apalah nasib . then , belajar la bertatih-tatih .
serius , Arabic is fun !
nikmat bhai belajar Arab , sebab apaa ? sebab dia bukan bahasa yang kita selalu guna di Malaysia , macam BM BI , dia bahasa yang kita guna dalam Al-Quran (':
apa-II nak rujuk , hukum tatabahasa , semua rujuk dalam Al-Quran . contoh dalam al-quran dan lepas tu kita cuba buat ayat kita sendiri . *that's how my ustaz and ustazah taught . kalau ada kekeliruan baris dalam al-quran kitorang bincang ramai-II dan last-II faham dengan topik yang kita belajar .
seriusly , Arabic is awesome !
waktu upper form , aku first time A Arab waktu Midterm Form 5 .
Sebab A Arab waktu midterm Form 5 , teroih kena lantik jadi tutor -,-
terkejut aku bhai , aku bukan reti . A tu pun A nasib je . Last-II aku panggil seorang yang terror Arab , tapi tak jadi tutor sebab dia tak perform time midterm tapi time exam lain dia perform , jadi tutor bersama aku :') kiranya , sepakat laa .
Oral Arab ? SUSAH -,- aku ni lidah berbelit . macam dalam lagu tu --> aku pelat tak bisa bicara seperti kamu , lidahku panjang berpintal-pintal *aiceh .
tapi aku usaha jugak la , last-II boleh la jugak cakap sikit-II , tapi sleng Melayu la . hihi .
btw , Ustaz Suhaimi is a quite awesome teacher . Beliau sgt comelllllll ! dan kadang-II agak poyo jugak . hihi .
Ustazah Rokiah pula berbeza dengan Ustaz Suhaimi . beliau sangat aktiffff dan lawak :')
apa-apa pun , mereka banyak membantu aku dalam menyukai Arab :')
dan aku sangat bersyukur , Allah beri peluang untuk aku mempelajari bahasa indah ni .
Aku harap aku dapat teruskan mempelajari Arab *sebab tu la aku minta usim , uia , mesir ke jordan .
dan dengan kesungguhan ustaz-ustazahku mengajar aku , serta kesungguhan aku untuk mempelajarinya , Alhamdulillah , aku memperoleh A- (':
mungkin korang rasa tak hebat , tapi bagi aku , ini satu pencapaian yang sangat aku hargai :')
bukan senang nak dapat A- bagi perempuan melayu yang tak berkamus macam aku ni . hihi .
apa-apapunn , kepada ustaz-ustazah , terimakasaih yang teramat :)
dan maafkan kekhilafan diriku .

terimakasih jugak kepada Aiza kerana membantu aku menjadi tutor dalam kelas tutor tutee .
jasamu dihargai :D

3/12/12 [ Isnin ]

( Kertas 1 )
8.00 am - 10.30 am

( Kertas 2 )
11.15 am- 12.30 pm

till then .

p/s : ustaz suhaimi dah pindah dari ikups .
sumpah sedih -,-

2 kata kamu:

Anonymous said...

Assalamualaikum dear ukhti , ismi hafizah , enti sekolah agama di mana ya dulu ?

ayna nurya said...

Wasalam , menengah rendah ; smka sik , menengah atas ; sbpi kubang pasu