" Saya nak mengajar awak semua supaya masuk ke hati , bukan untuk menjawab peperiksaan sahaja "
[ Ustazah Jailah ]
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ;)
subjek ni merupakan subjek kegemaran aku sejak tingkatan 4 lagi .
kenapaa ?
sebab dulu aku minat subjek ni , sebab aku suka Ustaz Zul . Bukan suka cintaa tu . Suka cara dia mengajar .
Dalam lawaknya , ada tegasnya . Dalam garangnya , ada sayangnya :)
sungguh , aku rindu gila ustaz Zul .
Waktu aku pindah masuk I-Kups , aku rasa sedih sangat sebab takleh belajar dengan Ustaz Zul dah .
tapi , dengan memegang motivasi semua perkara ada hikmahnyaaa , maka akukuatkan diri aku .
waktu first masuk kelas Ustazah Jailah , kecut perut beb . Muka dia , garang oi . Tapi sungguh lah perangai Ustazah Jailah sepesennnnn dengan Ustaz Zul .
Dalam lawaknya , ada tegasnya . Dalam garangnya , ada sayangnya :)
Ustazah suruh kitorang berdiri waktu first kelas tu , lepas tu dia tanya soalan dekat kami semua . Siapa jawab yang first boleh duduk . Kebetulan , ustazah tanya soalan yang sama dengan ustaz tanya dekat aku sebelum aku pindah . Dengan pantas aku pun jawab . Dah budak baru , jawab first pulak tu . semua orang tengok pelik je dekat aku . Lepas tu , ustazah tanya , kamu dah baca ke topik ni ? aku pun angguk je la . Padahal aku dah belajar dah topik tu (':
hihi .
waktu ujian topikal 1 form 5 , aku dapat 100 dalam subjek ni .
Ustazah seronok tak kira la kan , sebab ada jugak wakil yang dapat seratus .
Aku tak rasa apa pun , sebab tu baru ujian topikal , tak banyak benda lagi yang kitorang belajar pun .
Then , makin hari aku makin menurun . 95 , 88 , 85 . Ustazah macam kecil hati dengan aku . Tapi aku buat biasa je , sebab aku puas hati dengan markah aku tu , berpadanan dengan apa yang aku usaha . Mungkin aku usaha tak cukup kuat , tapi aku dah usaha seboleh yang aku boleh :')
dan Alhamdulillah , SPM ni aku memperoleh A+ dalam subjek ni .
Apa yang aku suka tentang subjek ni ?
aku tak pernah tumpu dalam bahagian tamadun dan hadis .
sebabnya , yang wajib jawab soalan struktur 4 bahagian je . Jadi aku khatamkan 4 bahagian ni . Bahagian tamadun dengan hadis pulak , aku berserah je la dekat pengetahuan semasa usatzah sedang mengajar . Kalau nak salah pun , soalan bulat-II je yang akan aku salah .
Alhamdulillah , dengan kaedah aku ni , aku dapat 18/20 soalan objektif waktu SPM . yang salah adalah satu soalan tamadun , dan satu soalan ilmu hadis :)
apa-apa pun , Ustaz Zul dan Ustazah Jailah , mereka banyak membantu aku .
waktu aku sedih , Ustaz selalu datang buat lawak dia dekat aku . kalau aku buat salah apa-II ke , dia mesti akan backing . Ustazah Jailah pulak , sentiasa ada waktu aku sakit . I mean it , SENTIASAA . waktu aku gastrik , dia ada . waktu aku migrain , dia ada . waktu aku demam , dia ada . pendek kata , semua waktu aku tenat , dia datang membantu aku .
oleh itu , berjuta terimakasih aku ucapkan kepada mereka berdua .
sungguh jasa mereka tidak dapat kubalas (':
dan maafkan diri ini , andai sering menyusahkan kalian , serta melakukan kekhilafan yang tidak sepatutnya .
(':
5/12/12 [ Rabu ]
2.00 pm - 4.30 pm
till then .
5/12/12 [ Rabu ]
2.00 pm - 4.30 pm
till then .
p/s : waktu aku pindah , Ustaz Zul cakap , " Alaa , nanti siapa nak teman Ustaz pergi London . Aina seorang je kekasih Ustaz kat London *buat muka sedih " . sweetkan Ustaz aku sorang nih (':
3 kata kamu:
ex ikups? owh..
Aah
apa 4 bahagian yg awak khatam tu?
Post a Comment