" Sejarah ingin agar kita tidak mengulangi kesalahan pada masa silam dan mengambil pelajaran untuk digunakan supaya membangun di masa kini. "
[ Yusri Abdul Ghani Abdullah ]
Alhamdulillah , dalam subjek sejarah , aku berjaya memperoleh A+ .
Memang target aku A+ , dan Allah memakbulkan permintaan aku :')
Terima kasih Ya Allahatas nikmat-Mu ini .
Betul , ramai orang menangis lepas jawab kertas sejarah .
Sebabnya ? Apa yang dispotkan , hanya 45% saja yang masuk . Mungkin kurang daripada 45% .
Sewaktu menjawab pun , aku macam terkial-kial juga mengingat fakta . Sungguh aku rasa putus asa sangat waktu jawab soalan struktur . Esei pun samalah . Lepas tu , aku ambil masa pergi ke tandas , basuh muka . Duduk di tempat aku balik , dan bertenang . Tengok Ilham di depan , dia jawab semangat je .
Jadi aku kata pada diri aku , " Tak boleh jadi ni , Am jawab soalan tu macam senang je " so , aku pun usaha mengerah ingatan aku . tulis je apa yang aku tahu . Hentam je jawapan apa yang mahu . Asalkan tiada tempat kosong yang aku tinggalkan . Tulisan aku biarkan kemas . Yela , dan la jawapan pun macam tak betul , takkan nak buat tulisan cakar ayam pulakkan ? Menyesal dah sebab buat tulisan cakar ayam waktu subjek BM . tak nak ulangi kesilapan lagi . Waktu menjawab tu , sejarah tingkatan 1 , 2 dan 3 yang tak penting untuk diingat pun Allah berikan aku peluang untuk ingat balik . Syukurlah :')
Kertas satu aku dah kira aku dapat berapa sebelum aku menjawab soalan kertas dua , sebabnya ? Aku nak target , berapa lagi jawapan yang aku perlukan untuk betul supaya dapat A . Alhamdulillah , Kertas 1 aku dapat 34/40 . Biar pun tak banyak , tapi dapat menaikkan semangat aku juga .
Waktu serah kertas , sungguh aku redha dengan keputusan .
Dan aku taknak keluar dewan dengan tangisan . Biarlah aku tersenyum , even soalan tu memang susah pun actually .
Jadi , bila semua orang menangis dekat aku , aku pun cakap . insha-Allah gred turun , aku senyum :')
mesti korang tanya kenapa depa teriak dekat aku kann ? sebabnya , aku ni tutor sejarah . Jadi , tutee aku mengadu la dekat aku , depa takboleh nak buat . aku pun sedih , tapi aku nak tumpu untuk subjek seterusnya . Apa-apa pun , Alhamdulillah keyakinan aku membuahkan hasil . Dapat jugak aku peroleh A+ untuk Sejarah . Nurin kata aku ni minat subjek membaca , bila fikir balik , memang pun :')
hihi , better than Mathematics I think .
btw , beribu terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Aziah , Cikgu Mariam , Cikgu Rosmini dan Cikgu Saida .
sungguh , kalian sangat berjasa (':
dan , memang betullah aku minat subjek membaca :)
aku jarang tidur dalam kelas Sejarah .
dalam sebulan , mungkin sekali , mungkin dua kali .
tapi tak kerap .
semoga kalian memaafkan kekhilafan diri sepanjang aku menjadi anak murid mereka .
sungguh , merekalah yang terbaik (':
7/11/12 [ Rabu ]
( Kertas 1 )
8.00 am - 9.00 am
( Kertas 2 )
10.00 am - 12.30 pm
till then (':
p/s : Cikgu Saida dah pindah dari I-Kups )':
maka lepas ni susah la nak jumpa . adoyai .
0 kata kamu:
Post a Comment