THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

me. age at now =DD

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:)

y.o.u ! my follower =DD

you. likelike!

20130425

Thankyou Allah .


" Sabarlah dengan dugaan hidup "

ohoi , kengkawann .
Alhamdulillah , kali ni aku nak sembang paseii .

Alhamdulillah , aku dapat temuduga biasiswa Yayasan Zakat Kedah :')
doakan aku berjaya ye dalam temuduga tu , insha-Allah .

dan , aku dapat tempat di Kolej Matrikulasi Selangor .

sekarang , aku tengah tunggu keputusan UTP yang akan keluar 30hb ni .

dan Alhamdulillah jugak , aku dah dapat tempat di University of Alexandria , Egypt dalam bidang perubatan .
MedicMesir yang uruskann .

btw , this week gonna be a tough week for me .

26hb Apr - latihan kereta .
27hb Apr - persediaan temuduga .
28hb Apr - temuduga Yayasan Zakat Kedah .
29hb Apr - ujian JPJ . *doakan aku berjaya inikalilahh . heee .
30hb Apr - keputusan UTP
1hb - akad nikah kak Azimah .
4hb - kenduri Kak Azimah .
5hb - hari PRU 13 ! oyeahh . 
okey , lepaih je hari PRU ni aku lapang selapang lapang nyaa .
hee , mungkin ><
so siapa nak jumpa aku , tgk wayang ke , lepak ke , shopping sesama ke , nak buat reunion ke .
sila buat appointment dulu.
*aicehh .

k till then .

p/s : doakan aku berjaya dalam apa juga perkara yang aku lakukan tambah-II dalam usaha nak dpt biasiswa Zakat Kedah + dapat P lesen kereta !

teringinn kot nak bawak kereta sendiri luaq dari Mustika Muhibbah -.-
 
 

20130423

sekitar majlis MAC :")



 " Kadang-kadang , luka menyebabkan kita bangkit "

ni hao maa ?
okeyla , kali ni aku takmau tulih pepanjang , cukuplahh hanyaa berkongsi apa yang patut .
yelaa , gambar pun curi dari org je -,-
btw , gambar kali ni pasal Majlis Anugerah Cemerlang baru-II ni .
terimakasih kepada pihak sekolah kerana menjemput diri ni . hew .
tak sangkaa pun actually .
btw , enjoy the pics bebeh :")


 tu sempat lagi aku masuk campur -,-

 nak buat satu tambah satu samadengan gwiyomi , tapi tak jadi pulak -,-
isk .

 aku rasa mcm ayu sangat gambaq ni . *muntahh.

ni geng cerdik pandai haa . aku tu masuk campur je --'
 
okey , ni summary semua gambaqq .
marah sara sebab dia buat gambaq sampai jadi lagu ni .

bergambar dgn cikgu nurul .
hew . :D

apa-II pun , terimakasih Sara dan Nabihah atas sumbangan gambar ini . hew .
okey chiaww !

till then .

20130414

hang out time !


" Quran is beautiful . It makes me happy when I’m sad , relaxes when I’m stressed , supports when I'm weak . Allah's words are so beautiful "

hai semuaaa ! APA KHABAR ? harap semua sihat wal afiat lah ye , insha-Allah :')
aku ? hm , dok perit tekak dari pagi tadi lagi .
taktau paseipaa . penangan 3 scoop aiskrim natural new zealand semalam lah kot XD
hee .
btw , today I had a really great day bebeh . kenapa ehh ?
sebab aku dapat hang out dengan kawan-II aku semua . hee .
first time kot hang out dgn girls ONLY kat jitra . berdikari lah katakann -,-
btw , yang ajak aku keluar ni atikah , so thanks to her for inviting me :)
bestt sangaaatt . *dgn nada tersendiri .
so , yang hang out dengan aku hari ni ialah atikah , haiza , zakiyah , farzana , aqilah , mimie , nadhirah :) ada certain la yang aku tak kenal , tapi tadi dah kenal dah la semua . hee .
anyway , kitorang rancang nak kumpul dekat stesen bas changlun pukul 8.30 pagi . tapi last-II pukul 9.15 pagi baru semua berkumpul . makanya , bas pukul 9.00 pagi dah terlepas , so tunggulah kitorang bas pukul 10.00 pagi . dalam 10.30 pagi , kitorang sampai jitra . then kitorang pun dengan semangat meluru masuk untuk membeli tiket wayang . lepas bincang semua , kitorang separate la , atikah , aku , nadhirah  farzana dan aqilah tengok cerita oblivion lakonan PAKWE AKU TOM CRUISE YANG HENSEM . eh . haha , zakiyah , mimie dan haiza pulak tengok cerita dua kalimah yang aku dah tengok dengan nurin hari tuh . 
lepas beli tiket tuh , kitorang pi makan kat bawak . Aqilah belanja . hee , aku yang sakit tekak ni terpaksa la minum ayiaq barli suam je . then makan kuetiau goreng .
lepas makan-II semua , kitorang pi window shopping sementara nak tunggu mula wayang  .
then , pukul 12.10 tengah hari , kitorang pun masuk panggung .
cerita oblivion , hm sedikit memeningkan , dan takde la best sangat macam cerita tom cruise sebelum ni . hee , menyesal pulak tak tengok cerita G.I Joe . 
lepas tengok wayang , kitorang pun pi solat Zohor :')
lepas solat Zohor , kitorang pergi ke Tutti Frutti . *harap A.A tak jealous , muehehe -,-
lepas melantak frozen yogurt yang mahal tu , aku dengan atikah masuk aneka balik untuk shopping .
I got 4 shirts , 1 sweater and 1 scarf . *SO HAPPY . hew .
lepas shopping kitorang solat Asar , then pergi Pizza Hut .
makan pizza yang banyak cheese tu .
sedap la jugak .
makan cepat-II je sebab nak kejar masa takut bas tinggal .
malangnyaa , kat stesen bas ada pasar malam pulak , jadi kitorang pun macam blur nak cari bas kat mana , so kitorang rancang naik teksi je la namanyaa :')
so , Alhamdulillah , selamat sampai Changlun pukul 6.30 petang .
tambang Changlun pun takde la mahal sangat , RM 5 / orang .
better daripada tak boleh balik langsung . yedak ?
btw , today is an awesome day for me bebeh :') 
sukaa sangaaat .
hee .
thankyou all for inviting me although I'm not a SMKBBS students .

pictures :')

 OBLIVION :D

 dalam panggung . hee -,-

 sweet tak kami ? hew .

 yang oren tu aku dengan atikah punya . *punya la kedekut sampai kena berkongsi , -,-
 
 our inovative , our creativity ;')

 me with atikah . yummy :D

 senyum semuaa !

double peace yaw !

 macam ni la gaya org peraq >.<

 atikah , me , farzana , aqilah .

 shopping XD

 
 otw nak pergi solat Asar .
sempat lagi posing + masuk campur .

 masuk campur lagi >.<
I love taking picture . hee .

 apalah motif ?

  makan di Pizza Hut . hee .
*baru je lepas makan semalam dengan family .

 sharing is caring .
share the soup !

 soup kami paling cepat habis . huwa T.T sedih .

 tara ni pun boleh ? ish -,-

 bajet hadiah aku nak bagi dekat atikah kot -,- hee .

 ni la apa yang aku beli . keychain tu , kitorang semua dapat tanda persahabatan . 
heee :')

till then .

p/s : aku jumpa acap mazli , tapi tak tegur pun sebab malu , harap dia tak anggap aku sombong . hew -,-

20130412

Apply .


" Bukan susah nak susah , bukan senang nak senang "

hai awokk semua , setelah berhari-II berehat daripada post yang banyak hari tu ,  malam ni aku nak posting pasal tajuk di atas :')

Apply , ramai sangat tanya aku " hiangg apply mana Aina ? "

mai aku nak jawab , jangan dok tanya dahh XD hee~

First , aku apply MARA .
untuk course medicine di Jordan dan RCMP .
dan , keputusan dah keluar tadi ,
dengan d/sukacitanyaaaa dimaklumkann , aku takdapat interview dia .
sedih ? oh , mestilah beb , tapi aku yakin , rezeki itu ada dimana-II saja :')

Second aku apply UTP .
dalam bidang petroleum engineering dan petroleum geosains .
Alhamdulillah , aku dipanggil untuk pergi ke educamp esok ( 13 April ) di Perak .
doakan aku ye rakan-II :')
semoga aku dapat tawaran ke UTP nih , Amin !

Third , aku apply Biasiswa Zakat Kedah .
dalam bidang medicine di Mesir .
doakan aku supaya dapat tawaran interviu dan belajar sekali ye :')

Fourth , aku apply pinjaman Yayasan Islam Negeri Kedah .
dalam bidang medicine di Mesir juga (':
kawan-II , doakan aku supaya rezeki aku banyak ye .
risau sangat beb :)

Fifth , aku apply UPU dan minta USIM , UiTM , UM , UIA dan UTM :)
aku harap rezeki aku ada di salah satu universiti .

dan akhir sekali , aku juga apply untuk Matrikulasi .
di Kedah , Pulau Pinang dan Perak .

ye , aku apply je , dan aku berserah pada-Nya .
moga-II Allah permudahkan urusan aku , permurahkan rezeki aku .
Amin Ya Rab (':

till then .

p/s : esok interviu UTP . ketaqq ah -,- 
btw , Encik Afi Bambam nak tumpang pi Perak . Abah kasi entahhh . heee XD
k , semua doakan aku eh .
ILY!
 

20130407

oh .



" Start everyday with a new hope , leave bad memories behind and have faith for a better tomorrow "

tomorrow gonna be an important day for abang su :')
he'll perform lively in ABPBH with Najwa Latiff .
hope he can do well .


chaiyok Abg Su :)

#Syamkamarul supporter .

till then .

20130406

ahh penatnya -,-


" Reading is the only thing we've ever done by the book "

finally , I've done posting about 11 subjects that I take in SPM last year .
Ya Allah , penatttttnya -,- 
btw , this is my challenge ---> posting about the subjects that I take and what grade that I get , one subject , in one post , in one day  :D
kepada junior atau kawan-II yang nak buat benda alah ni , pastikan subjek hampaa tak banyakk .
tidakk , penat macam aku ni . adoyaiii .
btw , this is the summary of my task .

[ click for the link ]


actually , salah susun la pulak kann , patutnya B+ tu dok kat bawah , tapi nvm . dah buat , malas nak tukar . penattttt -,-

btw , i wanna share with all of you what my sis opinion about my result :')

" ....... Another good news i havent gotten around to share is
My sister manage to get 9As and 2Bs for her spm
So proud of her.
Heee
I think its good enough. She did her best.
Hopefully she can get a place and schlor for the next step.
Orang lain suka sangat cakap 'alah, spm tu xde pa pe'
For me, i think for that age spm is crucial
Memang la x dapat result elok pun jadi manusia
Ada orang, dah usaha sebaik mungkin tapi xde rezeki, xpe la. Dah usaha.
But to say xde pa pe? Yea, xde pa pe kalo kau x kejar schlor. Xde pa pe klo kau x nak masuk course2 bagus. Tapi masalahnya, kitorang yang xkaya raya ni, spm sangat la penting. For that age. Yes.
Xpayah kot nak jadi keyboard warrior nak ngejek2 orang yang strive for straight As cakap x berguna pun.
Boring kadang2 baca facebook. Penuh dengan orang yang sok tau, sok bijak, sok segalanya. Let it be lah. Why you have to comment on everything blerghh.
My adik, with just 2 Bs, B+ lagi pun dah susah nak apply schlor sebab banyak minimum requirement dia A-. Sian dia. I hope she does get something she's interested in. Well, there's always matrix kan? Kakak dia ni pon hasil matrix jugak. Hihi.
Dia mintak jugak egypt segala tu. me and ME dah berangan2 nak pi melawat dia. Kehkehkeh. I siap suro dia amik france, so that kitorang boleh la pi euro trip. Mempergunakan adik sendiri. Ngee. ......"

[ grabbed from ; Of spm and homesick ]

she is a great sister , isn't she ?
that's why , I love her very much . 
:') 
till then .

























































B+ for English 1119 .



B+ for english ?
B+ for English ?
B+ for ENGLISH ?
B+ FOR ENGLISH ? 

erkkk -,- 
what the hack bebeh .
 okey , aku sebenarnya , agak terkejut sikit .
er , mungkin banyak kot .
sebab aku aim tinggi untuk BI aku nih .
tinggi daripada aku aim BM aku , sebab apa ?
sebab , aku rasa aku boleh jawab dengan tenang , semangat dan kemas .
tapi apakann daya , dah kat slip tulis macam tu .
aku terima dengan hati yang redha . *ceh redha ka bila pi buat recheck . isk .
bukan apa , aku tahu , aku tak pandai BI macam kakak dengan abang aku sebab diorang dibesarkan di AS . itu bonus untuk depa . depa nak tulis apa-II pun semua in BI . aku ni bertatih-tatih je nak tulis dalam BI . tapi untuk BI hari tu memang aku all out habis . seriously . BI adalah subjek yang aku tumpu habis-habisan daripada subjek bahasa yang lain . boleh kata 80% to BI , 10% to BM , and 10% to BA .
untuk result SPM , aku memang target 9As 2Bs *which mean 2Bs are Chemistry and Biology . bila aku tengok je slip tu , terus aku melompat keseronokkan sebab target aku tercapai . tapi , lompatan aku terhenti disekerat jalan bila tengok yang B tu bukan Biology , tapi BI . 
tapi , mungkin sebab aku terover confident , mungkin memang betul aku punya grammar lintang pukang , mungkin memang betul BI aku worst . 
but I'd try my best . 
I've messaged my teacher , Miss Normala to apologize and she said , " nvm Aina , I believe you can score A in English but  maybe there's something wrong somewhere . "  
yeah , I hope , really hope , my English result will be changed at least to A-  , at least .
insha-Allah . Aminn .
BI B menyukarkan aku memohon biasiswa . sungguh , sangat susah .
apa-apapun , kepada Teacher Rosmah , Teacher Hidayah , Madam Faridah , Madam Mimi dan Miss Normala terutamanya , saya memohon beribu kemaafan , kerana hanya ini yang dapat saya berikan . Teachers semua pagi petang siang malam , korban masa tanda kertas kami semua , dan hanya ini yang dapat saya berikan .
please forgive me )':
dan terimakasihh , atas segala pengorbanan , susah senang bersama-sama kami . terimakasih beribu terimakasihh .
taklupa juga kepada tutor BI ; Sara Fatini dan kadang-II Hidayah , Anisah dan Muhanna turut membantu :D


6/11/12 [ Tuesday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.45 am

( Paper 2 )
10.30 am - 12.45 pm 
till then .


p/s : apa-apapun , aku redha dengan keputusan ni . cuma , aku recheck balik sebab entah-II la boleh ubah ke ? *jangan berhenti berputus asa kata orang :) insha-Allah , doakan aku eh !


B+ for Chemistry 4541 .


" The reason most goals are not achieved is that we spend our time doing second thing first "
[ Miss Sabriza ]

okey , dah masuk ranking B dah , up sikit laa , B+ .
hihi . actually , dah boleh agak dah Chemist takboleh nak dapat A .
sebab apa ?
sebab sebelum exam Kimia adalah exam Fizik ? 
oh mungkin juga .
ke sebab lepas exam Kimia adalah exam Bio ?
ohh mungkin juga .
ke sebab tak buat banyak persediaan ?
ohhh mungkin juga .
ke sebab tak pernah dapat A pun sebelum ni ?
ohhhh , mungkin juga .
sebab yang sebenarnyaa apaaa ?
sebab yang sebenarnya adalah salah diri sendiri . bukan salah orang lain .
salah diri sendiri sebab tak pandai bahagi masa . 
antara bio dan kimia .
salah diri sendiri sebab tak tumpu waktu cikgu mengajar .
tak sertai sepenuhnya experiment yang dibuat .
ya , memang banyak salah diri sendiri .
dan saya akui -.-
Cikgu Asiah , Miss Sabriza , Cikgu Dalina , Cikgu Akmal dan Cikgu Nurul terutamanya .
maafkan saya .  
kerana tidak boleh menyumbang A dalam pelajaran ini .
sungguh , diri ini yang tak berusaha dengan gigih untuk mencapainya .
tapi apa-apa pun , inilah yang terbaik yang dapat saya berikan . 
sungguh , maafkan saya atas keputusan ini .
maafkan saya andai ada kekhilafan sepanjang saya menjadi anak didik kalian .
maafkan saya dan terimakasihh .
kerana tanpa kalian , mungkin result ini lebih teruk daripada B+ .
terimakasihh banyak-II saya ucapkann :')
banyakyang telah cikgu korbankann , tapi hanya ini yang mampu diberikan .
maaf , seribu kali maaf .
terimakasih atas segalanya .
tak dilupakan juga , kepada tutor ; Mawaddah Yaziz .
sungguh , aku sedar aku banyak main-II waktu dia mengajar .
tapi tak ada guna menyesal sekarang .
bagai pepatah , nasi sudah menjadi bubur . 
*amboi aku ni , emo pulak dah . adoyai .

26/11/12 [ Monday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.15am

( Paper 2 )
10.00 am - 12.30 pm

( Paper 3 )
2.00 pm - 3.30 pm

till then .

p/s : apa-apa pun , dalam subjects science , chemistry la yang aku paling banyak buat latihan , tapi apakan daya , rezeki tak menyebelahi . sungguh walaupun B+ , bukan A- , bukan A dan bukan A+ , aku sangat-II bersyukur . Alhamdulillah :')

A- for Biology 4551 .


" Sometimes , the best moment is the worst moment "

 penatnyaaaa nak sampai giliran Biology nihhh -,-
adoyai .
apa-apapun , waktu exam Biology ni , aku rasa , aku memang tak berapa nak yakin aku boleh jawab .
yela , aku banyak tak masuk kelas sebab sakit , study pun banyak tak khatam .
lepas jawab je Bio ni , terus aku kata " ni comfirmmmmm tak A nih -,- " . Aku target Bio aku , B+ ke B ke C+ ke C ke , tak sangka pulak dapat A- :D
kertas 1 aku taktahu la salah berapa , sebab subjects science semua aku tak check . ngeri sangat aih nak check punn . aku cuma berharap dekat kertas 3 aku je . sebab kertas 3 aku yakin dapat 45/50 .
bila buka-II je kertas 2 . Astargfirullah . Aku istighfar pelan-II .
soalan susah . mungkin tak susahh , tapi aku tak baca LANGSUNG topik yang dia tanya .
selak muka surat kedua , ketiga , keempat sehinggalah yang terakhir ,
Astargfirullah , " AKU NAK JAWABBB APA NI ? " sumpah kaget habis ah .
 tengok balik muka surat satu sampai muka surat terakhir .
tangan berat ja nak tulis jawapan .
tapi takpa , HENTAM PI YAKIN DIRI AINA IZZATI .
' Aku tengok Am jawab macam senang je '
jadi , aku bangun , aku pi tandas .
basuh muka .
masuk balik tenangkan diri .
pegang pen , baca Bismillah . " Ya Allah , permudahkan Aku . "
aku tengok soalan dengan pandangan kosong dan tangan aku je yang menulis . entah apa lah yang dituliskan , aku pun tak pasti .
banyak jugak soalan-II yang aku tinggal .
sampai tang esei .
Astargfirullah . Nak jawab esei mana ni ?
kaget kali kedua . masa dah tak banyak .
 tapi , aku yakin Allah akan tolong aku . Sebab usaha aku dekat Bio agak banyak jugak berbanding subjek lain .
Aku pun pilih yang terbaik , tanpa fikir apa , aku mula menulis sambil berdoa " Tawakal tu alallah "
bila habis je jawab esei , aku belek balik mukasurat depan . sampai ke mukasurat terakhir struktur .
jawab apa yang tak terjawab .
hentam dengan penuh keyakinan . hihi .
lepas tu , habis je ayat terakhir aku tulis , pengawas kata masa tamat .
takpe , aku redha lepas tu .
Alhamdulillah , Paper 3 dia agak senang . Jadi aku kampui balik kekecewaan aku waktu jawab Paper 2 . keluar je dewan exam , aku pergi surau . Aku menangis .
Biology adalah satu-satunya subjek yang aku menangis :'l
dan Alhamdulillah , dengan tangisan aku , tanpa disangka , aku dapat A-
biarlah org nak kata result Bio aku ni lekeh , tapi selepas kesukaran yang aku alami dalam dewan exam , aku sangat bersyukur dengan keputusan ni .
terima kasih Ya Allah :')
Cikgu Hafizah , Cikgu Rofidah , Cikgu Akmal dan Cikgu Zahrul , mereka merupakan guru-II Biologi aku .
sungguh , aku berhutang ilmu dengan mereka , dan hutang ini tak mungkin dapat kubalas .
terimakasih cikgu , atas jasamu bersabar mendidikku .
daripada D waktu trial , aku dapat A- .
*trial aku memang teruk sei . aku migrain 2 subjek ---> addmath dan bio .
tapi Alhamdulillah , time SPM Allah jauhkan aku daripada migrain dan gastrik . :)
apa-II pun , minta maaf cikgu , hanya ini yang mampu aku berikan .
Apa-apapun , tak lupa kepada tutor Bio saya , Sakinah dan Sara .


 27/11/12 [ Tuesday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.15 am

( Paper 2 )
10.00 am - 12.30 pm

( Paper 3 )
2.00 pm - 3.30 pm


till then .


A- for Physics 4531 .


" Andai rebah bangkitlah semula . Andai terluka ingatlah janjiNya  " 

PHYSICS !
dalam semua subjects science , aku palingggg suka subject physics . Paseipaaa ?
aku pun taktau .
maybe sebab dalam banyak-II science subjects , Physics paling mudah kot kaedah nak jawab dia :')
lagipun , aku paling tumpu pun dalam kelas physics . and dalam kelas physics jugak aku tak pernah jatuh rebah *maksud aku sakit laa :) so , takde kelas yang aku tinggal , dan kerja sekolah pun siap je aku buat walaupun meniru kann sebab cikgu dia garang nak mampus . *macam biasa dalam garang ada sayang , aiceh .
physics ni waktu form 4 , agak teruk jugak la , C sediaaaaaaaaaaa kan .
bila form 5 , naik taraf sikit . B sediaaaaaaaaa .
time trial aku dapat 69.446%
geram sei , 1 markah lagi nak A- .
lepastu cikgu kata , takpa , ni dah boleh A dah ni time SPM :D
aku pun cool down balik la kann .
so , bila cikgu cakap macam tu , aku dah boleh rasa dah , aku boleh jawab physics , tak kisah la dapat A- je , aku nak cuba jugak seronokkan hati cikgu aku tu . dia dah banyak sangat korban kat pelajar dia .
dan Alhamdulillah , Allah kabulkan permintaan aku . aku dapat la jugak A- .
waktu jawab SPM hari tu pun , aku macam yakin je dengan Physics aku boleh dapat sekurang-kurangnya A- .
btw , Cikgu Abu Khori , Cikgu Hafidz dan Cikgu Zameary , terimakasihhhhhhh yang teramat banyak atas ilmu yang diberikan . maaf jugak atas lawak yang terkadang kasar terkadang lembut :)
Cikgu Zameary , sungguh awesome belajar dengan cikgu . memang daebak lahh , rasa macam ada teknik je nak bagi dapat A even ada je soalan tak faham hari tu . terimakasihh cikgu :)
tak dilupakan juga kepada tutor , saudari ainaa .
dan zubair yang selalu dok bagi soalan spot walau tak kenkadang *sebab mak dia cikgu fizik kan ? hihi .

21/11/12 [ Wednesday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.15 am

( Paper 2 )
10.00 am - 12.30 pm

( Paper 3 )
2.00 pm - 3.30 pm

till then .

p/s : aku tunjuk slip keputusan dekat cikgu zameary , dia nampak A- , dia terus peluk aku *macam pelukan seorang ibu tu ! dia kata okey dah tu .
sungguh aku terharu (':
aku harap dapat peluk cikgu zameary lagi sekali , Aminn !

A- for Additional Mathematics 3472 .


" Jika pernah jatuh tersungkur kerana manusia, bangkit dan bangunlah kembali kerana Allah. Sesungguhnya kekuatan kita hanyalah padaNya "


ahaaa ! Additional Mathematics :D
the killer subject of mine all the times bebeh !
selepas penat lelah menghadapi TIGA kali FAIL , Alhamdulillah , Allah murahkan rezeki aku untuk mendapat A- dalam subjek ni .
biaq pi la orang nak kata lekeh pun A- aku ni sebab apa ? 
sebab aku berjaya bangkit beb !
Trial aku , aku fail kot subject AddMath ni .
sebab subject ni la aku tak boleh minta mana-II time trial , so tak boleh nak buat fast track .
aku menangis tiga hari tiga malam kot sebab fail *lewah .
dan lepas aku fail tu , aku bangkit semula .
latihan aku buat , bab per bab .
bab per bab .
bab per bab .
 sampai la aku sedikit mahir .
aku cari tutor persendirian --> Siti NurBalqis .
aku tumpukan perhatian semasa tutor aku beri semangat ---> Al-Amien 
aku buat soalan past year sampai habis .
aku rujuk semua cikgu AddMath tak kira la aku baik ke tak ;
Cikgu Ara , Cikgu Rizalman , Cikgu Azwani , Cikgu Rizal , Cikgu Aishah .
semua cikgu aku pernah serang tanya soalan .
sungguhlah , nak bangkit dari kegagalan tu penat .
tapi , Alhamdulillah , hasilnya boleh tahan berbaloi :)
aku bukan tak minat AddMath , bagi aku AddMath kinda easy subject . Tapi bila sekali buat mistake , semuanya akan salahhh . dan benda tu la buat aku benci AddMath . And I'm the one who always likes to do the silly mistakes . my bad -,-
tapi apa-apapunn , aku sangat bersyukur dikurniakan cikgu2 yang penyabar melayan kelembapan penerimaan aku nih . 
taklupa jugaa , aku harap mereka boleh maafkan aku atas kekhilafan aku selama ini , even aku rasa aku tak pernah kutuk pun cikgu AddMath , sebab cikgu AddMath semuanyaaaaa awesome bebeh ! tapi , maybe ada kesalahan lain , ye tak ?
akhir sekali , teimakasih tak terkira kepada para tutor ; Aqish dan Al-Amien , siang malam tolong aku , layan kerenah aku , layan rengekan aku . wahh terharu nihhh !
tak lupa jugak , jiran sebelah meja aku , Nabilah yang selalu ajar bab berapa entah . dia memang pakar bab tu :D


20/11/12 [ Tuesday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 10.00 am

( Paper 2 )
2.00 pm - 4.30 pm


till then.

A- untuk Bahasa Arab 2361 .


" Bahasa Arab adalah bahasa Baginda "

Dari Form 1 , aku kurang gemar Arab . Bukan sebab bahasa dia tak indah , tapi sebab , agak susah nak belajar bahasa Arab ni :)
aku tak expect pun nak masuk sekolah agama waktu Form 1 , yela aku ni brutal tak ingat dunia kot waktu sekolah rendah dulu . Family pun , bukan dalam golongan dari sekolah agama kann ? tapi Allah nak hantar aku juga , supaya aku tak jauh tersimpang , supaya aku dapat menegur apa yang tersilap , apa yang terkhilaf dalam keluarga aku . mungkin ? Al-Quran aku pun tunggang langgang je dulu . Waktu first masuk sekolah agama , sedih sei tak lancar baca Al-Quran . Form 1 pun masih dok bertatih lagi . -----> padan muka siapa suruh ponteng kelas mengaji waktu sekolah rendah . erk -,- usaha-II , Alhamdulillah , sekarang dah okey sikit . Malah , dengan baca Al-Quran jugak , aku mantapkan bahasa Arab aku . Baca sehelai , then baca terjemahan . Al-Mathurat dan maksudnya aku hafal . Sungguh , memang membantu dalam peperiksaan :')
Ajaib kann ?
Ustazah Wan , Ustaz Ghani , Ustazah Norshimah , Ustazah Ann Surina , Ustaz Razak , Ustaz Suhaimi dan Ustazah Rokiah *amboi ramainya ustaz-ustazah Arab aku -,- .
mereka semua ni , sangat berajasa dalam mengasah minat aku dalam bahasa Arab .
dulu aku derettttt dapat C ja , paling hebat pun , B la kott .
ingat waktu Form 4 nak lepas Arab , sebab dapat tawaran Sains Tulen dekat I-Kups . 
Kamus Arab pun dah ditinggalkan kepada Solehah di SMKAS . *sebab yakin sangat tak ambil Arab .
Tiba-II cikgu panggil suruh tukar kelas , sebab mak minta tukar ke aliran sains tulen agama . kecut wei kecut -,- dengan kamus takde , buku Arab dah tinggal kat agama sik . bukan satu dua , semua pulak tu . adoyai -,- apalah nasib . then , belajar la bertatih-tatih .
serius , Arabic is fun !
nikmat bhai belajar Arab , sebab apaa ? sebab dia bukan bahasa yang kita selalu guna di Malaysia , macam BM BI , dia bahasa yang kita guna dalam Al-Quran (':
apa-II nak rujuk , hukum tatabahasa , semua rujuk dalam Al-Quran . contoh dalam al-quran dan lepas tu kita cuba buat ayat kita sendiri . *that's how my ustaz and ustazah taught . kalau ada kekeliruan baris dalam al-quran kitorang bincang ramai-II dan last-II faham dengan topik yang kita belajar .
seriusly , Arabic is awesome !
waktu upper form , aku first time A Arab waktu Midterm Form 5 .
Sebab A Arab waktu midterm Form 5 , teroih kena lantik jadi tutor -,-
terkejut aku bhai , aku bukan reti . A tu pun A nasib je . Last-II aku panggil seorang yang terror Arab , tapi tak jadi tutor sebab dia tak perform time midterm tapi time exam lain dia perform , jadi tutor bersama aku :') kiranya , sepakat laa .
Oral Arab ? SUSAH -,- aku ni lidah berbelit . macam dalam lagu tu --> aku pelat tak bisa bicara seperti kamu , lidahku panjang berpintal-pintal *aiceh .
tapi aku usaha jugak la , last-II boleh la jugak cakap sikit-II , tapi sleng Melayu la . hihi .
btw , Ustaz Suhaimi is a quite awesome teacher . Beliau sgt comelllllll ! dan kadang-II agak poyo jugak . hihi .
Ustazah Rokiah pula berbeza dengan Ustaz Suhaimi . beliau sangat aktiffff dan lawak :')
apa-apa pun , mereka banyak membantu aku dalam menyukai Arab :')
dan aku sangat bersyukur , Allah beri peluang untuk aku mempelajari bahasa indah ni .
Aku harap aku dapat teruskan mempelajari Arab *sebab tu la aku minta usim , uia , mesir ke jordan .
dan dengan kesungguhan ustaz-ustazahku mengajar aku , serta kesungguhan aku untuk mempelajarinya , Alhamdulillah , aku memperoleh A- (':
mungkin korang rasa tak hebat , tapi bagi aku , ini satu pencapaian yang sangat aku hargai :')
bukan senang nak dapat A- bagi perempuan melayu yang tak berkamus macam aku ni . hihi .
apa-apapunn , kepada ustaz-ustazah , terimakasaih yang teramat :)
dan maafkan kekhilafan diriku .

terimakasih jugak kepada Aiza kerana membantu aku menjadi tutor dalam kelas tutor tutee .
jasamu dihargai :D

3/12/12 [ Isnin ]

( Kertas 1 )
8.00 am - 10.30 am

( Kertas 2 )
11.15 am- 12.30 pm

till then .

p/s : ustaz suhaimi dah pindah dari ikups .
sumpah sedih -,-

A+ untuk Pendidikan Syariah Islamiah 5228 .


" Walau sehitam mana sekalipun sejarah hidup kita. Selagi bernyawa, selagi itu kita masih berpeluang menjadi AHLI SYURGA. Sollualannabi. "

Alhamdulillah , berkat stay-up aku sepanjang malam dan bersabar atas kerenah pelajar Sains Tulen dan Teknikal yang tumpu subjek lain seperti Kimia dan Fizik , aku berjaya memperoleh A+ dalam subjek Pendidikan Syariah Islamiah (':
bagi aku , subjek ni is tougher than PQS . Sebab apaa ? Sebab subjek ni kena tumpu semua bab , dan setiap bab pulak panjiangggg nak mampuihhhh , dan banyak perkataan-II yang sukar nak sebut + hafal . Tak macam PQS , tumpu 4 bahagian je dah boleh score . bagi Syariah , NO WAY lah ! kena baca semua , A-Z . tapi aku ada je bab yang aku malaihh nak baca macam muamalat tu . munakahat rajin laa , hihi :P
tapi , selalunya , sebab orang tumpu subjek ni sangat , and ingat PQS senang , so kadangII boleh menyebabkan PQS dapat lower than PSI . tapi , ikut kemampuan orang lah kann , ada yang suka PSI tak suka PQS , ada yang suka PQS tak suka PSI , ada yang tak suka dua-II , dan ada yang suka dua-II macam aku nih kannn ? *sila faham akuminat subjek membaca -,- .
Ustazah Hashimah , Ustaz Anuar , Ustaz Zun , dan Ustaz Fakhrurrazi ; depa ni la Ustaz-Ustazah awesome aku semuaa :')
dalam ramai-II ni , aku paling rapat dengan Ustaz Anuar ; sebab dia ex-ustaz smkas dan Ustaz Fakhrurrazi ; sebab dia guru kelas aku :')
Waktu Syariah adalah waktu paling mengantukkkkkkkkk aku . really ? Yes really ! Bukan sebab ustaz ni mengajar slow slow slow , tapi sebab selalunya kelas syariah tu waktu tengah hari , takpun petang . tapi kalau dia letak waktu pagi pun mengantuk jugak , ye tak ? lumrah pelajar nak mengantuk sepanjang waktu . tambah-II subjek agama ni , syaitan banyak dok bertenggek dekat atas mata .
Selalunya , waktu Syariah la aku dok buat loqlaq tak kira tempat ; tidoq dengan nyata , baca novel , sembang , tanya soalan hingga taksempat ustaz nak jawab dan macam-II lagi kerenah yang ustaz perlu layan :') 
apa-apapunn , ustaz-ustazahh ni semuaaaaaaa memang awesome bebeh !
aku sayang depaaa .
depa caring kott , mungkin sebab depa kenal aku sama kann ?
btw , kat sini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada mereka semua sebab sudi mengajar dan melayan kerenah aku (': sungguhlah aku terharu .
taklupaa juga maafkan segala keloqlaqkan diri ini , yang sengaja mahupun tidak sengaja (";

oh , taklupa juga terimakasih kepada tutor PSI : hanim rosli .

19/11/12 [ Isnin ]

( Kertas 2 )
8.00 am - 10.30 am

( Kertas 1 )
11.15 am - 12.30 pm


till then 

p/s : " Ustaz , minta maaf saya selalu tidur dalam kelas ustaz . " 
" Takpa , nasib baik kamu tidur , kalau kamu tak tidur tak ke dapat A+++ nanti . Susah pulakk sekolah ada orang buat rekod nih "
* over ustaz aku pun . hihi .

A+ untuk Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah 5227 .


" Saya nak mengajar awak semua supaya masuk ke hati , bukan untuk menjawab peperiksaan sahaja "
[ Ustazah Jailah ]

Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ;)
subjek ni merupakan subjek kegemaran aku sejak tingkatan 4 lagi .
kenapaa ?
sebab dulu aku minat subjek ni , sebab aku suka Ustaz Zul . Bukan suka cintaa tu . Suka cara dia mengajar .
Dalam lawaknya , ada tegasnya . Dalam garangnya , ada sayangnya :)
sungguh , aku rindu gila ustaz Zul .
Waktu aku pindah masuk I-Kups , aku rasa sedih sangat sebab takleh belajar dengan Ustaz Zul dah . 
tapi , dengan memegang motivasi semua perkara ada hikmahnyaaa , maka akukuatkan diri aku .
waktu first masuk kelas Ustazah Jailah , kecut perut beb . Muka dia , garang oi . Tapi sungguh lah perangai Ustazah Jailah sepesennnnn dengan Ustaz Zul .
 Dalam lawaknya , ada tegasnya . Dalam garangnya , ada sayangnya :)
Ustazah suruh kitorang berdiri waktu first kelas tu , lepas tu dia tanya soalan dekat kami semua . Siapa jawab yang first boleh duduk . Kebetulan , ustazah tanya soalan yang sama dengan ustaz tanya dekat aku sebelum aku pindah . Dengan pantas aku pun jawab . Dah budak baru , jawab first pulak tu . semua orang tengok pelik je dekat aku . Lepas tu , ustazah tanya , kamu dah baca ke topik ni ? aku pun angguk je la . Padahal aku dah belajar dah topik tu (':
hihi . 
waktu ujian topikal 1 form 5 , aku dapat 100 dalam subjek ni . 
Ustazah seronok tak kira la kan , sebab ada jugak wakil yang dapat seratus .
Aku tak rasa apa pun , sebab tu baru ujian topikal , tak banyak benda lagi yang kitorang belajar pun .
Then , makin hari aku makin menurun . 95 , 88 , 85 . Ustazah macam kecil hati dengan aku . Tapi aku buat biasa je , sebab aku puas hati dengan markah aku tu , berpadanan dengan apa yang aku usaha . Mungkin aku usaha tak cukup kuat , tapi aku dah usaha seboleh yang aku boleh :')
dan Alhamdulillah , SPM ni aku memperoleh A+ dalam subjek ni .
Apa yang aku suka tentang subjek ni ?
aku tak pernah tumpu dalam bahagian tamadun dan hadis .
sebabnya , yang wajib jawab soalan struktur 4 bahagian je . Jadi aku khatamkan 4 bahagian ni . Bahagian tamadun dengan hadis pulak , aku berserah je la dekat pengetahuan semasa usatzah sedang mengajar . Kalau nak salah pun , soalan bulat-II je yang akan aku salah .
Alhamdulillah , dengan kaedah aku ni , aku dapat 18/20 soalan objektif waktu SPM . yang salah adalah satu soalan tamadun , dan satu soalan ilmu hadis :)
apa-apa pun , Ustaz Zul dan Ustazah Jailah , mereka banyak membantu aku .
waktu aku sedih , Ustaz selalu datang buat lawak dia dekat aku . kalau aku buat salah apa-II ke , dia mesti akan backing . Ustazah Jailah pulak , sentiasa ada waktu aku sakit . I mean it , SENTIASAA . waktu aku gastrik , dia ada . waktu aku migrain , dia ada . waktu aku demam , dia ada . pendek kata , semua waktu aku tenat , dia datang membantu aku .
oleh itu , berjuta terimakasih aku ucapkan kepada mereka berdua .
sungguh jasa mereka tidak dapat kubalas (':
dan maafkan diri ini , andai sering menyusahkan kalian , serta melakukan kekhilafan yang tidak sepatutnya .
(':

 5/12/12 [ Rabu ]
2.00 pm - 4.30 pm

till then .

p/s : waktu aku pindah , Ustaz Zul cakap , " Alaa , nanti siapa nak teman Ustaz pergi London . Aina seorang je kekasih Ustaz kat London *buat muka sedih " . sweetkan Ustaz aku sorang nih (':

A+ for Mathematics 1449 .


" Allah , math ni kacang je kann ? "
[ Cikgu Kamaliah ]

Mathematics , believe it or not , dulu aku paling benci subjek ni .
Sebabnya ? Aku tak suka dengan nombor .
anti-nombor .
Waktu form 3 , aku selalu kena marah dengan Cikgu Zainal sebab Math aku selalu dapat C .
Ohmai -,- tapi , berkat usaha cikgu-II aku nih makin hari makin aku suka subjek ni . Sampailah , aku sedikit pakar sehingga boleh jadi tutor orang lah jugak . Tapi dalam bab-II macam statistik macam tulah . Kira-II , algebra , pecahan , still lagi lemah . HAHA .
Cikgu Norwati , Cikgu Zainal , Cikgu Haizilawati dan Cikgu Kamaliah,
sungguh , depa lah yang paling berjasa dalam menyeru aku kearah menyukai Math .
 CIkgu Zainal adalah cikgu yang mengajar aku ' buat Math jangan guna pensel ' . Pernah sekali , aku guna pensel picit kesayangan aku , kaler pink , pemberian orang pulak tu , tengah-II syok buat Math , tiba-II dia rampas . Ya Allah , sedih tu taktau la nak cakap macam mana . bermacam-macam usaha la aku try untuk dapatkan pensil tu balik . yela , pensil tu pensil orang bagi , kalau beli sendiri tak kisah la jugak . Last-II aku cakap , " cikgu , saya sanggup bayar denda dekat cikgu . " Dia gelak , lepas tu dia kata okey . Aku pun bayar la , tapi dah tak ingat berapa . Lepas je kejadian tu , aku tak guna dah pensil waktu buat Math dalam kelas sampailah aku form 5 . Kalau latihan dekat dorm , atau bukan depan cikgu tu , guna lah jugak kadang-II . hihi .
Zaman Cikgu Kamaliah pulak ?
ohh , dia sangat awesome !
dia mengajar pap pap pap . dah habis .
cepat gilo .
aku ni lambat tangkap sikit . Tapi sebab orang lain cepat tangkap , maka aku taknak menyusahkan orang lain untuk tunggu aku bertanyakan soalan , lama-II aku akan faham sendiri jugak . -,-
waktu pertengahan , aku dah mula dapat A+ sedia . Setiap kali ujian mesti dapat A+ , jadi cikgu pun dah tak berapa nak risau dengan aku even aku ni lambat tangkap . Aku pun dah tak berapa nak risau sangat dekat kertas 2 , cuma aku risau kertas 1 je , sebab banyak pengiraan . Jadi aku banyak tumpukan bahagian pengiraan .
Alhamdulillah , dengan berkat usaha aku dan didikan guru-guru , Allah permudahkan aku untuk memperoleh A+ dalam Mathematics (':
ingatlah , benci lama-lama sayang .
samalah kes aku dengan Math ni punn .
hihi .
oleh itu , aku ucapkan beribu-ribu terimakasih kepada cikgu-II aku yang sanggup melayan kerenah lambat pick up aku nih .
serta kerenah malas nak buat latihan aku nih .
terimakasih serta maafkanlah kekhilafan diri ini .
tak lupa juga , terimakasih buat tutor Mathematics ; Al-Amien , Cha'er dan Aiza (':
kamsa hamidaa ! 

(':

8/11/12 [ Thursday ]

( Paper 1 )
8.00 am - 9.15 am

( Paper 2 )
10.00 am - 12.30 pm

till then .

A+ untuk Sejarah 1249 .


" Sejarah ingin agar kita tidak mengulangi kesalahan pada masa silam dan mengambil pelajaran untuk digunakan supaya membangun di masa kini. "
[ Yusri Abdul Ghani Abdullah ]

Alhamdulillah , dalam subjek sejarah , aku berjaya memperoleh A+ .
Memang target aku A+ , dan Allah memakbulkan permintaan aku :')
Terima kasih Ya Allahatas nikmat-Mu ini .
Betul , ramai orang menangis lepas jawab kertas sejarah .
Sebabnya ? Apa yang dispotkan , hanya 45% saja yang masuk . Mungkin kurang daripada 45% .
Sewaktu menjawab pun , aku macam terkial-kial juga mengingat fakta . Sungguh aku rasa putus asa sangat waktu jawab soalan struktur . Esei pun samalah . Lepas tu , aku ambil masa pergi ke tandas , basuh muka . Duduk di tempat aku balik , dan bertenang . Tengok Ilham di depan , dia jawab semangat je .
Jadi aku kata pada diri aku , " Tak boleh jadi ni , Am jawab soalan tu macam senang je " so , aku pun usaha mengerah ingatan aku . tulis je apa yang aku tahu . Hentam je jawapan apa yang mahu . Asalkan tiada tempat kosong yang aku tinggalkan . Tulisan aku biarkan kemas . Yela , dan la jawapan pun macam tak betul , takkan nak buat tulisan cakar ayam pulakkan ? Menyesal dah sebab buat tulisan cakar ayam waktu subjek BM . tak nak ulangi kesilapan lagi . Waktu menjawab tu , sejarah tingkatan 1 , 2 dan 3 yang tak penting untuk diingat pun Allah berikan aku peluang untuk ingat balik . Syukurlah :')
Kertas satu aku dah kira aku dapat berapa sebelum aku menjawab soalan kertas dua , sebabnya ? Aku nak target , berapa lagi jawapan yang aku perlukan untuk betul supaya dapat A . Alhamdulillah , Kertas 1 aku dapat 34/40 . Biar pun tak banyak , tapi dapat menaikkan semangat aku juga .
Waktu serah kertas , sungguh aku redha dengan keputusan . 
Dan aku taknak keluar dewan dengan tangisan . Biarlah aku tersenyum , even soalan tu memang susah pun actually .
Jadi , bila semua orang menangis dekat aku , aku pun cakap . insha-Allah gred turun , aku senyum :')
mesti korang tanya kenapa depa teriak dekat aku kann ? sebabnya , aku ni tutor sejarah . Jadi , tutee aku mengadu la dekat aku , depa takboleh nak buat . aku pun sedih , tapi aku nak tumpu untuk subjek seterusnya . Apa-apa pun , Alhamdulillah keyakinan aku membuahkan hasil . Dapat jugak aku peroleh A+ untuk Sejarah . Nurin kata aku ni minat subjek membaca , bila fikir balik , memang pun :')
hihi , better than Mathematics I think .

btw , beribu terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Aziah , Cikgu Mariam , Cikgu Rosmini dan Cikgu Saida .
sungguh , kalian sangat berjasa (':
dan , memang betullah aku minat subjek membaca :)
aku jarang tidur dalam kelas Sejarah .
dalam sebulan , mungkin sekali , mungkin dua kali .
tapi tak kerap .
semoga kalian memaafkan kekhilafan diri sepanjang aku menjadi anak murid mereka .
sungguh , merekalah yang terbaik (':

7/11/12 [ Rabu ]

( Kertas 1 )
8.00 am - 9.00 am

( Kertas 2 )
10.00 am - 12.30 pm

till then (':

p/s : Cikgu Saida dah pindah dari I-Kups )': 
maka lepas ni susah la nak jumpa . adoyai .


A+ untuk Bahasa Melayu 1103 .


"  Betulkan niat , bulatkan tekad . Allah bersama-sama kalian "
[ Encik Ariffin Salleh ]

*post ini berbaur skema . harap maklum .

Alhamdulillah .
Dengan kuasa-Nya , aku berjaya memperoleh A + dalam subjek Bahasa Melayu .
Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada guru-guruku yang tak jemu mengajar , berleter , dan memarahi aku .
Cikgu Sukeri , CIkgu Nadjmi , Cikgu Amir dan Cikgu Ariffin .
Terima kasih atas pengorbanan yang telah kalian sumbangkan .
sungguh , sewaktu menjawab soalan BM , target untuk subjek ini hanyalah A- . Sebabnya ?
Tulisan , Astargfirullah ---> aku pun tak boleh faham . Jawapan ---> sangat-sangatlah tak memuaskan daripada latihan yang selalu dibuat . Karangan ---> entahlah , isi banyak bercampur dan berulang . Arahan ---> arahan yang diberi banyak tak dibaca dengan betul .
 tapi betullah , apabila kita berusaha dan bertawakal kepada-Nya , insha-Allah , Dia beri yang terbaik .
sungguh , selepas kertas BM , rasa macam punah harapan untuk mendapat A , macam nak putus asa hari itu juga , tiga bulan aku berharap " Ya Allah , hamba mohon , minta-mintalah BM dapat sekurang-kurangnya A- " sebab apa ? Sebab hati ini rasa , BM akan mendapat B . 
bila tengok saja slip keputusan itu , mata tertancap kepada subjek BM , dan Alhamdulillah , Allah kabulkan permintaan aku . Malah Dia beri lebih , iaitu A+ :')
terima kasih Ya Allah .

cikgu , maafkanlah diri ini , andai selalu tidak membuat latihan yang diberi .
ya , aku mengaku , banyak sangat karangan yang aku tak pernah nak buat .
bila cikgu minta buku , sumpah muka aku pucat lesi .
sebab dalam kerja sekolah BM , karanganlah yang paling aku malas nak buat .
komsas pun , tatabahasa pun , pendek kata semua lah . )':
cikgu , maafkanlah diri ini , andai selalu terlena dibuai mimpi , sewaktu dirimu sedang mengajar .
sungguh , banyak kali aku berbuat demikian .
tambah-tambah kalau waktu BM sampai 4 masa .
kadang-kadang wajib 2 masa aku tidur .
lepas tu bangun celik balik , menyesal .
sebabnya , cikgu penat-penat mengajar dekat depan , aku pula tidur dibelakang .
sepanjang aku tidur , tak pernah lagi cikgu panggil nama aku , mungkin cikgu tak nampak atau mungkin cikgu buat-buat tak nampak . entahlah kan ?
 cikgu , maafkanlah diri ini , andai selalu menyakiti hatimu .
sungguh , aku tak bermaksud begitu .

apa-apapun cikgu , kalianlah yang terbaik .
yang sanggup membantu kami ,
mengorbankan masamu demi kami .
Terima kasih Cikgu (':


5/11/12 [ Isnin ]

( Kertas 1 )
8.00 am - 10.15 am

( Kertas 2 )
2.00 pm - 4.30 pm

till then .

p/s : terusik jiwa bila membaca post ini , " Untuk kalian... anak-anak i-KUPs "   oleh Cikgu Ariffin Salleh (':


random .



" Hidup kalau untuk bernafas sahaja , sia-sialah ia "
[ Hilal Asyraf ]


hai semua cik adik , cik akak , encik abang dan pakcik makcik sekalian alam :)
okey la di petang sabtu ni , sambil membaca blog insan yang tak seberapa ni , marilah kita berzikir dulu eh :)
Subhanallah , Alhamdulillah , Allahu Akbar !
okey , bagus sangat . hihi :D 
lepas tu , ehmm kita senyum pulak . 
senyum tu kan sedekahh , walaupun senyum depan komputer , eh . yeke ?
okey cukup-II :D
entahlaa nak cerita pasal apa kali ni , cuma berniat nak update blog je sebab dah lama sangat tak update .
wuwuwu , nampak sangat cuti ini membosankan sehingga tiada cerita hendak diceritakann -,- adoyai .
okeyla , maybe dah sebulan dah perkara ni berlalu , tapi takpe laa , aku ungkitkann balik .
test JPJ hari tu , AKU TAK LULUS . okey , sekali lagi aku habaq mai , AKU TAK LULUS .
bukan aku tak reti bawak ke apa , tapiiii , erh dia punya tester sangat-II la over the dose strictnyaa .
bayangkan , ada yang baru nak start kereta pun dia boleh failkann .
okey takpelaa , aku berpegang kepada motivasi semua kejadian ada hikmahnya :) 
maka aku takkisah sangat la aku lulus ke takk , tapi sakit hati dikhianati tu sangat dan amatlah terasa . *amboi lewahnyaa ayat -,-
balik-II rumah tu aku riyau la kann . tapi bukan riyau sebab tak lulus , tapi riyau sebab migrain . hihi .
btw , retest aku patutnya 15 April ni , tapi sebab ramai sangat 15 April ni , makanya retest aku adalah pada 29 April bersamaan dengan tarikh mati lesen L aku . YEY ! *tepuk tangan sikitt . korang semua doakanlahh ye aku berjaya kali ni dan tak dapat tester over the dose macam hari tu . nah nah nahhh . okey ? ha baguihh , jom Aminnkan ! Aminnn . 
maka retest aku sangat-II la lambat , entah ingat entah tidak nak tekan brek macam mana . hihi .
btw , hikmah pertamaa yang setakat ni aku nampakk disebabkan kejadian ni ialahh anak cikgu yang mengajar aku memandu kereta  yang hensemmm tu chat dengan aku woi . siapp bagi no lagi . tapi aku takde la nak kacau dia kan sebab dia hensem mesti dah ramai org kacau , aku ni taruk tepi je la . adoyai -,- dia bagi semangat apa entah dekat aku nih , dia kata ayah dia cerita pasal aku dekat rumah sebab ayah dia kesian bila tau aku fail . alahai sweetnyaa ayah dia . so ayah dia suruh la anak dia yang hengsem tu pi pujuk aku sbb kami dua pun saling mengenali . yela dah sekolah rendah samakann ? family aku pun semua kenal dia , family dia pun semua kenal aku . ehh ada apa-II ke ? hahaha , nothing ! cuma mak abah aku dah approved dia *lama dah haih depa ni approve dari darjah 3 lagi , tapi dah aku takmau , nak buat cane kann . *okey over .
apa-II pun , ini hanya fitnah semata-II , antara aku dgn anak cikgu yang ajar aku memandu kereta tu hanyalah kawan biasa sahaja . kalau nak lebih punn , maybe dia mcm abang aku la kott sebab dia tinggi nak mati . 

okeylah nama pun tajuk random so aku tulih je la apa yang ada dalam kepala .
hikhikhik .

till then !

p/s : oh lupaa , kak aku pun minat jugak dekat anak cikgu yang ajar aku memandu nih . tapi kak aku dah ada boyfriend pulak . adoyai -,-